Sunday, April 25, 2010

~IdaMan HaTi~

hari ini, bangun sahaja dari tidur tiba-tiba teringat kat satu barang yang menjadi pujaan hati. sebab handphone redblackysony saya buat hal, saya teringin nak beli handphone baru sahaja. tapi bila fikir balik rasa macam sayang kat handphone tu. yelah ada sentimental value la katakan.

tapi bila tengok balik kertas iklan yang dapat kat pyramid dulu, macam nak sangat milikki nya..
macam-macam function yang ada, tapi yang paling best boleh update facebook, and ada wifi...


Wahai SAMSUNG CORBY....

ini baru yang biasa sahaja
ada yang lagi bagus dari tu..


ini pulak samsung corby pro..
saya nak yang ni sebab nanti boleh main mesej dengan
QWERTY keypad...

tapi bila check-check balik harga, ya allah, tak mampu saya nak beli sekarang...oklah nanti bila dah ada duit lebih sedikit saya akan penuhi angan-angan nak miliki Si Corby merah ni..

p/s: tak dapat nak cari gambar yang lagi besar. so, gambar yang bersaiz S pon jadilah kan..

Wednesday, April 21, 2010

MISS MY FAMILY!!!

hari ni lepas saya bangun dari tidur, saya tiba-tiba rasa RINDU...
RINDU pada keluarga saya...
RINDU sangat-sangat....
teringin nak balik Kelantan aje tapi tak boleh...
assignment banyak lagi tak siap dan kena hantar...
esok ada 1,
30hb ni ada 2...
5hb mei ni ada 1...
semuanya tak complete lagi...
macam mana nak balik....
mama, eisya rindu....
nak balik...
wawawawa...


inilah keluarga lengkap saya..
mama, abah, abang, kak ngah, abg ewan, kak farah,
saya dan hakim...

rindu pada mereka...
rindu nak makan bersama,
tengok tv bersama, nak keluar bersama
tiap hujung minggu...

saya sedih tapi saya kena kuat..
saya kena hadapi jugak...
saya kena buat yang terbaik...
saya kena bersabar...
saya kena tunggu sampai final...
saya kena pastikan saya boleh jadi yang terbaik....


Monday, April 19, 2010

GOOD LUCK!!!!

EXAM OH EXAM...
hanya tinggal beberapa jam lagi
aku bakal menghadapi saat-saat genting...
iaitu menghadapi exam mid-term
wahai SITE SURVEYING PROCEDURES and
SCIENCE & MATERIALS...
aku akan berusaha untuk menjawab setiap soalan..
insyaallah aku boleh...


to all my friends at kolej legenda exspecially
to my best buddies:
GOOD LUCK TO ALL OF YOU..
AJA-AJA FIGHTING!!!!




Friday, April 16, 2010

tak cari yang lain...

Lihat lah lelaki dibawah ini dan beritahu saya kenapa anda tidak boleh jatuh cinta padanya setiap hari.. senyuman, gelak tawanya, kenakalannya serta kasih sayang dia terhadap kawan-kawan dalam groupnya...saya takkan cari lelaki lain untuk dijadikan sumber ilham. dialah lelaki yang hadir dalam hidup saya sejak beberapa bulan yang lalu, dia menjadi raja dalam hati saya..saya akan terus menyayanginya seumur hidup saya.. ~ayat tak boleh blah~


SEXY FISHY FOREVER LOVE YOU


have a look at this
dia ada kat my dekstop blacky lappy
<3donghae>
you're my angel and whisper softly
i'will love you everyday
~lirik lagu angela by suju~

LUV LETTER: saya tak gila, saya masih waras tapi bila manusia jatuh cinta, dia hilang pertimbangan diri. saya pernah hilang pertimbangan diri sekejap, dan kini saya sedar kewarasan harus di utamakan. saya masih punya pendirian biarpun terleka dengan kegembiraan duniawi..
saya akan tetap menatapnya tapi dia kini bukanlah segalanya..saya akan utamakan pelajaran saya yang kini dalam keadaan nazak ~banyak assignment dan mid-term exam~. biar apa pun kamu di hatiku..

Thursday, April 15, 2010

tapi kenapa???

aku sering dihina.
sering di caci,
sering diperli, dan sering dikutuk..
tapi bila aku persoalkan kenapa??
mereka hanya menyatakan salahku sangat besar..
salah aku menyakitkan hati mereka...
salah aku buat mereka berasa jengkel pada ku..
tapi adakah atas alasan itu mereka sanggup memulau ku..
aku terpaku..mereka kawan ku tapi aku ni musuh mereka...
mereka sangat aku sayangi..tapi aku mereka keji bertubi-tubi..
tapi kenapa?????
apa salah ku sampai mereka tak mampu maafkan...
sampai mereka tak mampu lupakan...
besarkah salah aku sampai aku dibenci sebegini rupa..
kawan yang aku anggap seperti adik beradik mengkhinati aku..
menikam diriku dari belakang...tapi kenapa???
aku sering persoalkan kesalahan aku...
benar ke aku silap,
jika benar ini khilaf aku,
aku mohon maaf jika aku telah menyakitkan hati,
terkasar bahasa, tersilap kata, serta terlanjur perilaku..
maafkan aku kerana ketidaksempurnaan diri aku ini...
moga mereka yang membenci aku lebih bahagia dengan perbuatan mereka...



Thursday, April 8, 2010

semoga cepat sembuh!!!!

awal pagi tadi, aku menerima satu berita dari teman sekolah aku yang sahabat kami, amni dari 5 KM 1 dulu, kemalangan dan di masukkan ke hospital....
apa yang aku dengar dia sekarang sudah stabil dan okay....
aku taklah rapat dengan dia tapi kami selalu juga study bersama dan dia memang seorang kawan yang baik, sangat baik pada aku..tak mungkin yang lain dapat gantikan tempat dia sebagai sahabat..

untuk amni>>>
semoga cepat sembuh dan sihat seperti selalu...
insyaallah kalau ada kesempatan aku pergi melawat kau ya!!!!!

inilah amni...
last aku jumpa dia waktu ambik result spm dulu..
dan gambar ni di ambil masa birthday aku lepas spm...

Sunday, April 4, 2010

Catatan indah 04042010

~04042010~
catatan indah bersulam bahagia ini aku tujukan
buat teman-teman yang sentiasa happening and best sangat-sangat..
wahai teman-teman ku...
LAILATUL HANIS ISKANDAR (anis)
KHAIRUNISA (nisa)
KHATIJAH (kathy)
NUR SYAKIRAH (syak)
SYAZWAN NASIR (wan)
terima kasih sebab sudi bagi aku memori terindah kat sunway pyramid...

bermula agak jauh perjalanan untuk ke subang jaya yang mengambil masa hampir 1 jam lebih dari ktm batang benar ke subang jaya. then naik bas mini dari ktm ke sunway pyramid. turun saja bas nampak anis yang baru sampai...wah macam berjanji la pulak..masuk saja terus cari syak dengan wan serta teman dia, bella yang dia nak kenalkan kepada kami berlima..malah kami dapat kawan baru..hehehehe...then lepas itu, aku, nisa dan kathy pergi makan kat POPEYES. sementara syak, anis, wan dan bella pergi ambik tiket wayang yang di tempah...tengoklah set makanan lunch kami
3 set chicken combo dari POPEYES...
the sailorman pup-pup

selesai makan, kami terus pergi tengok wayang ALICE IN WONDERLAND..wah sudah lama cerita itu keluar panggung tapi baru sekarang ada masa nak tengok...dahsyat betul kami bukan..selesai sahaja tengok wayang tibalah masa SHOPPING time!!!!! wah misi menghabiskan duit yang telah dibajetkan telah dilaksanakan dengan baik..macam-macam nak beli....duit dah habis, apa lagi balik la...

tengok lah gambar-gambar kami yang vogue
walaupun tak lah sangat..

~syak, nisa, kathy & anis~

~nisa, anis, aku & kathy~

note: wan balik awal sebab bella kena balik..kalau dia ikut pun memang dia tak akan tahan dengan kitaorang yang kaki shopping ni lebih-lebih lagi aku ni hah...wah-wah, perli diri sendiri nampak...

luv letter: guys, I'm so happy with all of you on that day. I'll never forget this day forever in my life..thanks to because be my friends. hopefully this friendship never end..




Friday, April 2, 2010

SELENDANG ATAU TUDUNG BAWAL???????

wah...dah masuk bulan empat (4) atau APRIL...dan inilah post entry yang first di bulan ini....
berbalik kepada topik di atas...pilihan untuk menutup kepala atau aurat rambut dari penglihatan bukan muhrim...ayat skema dan berbau alim...

kalau aku, kedua-duanya aku suka tapi aku lebih suka pakai selendang sebab bila pakai selendang, ia menutup pipi tembam serta tidak menampakkan muka bulat seperti tembikai ini...
aku hanya pakai tudung bawal atau tudung lain bila terbit di dalam diri perasaan malas nak pakai lawa-lawa dan malas nak pakai contact lens yang mengambil masa yang agak lama untuk memakainya bila ke kelas...

so, selendang hanya di pakai bila tiba masa yang sesuai dan datang angin melawa dan melaram...
hehehe....
INILAH BEBERAPA CONTOH:

ternyata berjaya menjadikan muka aku nampak
bujur dari bulat seperti bola...

lihatlah muka ini bila memakai tudung bawal...
ternyata pipi tembam tak dapat di sorok lagi...



iklan cap ayam mentega kacang:
esok nak keluar dengan my best buddies...nak pakai baju ape ya???????
~anda juga boleh melihat saya memakai selendang dalam gambar page kat atas ya~