Monday, March 29, 2010

TAHNIAH...

saya nak ucap tahniah kat kawan saya yang telah meninggalkan pakwe dia yang sangat poyo itu dengan jayanya bila kawan saya ini langsung tidak memperdulikan ex-boyfriend dia ini...dan dengan ikhlasnya saya berkata, padan muka kau lelaki tak guna, kau mainkan perasaan kawan baik aku..rasakan apa yang selayaknya kau rasa walaupun kau tak punya perasaan...

saya sangat geram pada dia, memang saya dengan pakwe dia tak ngam sejak dulu lagi...boleh dikatakan saya tak suka sebenarnya sebab dia selalu sakitkan hati kawan baik saya ini....

iklan cap ayam:
~kawan saya masih sayangkan dia tapi jika diteruskan bukankah hatinya akan terus disakiti melihat kekasih hatinya bermain kasih dengan gadis lain...salahkah saya mengutuk perangainya yang sangat membuatkan saya marah??????????~

Friday, March 26, 2010

GILA!!!!

jangan salah anggap dengan entry ini...
saya nak jelaskan yang GILA di sini ialah tahap kesukaan saya yang sangat melampau....
satu tahap yang sangat membuang duit atau lebih di anggap sebagai membazir yang teramat sangat...~satu habit yang tak bagus untuk masa hadapan~

saya akan menjadi GILA bila:
  • melihat ada jualan sale bag. dan jika saya mahukan bag itu, saya tetap akan membelinya walaupun bukan keperluan...
  • melihat jam tangan berwarna putih yang cantik di butik vincci accessories....walaupun jam ditangan masih lagi elok dipakai...
  • melihat buku komik jepun yang di alihkan bahasa tu. dan mungkin saya akan beli sampai 2 buah buku itu...
  • membeli selipar or kasut sesuka hati tanpa fikir tentang kegunaannya pada masa hadapan...dan kemudiannya tidak diguna pakai...
  • melihat banyak selendang cantik di jalan TAR dan mahu membeli kesemuanya yang saya suka...dan akhirnya saya jarang memakainya....sekarang saya ada lebih kurang 15 helai dan hanya lebih 5 helai sahaja saya pakai...
  • melihat baju-baju yang cantik or more ladies...dah beli tapi langsung tak pakai or just pakai sekali or 2 kali...

itulah kisah keGILAan saya yang dianggap terlampau oleh saya sendiri..ada beberapa barang yang saya rasa sangat menyesal selepas membelinya sebab saya tak pakai langsung...dan mama saya selalu marah bila beli barang tak pakai..contohnya baju..banyak baju yang saya beli dah lama tapi belum lagi dipakai...hehehe..
habit ini boleh jugak dianggap hobi yang membazir sangat...so, sebab itu saya katakan ini GILA...
ada yang berguna dan ada juga hanya menjadi perhiasan serta bukti pembuangan duit..lebih-lebih lagi duit mara dan duit abah...hehehe...

Wednesday, March 24, 2010

tersalah...

aku dah buat salah ke sampai aku tidak dipedulikan...
tapi nasib aku baik sebab masih ada lagi yang punya perikemanusiaan...
thank to my friends...

kalau ada yang aku tersalah buat dan buat korang terasa dengan tulisan blog aku ke, ucapan aku ke, perlakuan aku ke, or anything, I'm really sorry sebab kadang-kadang aku buat tanpa aku sedar..biasalah manusia kan, mana ada yang sempurna...

lastly, sorry again..janji tak buat lagi kalau aku mampu untuk tidak melakukannya...hehehe

Tuesday, March 23, 2010

kalau tak puas hati cakap....

ini adalah entry yang aku tujukan kepada mereka yang berasa tak puas hati dengan diri aku yang serba kekurangan ini...

girls or guys...listen here, aku nak sound jugak walaupun aku bukanlah sejenis yang suka-suka sound orang sesuka hati...tapi kena jugak cakap...dan korang takkan pernah baca pun...hehehe
*bagi yang takde blog~tp kalau terbukak sila-sila lah baca ye~

nak cakap yang kalau tak puas hati dengan hamba allah yang tak sempurna yang bernama NURISA ANUM BT AMAN ini, sila-silalah berdepan or just cakap terus terang aje sebab aku bukan jenis berdendam dengan orang pun..aku sangat open minded *yeke????????

aku pun jenis yang tak cepat melenting..
nak inform sedikit kat korang yang memang bukan korang aje yang tak puas hati dengan aku...
memang dari dulu sejak sekolah lagi aku memang mangsa kebencian diaorang-diaorang ini...
so, please nanti kalau jumpa dengan aku please tell me apa yang korang tak suka pasal aku...
and cakap apa yang sebab korang benci kat aku...sebab nanti aku boleh berubah..aku tak suka lah bab-bab sindir-menyindir ni...dah macam buat ketupat sendiri-sendiri tanpa mengetahui yang kita-kita dah tambah nilai DOSA free-free...hehehe...nilai PAHALA makin turun dengan tak sengajanya..hehehe..

*saya juga bercakap tentang diri saya yang ada juga tidak menyukai orang sekelilingku ini. saya menulis entry ini juga untuk saya yang banyak tambah dosa jugak...sebab manusia tak sempurna dan kita kena berubah untuk tutup segala ketidaksempurnaan itu...

~wah-wah eisya banyak punya panjang lebar merepek kat sini..~


Saturday, March 20, 2010

jatuh cinta lagi

saya nak share 1 cerita baru...
hehehe...
saya dah jatuh cinta pada si lelaki yang hensem ini
dia lelaki yang menjadi gilaan saya buat masa sekarang...
fuhhh..
memang tak boleh di sangkal ke'hensem'an dia..
dia adalah LEE DONG HAE
ahli group SUPER JUNIOR yang popular kat korea...

kalau nak tahu betapa anda akan jatuh cinta atau tak...
tengok lah gambar dia yang telah buat jantungku berdegup kencang
bila saat terpandang wajahnya yang cukup mengasyikkan itu.


inilah lelaki yang menjadi pujaan hatiku...

tak cukup satu, saya bagi lagi satu...



p/s: kalau dulu saya bagi 3 orang lelaki..sekarang saya bagi lelaki ini sebagai lelaki idaman hati untuk dijadikan boyfriend or calon suami terus...moga-moga ada orang malaysia yang muka sebiji macam lelaki kacak ini...*nak jugak berangan kat sini*

Thursday, March 18, 2010

BHG 2. WEDDING....

hahaha...
ini adalah sambungan bahagian entry yang lepas...hari ini nak cakap pasal majlis perkahwinan kakak I yang baru-baru ini tu...

nak dijadikan cerita dalam sibuk-sibuk majlis tu dan sebesar-besar papan tanda arah rumah pengantin, ada judak yang tersalah rumah...almaklum lah ramai yang kahwin musim cuti sekolah..kalau tak salah aku ada jugak lah 2 orang tersalah rumah. siap masuk rumah dan masuk bilik jumpa kakak aku lagi, tup-tup keluar balik coz dah salah rumah..tak apalah kak oii memang adat orang kahwin, tetamu tak tahu rumah kat mana, eh..diorang tak tengok kad jemputan ke? main redah rumah je. nasib baik tak makan lagi kalau tak malu dia lagi besar...kami tak kisah pun akak nak makan ke tak, janji ikhlas nak penuhi jemputan perkahwinan...hehehehe.....

dalam pada itu, ada gak lah yang membuatkan hati aku nak marah, ada lah sedara mara aku buat bear kesayangan aku macam bantal peluk anak dia. ambik dah lah tak bagi tahu, pakai redah aje..nak marah pun tak guna..last-last Mr.BOBO kesayangan aku itu dah terkena kek asing yang warna kuning kat kaki kanan dia..kesian Mr.BOBO, dah kotor...huuhuhuhu...
lain kali aku nak sorok aje barang-barang aku dalam peti besi keramat..tak ada sape-sape boleh ambik sesuka hati lagi...dah tahu perangai aku jenis yang tak boleh di usik barang, buat jugak...

oklah dah malas nak membebel pasal kejadian hari itu...
nak tengok lah kakak saya yang cantik bila di make upkan dengan begitu rupa...jangan jatuh cinta..dia abang ewan punya...Iman, anak sepupu aku selalu cakap yang kakak aku cantik dari hari dia nikah sampai hari nak hantar ke rumah pihak lelaki...



p/s: kakak aku kahwin umur 23 tahun. kejap lagi kak farah aku pulak umur berapa lah ye..aku nak kahwin dalam 10 tahun lagi. hahaha...aku nak kejar ijazah, master dan phd dulu..baru boleh kahwin..sebab calon aku kena high level sama dengan aku...poyo gila minah ni...

Sunday, March 14, 2010

WEDDING. FUN. TIRED. HAPPY.

Do all of you remember that what I write in my last entry before..about my sister's wedding.. congratulations to her and my new family member, abang ewan..welcome to our happy family..
hehehe...

so, I nak share some of the pictures yang I snap on the wedding which is semasa akad nikah and sanding. so alot of pics but just some of them aje yang I boleh share...


pictures masa potong kek

pictures waktu bersanding

pictures waktu akad nikah kat masjid..


ini pulak pictures waktu kami sedang bergila-gila menye'snap'kan gambar :

kanak-kanak riang sedang mengiler..huhuhu


kami anak-anak perempuan aman dan zakiah..
sudah besar rupanya kami ye..
sorang dah kahwin yang 2 orang lagi 2,
bila agaknya ya?????????






Friday, March 12, 2010

weekly update..

yes...finally i meet my lovely sweet laptop...about a week tak jumpa and use it...keep it a home a week make me like crazy person with fully boring feeling at hostel...hahaha (ckp bahasa inggeris pun x betul)...

lalalalalalala.....
ok, ini nak updated blog yg seminggu I biar kan...

  • sabtu: naik bas pkul 9.00 pagi and sampai about 7.00 p.m...naik tren, so ambik cab balik hostel and so shock bila I tengok my bathroom sangat kotor cause something yg menjijikkan ada kat floor..uyuiiiiiiiii...
  • ahad: keluar awal-awal pagi dengan anis nak pergi ktm batang benar. I nak pergi jalan TAR, but anis nak pergi MIDVALLEY jumpa kawan dia...shopping with my sister sampai lenguh kaki-kaki..balik about 6.00 p.m..
  • isnin: pagi bangun awal jugak, pergi register..oh my god my result is not like what i expected before...so sedey...huhuhuu....
  • selasa: pegi school nak pegi tanya about another subject yang tak ada venue and the answer is "we are not get the venue and schedule yet, so you come esok la"...kuang3..
  • rabu: pegi class mdm. vijaya and she said not class today, the new time table were release, go to get it...then, I pergi lah school, jumpa mr dian our dean cost..pendekkan cerita, 3 times tau my time table tukar...petang tue pergi class dengan my best buddies..
  • khamis: pkul 11, class GSM and pkul 2, class EM..imaging that one class just only 3 student there for EM subject.
  • jumaat: class pagi2 pkul 8. balik rumah makan kuew tiaw tapau kat kafe. pkul 2.30 pegi class SM. balik siap2 nak turun uniten then, pkul 9.00 bertolak dr kajang ke kota bharu..pkul7.00 td baru sampai kota bharu..rumah I sangat meriah..esok lagi meriah...

wait for my next entry, may be more interesting dari yang ini....

Thursday, March 4, 2010

RINDU

esok pagi aku dah nak balik ke kolej naik bas seorang diri, nasib baik bas pagi kalau malam memang aku dah tak naik dah...ermmm..hari ni tiba-tiba aje aku rindu...rindu pada semua yang ada kat kolej,
first, aku rindu kat bantal - bantal aku yang empuk dan my upin ipin bantal peluk...
second, aku rindu kat tv kecik aku yang kena ketuk setiap kali nak tengok tv3 and tv2..
third, aku rindu kat kipas ruang tamu aku yang selalu pasang volume 5 setiap kali balik kelas...
fourth, aku rindu kat bilik air aku yang di share dengan ana, aku selalu mandi lama-lama bila malam...
fifth, aku rindu kat balkoni rumah yang selalu jadi tempat untuk sidai pakaian.
sixth, aku rindu pada nasi kari pakcik sc21...
seventh, aku rindu nak lepak kat kafe uncle dalam kolej.
eighth, aku rindu kat kawan-kawan aku yang aku sayang kat sana; anis, balqis, yana, nisa, wan, mus, dan ramai lagi la..
nineth, aku rindu nak masak maggi asam laksa aku yang tinggal 3 pack before aku balik hari itu.
tenth, aku rindu nak tido dengan lenanya kat kolej, bangun awal pagi dan pegi kelas.

macam mengarut aje kan list rindu aku ni..
tapi ianya memang rindu yang sangat ikhlas dari aku....

hahahaha...
ketawa sebab rasa kelakar..
dulu bila kat kolej rindu kat rumah di kampung halaman...
tapi bila dah duduk rumah sebulan lebih, mulalah rindukan kolej yang x best tu..
hahaha..kolej best forever cuma adalah something somewhere yang tak best pasal kolej...
hahahaha.....

dah lah malas nak tulis lagi...
nak chow dulu...
tatatititutu....


Tuesday, March 2, 2010

MARCH PLANNING DRAFT....

Hahahahahaha...(dengan senang hatinya ketawa walaupun tak nak ketawa dengan jahatnya)..
hari ini dalam sejarah..abang aku dah pergi asrama yang tempat kerjanya sediakan..(iklan cap ayam je ni)....

berbalik kepada perancangan di bulan mac ini..fuhhhh banyak siot nak kena buat...memang banyak sangat-sangat...

  • 6 mac 2010: naik bas pukul 8.30 pagi ke seremban. balik ke kolej untuk mula semester baru. semester HnD 2...
  • 7 mac 2010: keluar with my sister ke jln TAR. nak cari shawl and cari present tuk my sister 'angah' wedding.
  • 8 mac 2010: bangun pagi-pagi pegi register sem baru. tengok result yg hampeh ke tak hampeh...hehehe...
  • 12 mac 2010: naik bas malam pukul 9 lebih ke kota bharu with my sister for the wedding.
  • 14 mac 2010: the wedding day. pasti sangat-sangat busy tolong mama layan tetamu..
  • 15 mac 2010: maybe I will go back to college for class...terpaksa skip one day on monday..

setakat itu ajelah draft pertama planning yang aku buat.. apa yang tertulis di atas adalah perancangan yang telah di buat setelah sekian lama buat keputusan..hahaha..ayat tak boleh blah....