Monday, May 24, 2010

bukti cinta ku pada mu...

saya dah gila..saya jatuh cinta..cinta saya tak pernah kurang tapi makin bertambah setiap hari...
saya bahagia dengan dia..dia sentiasa ada untuk saya. bila saya sedih saya nampak dia saya jadi gembira. bila saya rindu saya lihat wajahnya di setiap penjuru hidup saya...
memang saya bahagia..bahagia sangat-sangat...sayang dia gila-gila....




*****************





inilah kekasih aku yang aku jatuh cinta gila-gila itu
dia hensem sangat
(sebenarnya dah banyak kali cerita sudah pasal dia
tapi nak juga cerita lagi)

biarlah orang nak kata apa-apa sekalipun tapi aku bahgia jika aku bercinta begini..bercinta dan meyayanginya walaupun dia langsung tak tahu aku sayang gila-gila kat dia..(ayat semakin jiwang)

inilah bukti cinta ku padamu sayangku
LEE DONGHAE
walaupun kau jauh di bumi seoul tapi
aku tetap akan menanti mu di sini..
(maaf ayat saya sangat sengal)
biarpun madu-madu ku ada di seluruh dunia..

p/s: walaupun aku punya bukti cinta taklah hebat sangat tapi aku masih tetap akan menyayanginya dan SUPER JUNIOR sampailah aku dah bosan...hahahhaah...

Wednesday, May 19, 2010

kisah si pelik yang kelakar...

kisah si pelik...

okay kisah ini tetang manusia yang lupa diri...
manusia yang perasan bagus serta rasa diri sangat sempurna dan tak pernah buat silap..

ada jugak ya manusia yang jenis macam ni, manusia yang lupa yang dia itu manusia biasa bukan luar biasa yang ada power macam power rangers or masked rider, macam spiderman, batman, or superman ataupun super junior...~eh..eh..tiba-tiba ada group kesukaan pulak~

okay serius balik...
mama aku cakap orang macam tu sebenarnya dah lupa diri, lupa mana asal usul...
tapi aku cakap diorang tak sedar diorang pun tak sempurna..
tapi aku rasa lah kan dua-dua betul. sebab mereka ini pelik. mengutuk orang sesuka hati tapi bila kena kat kepala badan serta otak sendiri tak nak pulak terima kenyataan. lagi satu, diorang ini kelakar gila tahap maksimum kelajuan motorkar sebab sanggup perli-perli orang yang sebab nak orang tu tahu yang mereka tengah perli tapi lupa pasal nak cover malu..hairan bin tak munasabah betul budak-budak pelik ni. ada ke cakap pasal tong sampah kat kedai beli makanan. langsung tak hormat rezeki la..nak perli pun biarlah bertempat kot..agak-agak la weiii....babo kot *babo ialah bahasa korea, kalau nak tahu maksud dia tolong minat kpop or drama korea ya sebab diorang banyak pakai perkataan ini*

dah la malas sebenarnya nak story panjang-panjang pasal si pelik ini. pelik dan naik hairan aku sebab mereka boleh pulak hidup dalam sehari tak perli tak sah. bagi mereka perli-perli orang itu hobi dan makanan agaknya, sebab setiap masa nak aje mulut diorang mengeluarkan kata-kata tak sedap dek teliga dengar dan boleh bikin hati marah. masalahnya orang yang diperli itu tak terbakar tapi orang yang memerli pulak rasa sakit hati. sebab tak mampu buat si yang diperli jadi marah. kelakar lah diorang yang suka memerli ini. kelakar nak mamppppppppppuusssssssss......

pesanan dari budak tak perfect:
lain kali nak cakap orang tengok diri sendiri dulu. aku yang tengah cerita ini dah sedar apa yang aku tulis serta tahu diri ini sangat tak sempurna. aku tak adalah nak perli-perli orang sampai tak tengok tempat. aku ini suka la gak nak perli-perli ni tapi aku perli tak adalah sampai orang lain fikir kelakar..hahahaha...~so annoying sentence~

ini adalah cerita benar campur tukar sedikit sebanyak sebab taknak yang berkenaan terasa hati. ini adalah entry untuk mengingatkan diri saya supaya jangan jumpa lagi orang pelik seperti dia atas. so, kalau sapa-sapa terasalah kan, maafkan saya ya..saya tak sempurna.saya budak baru belajar.

Thursday, May 13, 2010

concrete lab jadi huru hara

hahaha...aku suka betul curi tajuk album kathy kat facebook...hehehe..sorry sorry!!!(mula nyanyi lagu super junior sekarang)

selepas buat presentation hari jumaat lepas tuk subject science and material, kami kembali lagi ke concrete lab tuk buat test untuk concrete. serius memang best giler. kelas pukul 2 tapi aku dan geng aku datang pukul 2.30 petang kot, cuma nisa sahaja yang pergi awal. geng budak lelaki dah terpacak menunggu kami. hehehee....

mula-mula proses nak buat pun dah kecoh dengan lawak-lawak antarabangsa kami yang jakun sedikit pasal nak buat concrete ni. kalau ada yang tahu pun cuma budak-budak sekolah teknik jelah macam aku, syak dan kathy. dah siap timbang segala bagai bahan macam pasir, simen, batu dan air, proses untuk bancuh concrete di mulakan. sebelum itu, kenalah sediakan acuan segi empat tang agak berat nak pasang. hehehe...credit to me and yana yang pasang benda alah itu. credit also to rafiq and sham yang tolong ketatkan skru acuan.
~eh..sediakan benda alah dengan bahan-bahan dan acuan ni macam nak buat kek dan kuih la pulak.~

apa-apa pun test kitaorang menjadi. slump test pun tak collapse dan taklah jadi sangat. sangat bagus bak kat mr.sudesh. by the way, thanks to sir yang layan kami semua yang macam budak-budak akal gila..

so proses itu di teruskan lagi dengan mengisi concrete dalam 3 acuan segi empat. dah tu si Mus boleh pulak main-main dengan kiraan hentakkan semasa nak ratakan benda ni. sungguh kau memang pelik mus..hehehe..credit untuk semua yang terlibat dalam proses buat concrete pada rabu lepas dan thanks to all sebab huru harakan concrete lab ni sampai dah tak nampak rupa lab dah...hehehe...


muka-muka gembira sebab test concrete menjadi.
tengok lah sir sampai dua-dua tangan dia angkat buat peace.
utamakan keselamatan ya..
walaupun kami langsung tak utamakan apa-apa pun..
semua pakai selipar n tak pakai gloves masa test.


syak sangat suka bermain concrete sebab macam nak buat kek coklat.
~syak, jangan marah ya~


geng budak lelaki yang satu kepala dengan geng kami.
apa-apa pun korang terbaik punya.
~pasal kepala zul dan jenny terteleng tu~


dah penat buat concrete, tibalah masa untuk camwhore plak.
thanks to yana sebab ambikkan gambar yang sangat supercute..
hehehe...


luvletter: korang yang terbaik. classmate yang superbest. geng yang satu kepala, jiwa sama sempoi, kepala sama gila dan hati sama kusut. hahaha....~aku pon tak tahu apa yang aku merepek ni.~

Wednesday, May 12, 2010

bahagia biarpun terluka...

beberapa hari lepas sampailah hari ini aku terasa sangat sakit dengan situasi yang sedang aku hadapi..tapi dalam kesakitan itu aku temui satu perasaan bahagia..bahagia sangat dengan erti kata lain aku tak terbawa rasa sakit itu keluar dengan mudahnya..mungkin kesakitan itu boleh mengajar aku erti dewasa serta boleh mematangkan aku..

mama aku pernah pesan, "biarlah apa orang nak kata pada kita tapi jangan sesekali lakukan pada orang. biarkan mereka bercakap, suatu hari nanti bila mereka penat mereka akan berhenti bercakap." kata-kata itu selalu aku sematkan dalam hati aku. ianya umpama satu semangat untuk aku berdiri dengan gagahnya menghadapi dugaan dariNYA..aku tahu yang ujian ini membuktikan yang DIA sayangkan aku dan ujian ini untuk ingatkan aku yang aku masih ada DIA..
syukur alhamdullilah aku tak pernah lupa pada kebesaranNYA. aku masih ada DIA...

~kata-kata di atas mungkin agak jiwang. maafkan aku sebab sejak kebelakangan ini aku sering jiwang mengenangkan diri yang sepi. jiwa itu adalah sepi dari hati~

thanks a lot to anis, kathy n yang lain-lain sebab sudi dengar semua rintihan hati sepi aku..
koranglah kawan terbaik!!!!!

Tuesday, May 4, 2010

we got married

aloha!!!
hehehehe!!!!!!
hahahaha!!!!!!!
hihiihihihi!!!!!!!!!!

sorry atas kegilaan saya di atas..
memang dalam 2 hari ni saya sedang menggilakan diri sendiri setelah penat buat assignment yang memang memeningkan kepala otak yang memang gila sudah...

kisah entry ini adalah WE GOT MARRIED...
salah satu rancangan variety show kat KOREA...
memang best gila. konsep dia ialah kahwinkan pasangan artis atau idola k-pop..
kahwin main-main aje lah...tapi ada jugak yang couple betul-betul selepas tu...

antara pasangan yang aku suka ialah..

1. JoKwon~2AM~ dan So GaIn~BEG~

diorang berdua ni sangat cute together!!!
walaupun yang si isteri lagi tua dari si suami....

2. YongHwa~CNBLUE~ dan SeoHyun~SNSD~

so sweet look they together in WGM..
they still young and always look awkward...
but they look good...


dah..sudah wahai eisya wahai si giler...jangan nak banyak komen pulak..
stop kat sini sekarang, lepas ni pergi sambung tengok diorang dalam external hard disk...

hehehehahahahihihihihhahaha
hehehehihiihihihahahahehehehe

p/s: wish one day nanti mereka akan jatuh cinta betul-betul setelah berpura-pura..



Saturday, May 1, 2010

good thing if you are the last daughter in family

hey blogger!!!long time no see ya..(curious if we had been seen each other before). lately, I'm so busy with my coursework and mid-term examination. thanks god the exam had been work with successfully. then, the happy things is I've got the 'D' for my science and materials paper. The 'D' is mean Distinction. it mean you correct with all the question. then, about my another paper, I've don't know yet, maybe have to wait for more times to know it.

The main focus for this entry not about my coursework or exam but about how good being the last daughter in your family. if I had read about how being the elder sister, why not if I share something about the enjoyable being the last sister in the family.

I'm the last girl in my family. have one older brother, two sister and one youngest brother just make me have a small siblings member. my brother is 25 years old and my two elder sister is 23 and 22 years old. since, my first sister got married lately, so we have a new member in our family. my youngest brother just being 14 years old in last march. See, how long the different years between me and him. (just now I'm 19 years and 6 month old, not be 20's yet.)

okay. sekarang tukar bahasa melayu pula. tadi adalah latihan untuk meningkatkan tahap bahasa inggeris saya..weeeee....sekarang jom kita explore betapa bestnya jadi anak perempuan bongsu dalam family:

1. bila di suruh bantu mama masak semestinya bukan andalah orangnya..dalam family saya, kakak sayalah mangsanya..memang tugas dia bantu mama kat dapur kan..dia yang tua, lagipun dia dah kahwin sekarang, kenalah belajar masak..huhuhu..

2. bila disuruh kemas rumah, anda bukanlah calon yang sesuai untuk menjadi ahlinya..wah, sangat kejam sebab akan past kat kakak anda. hehehehe..mesti tension ada adik seperti ini bukan? sayalah salah seorang darinya...

3. bila mama suruh jadi babysitter for the baby, anda akan larikan diri dan memang kakak anda atau abang anda akan di lantik secara tak rasminya untuk jadi babysitter sementara...hahaha..
(nasib baik kami satu family sukakan baby)

4. anda akan selalu dimanjakan oleh ayah atau ibu anda. contohnya, bila anda jarang balik ke rumah, mereka akan penuhi segala permintaan anda seperti masakkan lauk kegemaran anda, bawa anda pergi jalan-jalan, pergi makan kat luar yang sedap-sedap.
keluarga saya akan buat macam itu kat saya, sebab jarang balik, mereka akan selalu bawa saya keluar makan makanan yang saya teringin nak makan...thanks a lot abah n mama..

5. ayah anda akan sangat sayang pada anda sebab anda adalah anak perempuan last dia yang dia kena protect. selalunya si ayah akan selalu melayan kerenah anak perempuan bongsunya sebab apa saya pun tak tahu. yang saya tahu abah saya memang manjakan saya..hahahaha perasan.
abah saya kena selalu layan permintaan anak perempuan manja dia ni yang pelik-pelik.

contohnya, "abah, isya nak beli benda ni tapi duit tak cukup lah. abah tolong bayar boleh tak?"
dan "abah, isya dah beli broadband ni pakai duit isya, nanti yang tiap-tiap bulan tu abah tolong bayarkan, boleh ?" dan jawapannya selalu YA.

6. bila anda gaduh dengan adik-adik anda yang lelaki, sure yang kamu akan menang walaupun terpaksa dengar leteran dari ibu anda. sama lah dengan saya. saya dan adik lelaki saya selau bergaduh atas sebab yang kecil tapi saya yang selalu menang sebab adik saya sangat suka meletakkan kesalahan dia pada orang lain dan dia kena marah balik..huahuahua....
macam saya pernah nyatakan dulu, dia sangat dengki dengan saya sebab saya selalu dapat semua yang saya nak..


ini adalah sebab mengapa saya rasa seronok jadi anak perempuan bongsu dalam family saya. kalau anda saya tak tahu. saya adalah anak yang sangat banyak terpaksa hadapi kesukaran mungkin sebab itu, abah dan mama serta abang serta kakak saya sangat ambil berat pasal saya. yelahkan, saya selalu sakit, selalu kena buli, dan selalu kena macam-macam oleh orang luar. jadi mereka kenalah jaga saya...(dan ini juga telah buat adik saya dengki)

saya sangat bersyukur ke hadrat ilahi sebab apa yang saya ada hari ini sangat lengkap. keluarga saya yang sempurna, sahabat yang sentiasa bersama, hidup yang saya anggap indah serta kesihatan tubuh badan serta sihat minda dan cergas otak. (maknanya masih waras). saya ada semuanya yang saya nak dalam kehidupan ini.