Thursday, January 21, 2010

TIPS UNTUK ANDA.....

DISINI SAYA NAK BERIKAN ANDA TIPS UNTUK ANDA TENTANG MEMPEROLEH RASA BAHAGIA.
INI ADALAH CARA SAYA..
BUKA COPY AND PASTE DARI LAMAN WEB LAIN..
(kalau ada pun kebetulan je tu)

tips untuk mereka yang bangun pagi, tapi tak tahu apa nak buat:

1. setiap kali selepas bagun pagi, syukurlah kepada ilahi kerana anda masih bernyawa.
2. renungkanlah seketika selepas anda mandi dan berpakaian, bahawa anda masih lagi punya pakaian, tempat tinggal serta makanan untuk makan.
3. selepas itu, duduklah seketika memandang handphone, laptop or PC, dan gajet-gajet anda yang lain bahawa anda masih lagi mampu untuk membeli, mengguna serta memiliki barangan tersebut.
4. selepas itu, lihatlah mentari pagi, dan katakanlah pada diri anda sendiri, "aku mahu hidup bahagia setiap hari".
5. dan kepada sesiapa yang ada boyfriend/girlfriend, syukurlah ada orang ambil kisah pasal anda setiap hari. bagi yang tiada, syukurlah anda masih ada keluarga, kawan-kawan serta mereka yang menyanyangi mu setiap hari.

tips ini pula untuk mereka yang selalu murung:

1. wahai kalian semua, senyumlah setiap hari kerana senyuman itu satu sedekah...
2. kalau pun anda punya masalah, sentiasalah berfikiran positif tentang semua perkara dan katakanlah pada diri anda,"aku takkan putus asa dan aku pasti boleh hadapinya".
3. bagi sesiapa yang selalu merasa rendah diri tentang keadaan dirinya dan menyimpan rasa iri hati dengan kelebihan orang lain, katakanlah pada diri anda juga, "tiada manusia yang sempurna, aku tetap aku, dia tetap dia, aku bukan dia dan dia bukan aku"
4. pernahkah anda tahu bahawa pernah jatuh itu bermakna kita sudah mencapai 1 tahap paling tinggi dalam hidup kita, maksudnya dalam hidup ini kita harus jatuh untuk belajar bangun kembali..(ayat ni aku dengar sewaktu tengok filem BATMAN BEGINS.) dan ayatnya sangat tepat. jadi anggaplah gagal itu 1 tahap untuk anda teruskan hidup supaya tidak mengulanginya lagi.
5. ini yang paling penting, sentiasalah ingat bahawa ALLAH S.W.T. sentiasa ada bersama kita. berdoa dan memohonlah kepadanya setiap saat supaya anda memperoleh ketenangan dan keredhaan sepanjang hari.

tips ini pula buat mereka yang sentiasa fikir mereka malang:

1. ingatlah kalian bahawa ALLAH itu sentiasa mendengar setiap rintihan hambaNya. maka mohonlah padanya dan insyaallah doa kalian akan termakbul.
2. pernahkah kalian bertanya pada diri kalian sampai bila kalian mahu berfikir yang kalian bernasib malang. jika setiap saat anda fikirkannya, ia akan di anggap sebagai satu doa. jadi fikirlah kejadian yang berlaku pada kalian ini hanya ujian dariNya untuk menguji sejauh mana kita mengingatNya.
3. hampir semua mengatakan malang itu adalah sial. sial yang membawa maksud membawa keburukan kepada orang lain. tapi pernahkah anda terfikir yang itu adalah ketidaksempurnaan manusia di muka bumi ini yang mereka sendiri tidak mampu untuk mengubahnya. malah setiap kejadian di muka bumi ini hanya TUHAN sahaja yang tahu. itulah takdir namanya. tiada sesiapa pun ynag bersalah.

tips ini pula buat mereka yang malas nak belajar atau buat assignment:

1. jangan terburu mengatakan yang anda tidak boleh lakukannya.
2. sentiasalah bertanya jika anda tidak memahami setiap apa yang anda musykilkan.
3. fikirlah yang anda mampu untuk melakukanya.
4. percaya kepada diri anda sendiri.
5. jangan sesekali menyerah kalah sebelum berusaha.
6. jangan takut untuk membuat kesilapan dan kemudiannya memperbaikinya semula.
7. jangan endahkan kata-kata mereka yang malas.
8. jangan iri hati dengan kejayaan orang lain tapi dengki lah dengan sifat rajinnya yang sentiasa berusaha.
9. buat sesauatu itu dengan sepenuh hati, niat serta nawaitu itu penting.
10. jadilah diri sendiri, jangan sesekali menjadi seperti orang yang anda impikan kejayaanya.

SO, ITU SAHAJALAH TIPS DARI SAYA HARI INI..
SAYA SANGAT BERHARAP KEPADA SESIAPA YANG MEMBACANYA
AKAN SEDAR AKAN KELEBIHAN SERTA KEBURUKAN MASING-MASING..
JADI SAYA NAK UNDUR DIRI DULU YA.
YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH, DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI SAYA..
HAMBA ALLAH YANG TIDAK SEMPURNA...

No comments:

Post a Comment