Friday, July 30, 2010

Bila aku sudah bosan...

hello everybody..today.....(dah stop buat intro speaking broken english lagi)
assalamualaikum semua....

hari ni tak nak tulis panjang-panjang yang berjela-jela..entri ni nak post gambar buruk aku yang tengah bosan di dalam sebuah kelas pada jam 7.30 petang, di mana empunya blog ini iaitu aku ada kelas petang sampai malam ya...nasib baik ada ipod kodi..hahaha...ala, mp4 cap jenama tecom je setia menemani aku dengan playlistnya penuh lagu super junior dan k-pop idol yang lain...lagu melayu ciput je kot...hahaha...




nak share jugak dengan korang pasal lagu yang selalu menjadi santapan halwa telinga aku..antaranya ialah
  1. super junior - No Others
  2. super junior - A short journey
  3. super junior- All my heart
  4. super junior - Bonamana
  5. f(x) - Mr. Boogie
  6. orange caramel- magic girl
  7. shinee- Lucifer
  8. MBlaq- Y
  9. Infinite- Come back again
  10. CNBlue- Love
  11. dan banyak lagi..malas nak tulis sebab banyak dan malas lagi....

p/s: memang buruk kan muka aku bila bosan...(tapi memang muka kau bukan cantik sangat pun eisya oiiiiiiii)


Tuesday, July 27, 2010

remaja top...

assalamualaikum semua....

hehehehe..hari ni nak share dengan korang pasal remaja zaman kini yang muda-muda lagi dah buat duit sendiri dengan jual suara, bakat dan kechomelan mereka...

hahaha..introduce to all of you...rookie from korean boy band, TEEN TOP...diorang baru je debut bulan ni kot...lagu diorang yang best ialah CLAP...tengok tepuk tangan pun boleh buat lagu apa....

kalau korang nak dengar lagu mereka berenam ni..sila-sila lah ke YOUTUBE ya...aku malas nak share..sebab ermmmmm..aku punya blog ada problem sikit bab-bab nak share video ni...ianya agak sengal...

so, aku bagi korang link yelah ya,....nak tengok betapa chomel nya mereka ni....
dari kiri, Niel, L.Joe, CAP, Riki, ChunJi and ChangJo


oh ya...lupa nak kenalkan korang dengan mereka...

leader diorang nama dia C.A.P (charisma rapper), umur 18 tahun tp kat korean dah 19 tahun..
second, ChunJi (power voice), umur dia 17 tahun (korea:18 tahun)
third, L.Joe (bad boy rapper), umur 17 tahun (korea:18 tahun)
fourth, Niel (emotional voice), umur 16 tahun (korea: 17 tahun)
fifth, Riki (lovely voice), umur 15 tahun (korea: 16 tahun)
last, ChangJo (dancing boy), umur 15 tahun (korea:16 tahun)..


P/s: ChunJi tu aku dah chop dulu..dia cute giler kot...I ada skandal baru la...
hehehehe...harap-harap donghae and L tak marah okay..baby ChunJi baru 17 tahun je...
to anis: cepat pilih sapa yang kamu suka...hehehhe..

Sunday, July 25, 2010

kisah semalam...

assalamualaikum semua..........
hari ni mood aku biasa-biasa sahaja walaupun agak sedikit kecewa sebab sepanjang hari tadi tak boleh online...broadband aku lembab nak mam......kerana faktor cuaca...hahahaha...

nak share sikit boleh tak?????????? nak tahu tak yang entry ni entry yang ke 100 aku...wah dah dekat setahun buat blog baru 1oo nukilan kau eisya...dahsyat betul...orang lain dah beratus-ratus entry tapi kau baru 100.....kekekekeke...

ni cerita hari kelmarin....ikuti kisah aku:

1. bangun pagi-pagi, bukak loker cari baju nak pakai, ok dah jumpa kemudian pergi kat laci gerobok cari selendang. then, jumpa yang boleh mix dengan baju, bukak pintu bilik jalan menuju ke tempat seterika (sebelah bilik yana). dah siap gosok baju dan shawl, belek-belek buku EPOP muka depan suju...khusyuk baca lupa nak mandi pulak, jam dah pukul 9.30 pagi...mesej katy dulu...

2. dah siap mandi, katy balas mesej dan set nak gerak pukul 10.00 pagi...siap-siap pakai baju dan apply make up kat muka..wah muka saya berubah bila terlebih letak eye liner kat mata...
dah macam orang nak pergi kenduri kahwin sudah ni...abaikan mata...pakai selendang dan kemas bag yang nak angkut bawah sekali....katy mesej tanya dah siap blom, aku jawab dah dan turun...

3. ambik teksi dari kolej pergi ktm batang benar, bayar rm 8 kongsi dengan katy. beli tiket ke Kl sentral...tren pulak sampai lambat dan kisahnya bila weekend tren macam tin sardin..tapi tak apa sebab dapat berdiri sebelah mamat hensem yang perasan aku usha dia...

4. sampai Kl sentral, jalan keluar pergi monorail station pulak. nasib baik monorail tak jadi tin sardin cap marina. dah sampai imbi station keluar lah buat apa lagi...kata nak pergi Low yat..kisah dia jalan kaki lagi cari pintu belakang low yat, yeah sudah masuk dan rasa kesejukan air-cond setelah baju hampir nak lencun dek berpeluh ( sumpah tipu sebab nak jalan cari pintu belakang bukannya jauh pun)

5. dah masuk misi cari external hard disk dan memori cip PSP adiknya bermula...dan maaf aku mula gila bila nampak kedai jual corby sana-sini..dalam hati nak beli ja tapi duit dalam poket ada beberapa keping sahaja...lain kali lah ya...dah selesai urusan katy, giliran aku pulak..cari MP3 or MP4 player...kena cari jugak sebab hari tu dah terniat bila dapat duit mara yang disuruh beli buku, aku nak beli benda alah itu...then, jumpa lah, akhirnya aku pilih MP4 kaler Merah tau..sama kaler dengan handphone dan external...

6. selesai kat low yat, jalan kaki pergi TS pulak...masuk TS sangat best dapat rasa udara sejuk lagi..eh...bunyi bising la..sebab kat ruang luar bangunan TS ada showcase kot..diaorang main alat muzik kot...nice tapi tak singgah sebab nak beratur beli tiket wayang...sampai kat kaunter..wah lagi bila tengok manusia yang beratur bukan main ramai lagi...tapi aku dan katy beratur jugak...
kami decide nak tengok citer SORCERER'S APPRENTICE...(betul kah aku eja ni???????). tayangan pukul 4.30, jam waktu tu baru pukul 2..so, apa lagi kami serbu MARRY BROWN kat sebelah tu...

7. dah makan, apa lagi..shopping laaa.....aku cari sandal tuk pergi kelas dan sangat susah nak cari yang muat dengan kaki lebar macam aku (aku bersyukur dilahirkan seperti ini ya sebab unik).. last-last jumpa sandal tu kat vamp dan services diorang baik gila siap pakaikan aku sandal tu lagi..tiba-tiba terasa macam puteri...ceh ceh...

8. kat tingkat 3 macam biasa ada bazar-bazar yang jual bag-bag, tudung dan lain lain lagi. dan yang tu pun aku jenguk-jenguk jugak dan terbeli lah satu plain cotton shawl yang lebih kurang kain lycra gak tapi lagi best kot...melayang lagi pitis ku...

9. jam dah masuk pukul 4.15 ptg, so berdirilah kami berdua depan pintuk masuk panggung tu,,hall 9 tak nak on lampu yang tulis 'now seating' lagi..dah ramai insan-insan yang nak tengok berdiri bersama kami...dah on, apa lagi masuk lah...

10. komen pasal cerita tu...ermmm....sangat best untuk siapa-siapa yang suka tengok cerita aksi, magik dan komedi sebab cerita tu ada semuanya..paling aku suka lah time dave tanya kat Balthazar "are you insane?" sambil buat muka cool Balthazar tunjuk sedikit dengan jari dia...
dan dave jawab "okay, a little bit" then lawan balik dengan dragon yang kejar dia...

11. cerita dah habis, apa tunggu lagi, kami bergerak pulang ke mantin semula...ulang perjalanan kami semula ke KL sentral..naik monorail dan ktm balik batang benar. dah sampai batang benar pukul 8.30 mlm, tunggu bas kolej dah pukul 9.30 mlm baru gerak balik kolej...

12. lupa pulak kat Kl sentral, cari McD beli GCB...wah..ternyata memang GGGGGGGG lah...
best betul GCB ni...kalau nak cuba, cepat cari McD sekarang...tak pun call je buat delivery...

okay lah..sampai di sini sudah kisah semalam aku..
hari ni aku penat sebab kemas bilik..
bilik aku yang single mingle..
ternyata aku suka bilik aku sekarang...
best, boom and gempak lah...

p/s: sorry, aku tak bergambar pulak dengan katy ya...khusyuk berjalan sampai lupa nak rakam memory kami...lain kali keluar aku bergambar banyak-banyak ya...



Thursday, July 22, 2010

syndrom korea sudah....

assalamualaikum semua...................

hari ni nak cerita pasal member-member aku yang sudah kena syndrom tulis status dekat facebook dalam bahasa korea...aiyahhhhhh....apa nak jadi sudah dengan mereka ni....

si wan @ syazwan nasir boleh tulis selamat malam dalam macam-macam bahasa...rajin betul pergi google translate satu-satu...

si katy @ stawberi kim junsu pulak, aduhai..ntah apa lah yang dia tulis..aku malas nak pergi translate...

anis @ hunnies kyu sj pulak...aku translate tapi apasal macam lain macam je maksud dia..tak faham sudah

yang syak pulak tak tahu la apa....

korang tengok la sendiri kat bawah ni, bukti yang aku tak tipu korang.....


wahai kawan-kawan aku....suka ya tiru aku....hehehehe...tak adalah tak cakap pun korang nak tiru aku....bagus jugak kita-kita ni tulis dalam bahasa lain..nanti nak mengumpat pun orang tak tahu kan.....diorang tak ada kerja lah nak pergi google translate setiap kali ada bahasa korea kat status kita kan.....

dahlah...internet sekarang agak 'sengal' sedikit...jadi aku malas nak tulis panjang-panjang...

see you all next time...


p/s: jangan marah ya kawan-kawanku...tak ada niat nak post pasal korang kena syndrom teruk..just rasa kelakar bila tengok korang main bahasa korea ni..tak apa..kita kan geng kaki korea.....makan dengar lagu korea, tidur pun lagu korea, mandi pun boleh teringat kat pakwe-pakwe hensem korea...kita layan jelah ya...

Monday, July 19, 2010

hehehehehe...

hello semua...
eh eh..lupa assalamualaikum....
hehehehe....

aku suka tulis hehehehehe....
aku suka tambah hehehehe lepas tulis ayat, tak kisahlah kat mana-mana pun, dalm mesej pun aku suka, bila ym saja dengan member aku suka tulis hehehehe lah, hahahaha lah.....
maybe hobi kot.

actually nak cerita pasal esok ada presentation..wawawawaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!
aku tak suka present tapi nasib baik subjek ni tak susah sangat tapi MPA yang aku pergi langsung tak masuk dalam kepala otak tu memang aku tension tahap maksimum yang amat lah...present esok pun pasal equipment yang pakai kat site for earth work je...

hehehehehe....tapi senang kah tajuk itu. mungkin ya dan aku dan kathy akan present first sekali. doa-doakan kami berdua boleh present dengan lancarnya tanpa sebarang masalah.

adakah aku akan gugup dan gigil seperti animation di atas????
huhuhuhuhu....takutnya nak present esok...

saya: madam, boleh tak kalau tak nak present?

madam: awak ni nak belajar ke tak nak? buat sahajalah.

adakah itu yang akan dijawab madam aku sekiranya aku tak nak present...
huhhuhu..hahahaha..hehehehe...


p/s: padahal slide untuk present esok tak complete lagi. update blog boleh pulak..hehehehehe..
jangan marah ya!!!!!!!

Wednesday, July 14, 2010

Di-TAG-Kan...

fuyooooooo......thanks hunnies khusut sebab tag kan saya...(bila pulak jadi formal bersaya berawak ni)..hehehehe...blog saya biasa-biasa saja..tak ada yang menarik kecuali saya..hahahaha



Anda mesti memuji si pemberi award
ermm....hunnies ni baik orangnya..suka tolong kawan-kawan dia..
dia suka cho kyu hyun sangat-sangat...
thank you very much sebab tag kan isya..
first time ni di tag kan.... tq my lalink..

Sila beri award ni kepada 10 blogger yang lain

nur farahin
starzeti
syazwani
ciksas93
alia
aqish basir
yahEmy shazlin

x cukup 10 sebab saya tak tahu nak tag sapa lagi...


A
nda mesti memberit
ahu kepada 10 blogger tadi

saya dah tag kan anda...hehehe

Bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best
saya tak tahu pon blog saya best..
saya just tulis apa yang saya
nak share dengan korang...
blog saya tak adalah best sangat pon ....

Monday, July 12, 2010

Sem baru, Azam pun baru jugak...

assalamualaikum semua...

berita baik: aku dah start semester baru....semester H2 untuk program HnD in Civil Engineering.
setelah H1+ menjadi satu kenangan terindah dalam hidup aku...serius, banyak gila momen-momen indah yang terlakar ketika semester lepas. antaranya, outing dengan gang kat sunway pyramid, sambutan birthday kathy, dapat lesen L dan banyak lagi...

semester ni aku ambil 4 subject untuk H2 in HnD..
  1. Civil Engineering Construction A (CECA)
  2. Design Principle and Application (DPA)
  3. Structural Analysis and Design (SAD)
  4. Management Principle and Application (MPA)
tadi dah pergi kelas CECA tu..Okaylah subject tu...basicnya dah belajar sebelum ni tapi banyak jugak yang aku lupa, so kena refer balik note lama...hahahahaha.....

cakap pasal azam, aku memang tanam azam baru sempena semester baru yang menunjukkan yang aku tinggal beberapa sem lagi nak habis..hahahaha...(padahal ada 3 sem lagi nak habis)
azam aku untuk semester ni ialah, tak nak ponteng kelas sebab malas, boleh ponteng tapi sebab sakit atau sebab kecemasan sahaja..kehadiran untuk sem lepas sangat memuaskan bila dapat 97% daripada 100% kedatangan..okaylah tu just ponteng 3 atau 4 kali je kot...
lagi satu, nak buat assignment betul-betul sampai dapat Distriction untuk semua subject sebab sangat jealous dengan budak-budak senior aku yang dapat assignment D je...huhuhu..
jealous aku sangat bagus untuk meningkatkan tahap usaha demi mencapainya...

cakap pasal sem baru mesti ada result sem lepaskan..result aku okaylah, cukup untuk puaskan hati aku dan family aku. dah bagi tahu mama tadi, dia macam happy jugak aku dapat result tu daripada teruk sangat...berbaloi jugak lah aku kena macam-macam sem lepas, mungkin ni hikmah yang aku dapat setelah aku diduga...betullah kata orang, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya...

p/s: memori yang tak berapa nak best pun banyak jugak tapi buat apa nak cerita kalau hanya akan menambah sakit dihati...aku dengan sepenuh hati maafkan mereka tapi belum sepenuh hati menerima mereka kembali...selagi parut dihati masih belum sembuh, selagi itu akan aku kenang setiap yang berlaku...bagi aku memaafkan itu boleh tapi melupakan itu tidak.

~maafkan aku sekiranya entri ni menyebabkan anda bosan..sebab aku pun bosan dan tak ada idea nak tulis apa..hehehe~

Saturday, July 10, 2010

keliru...

assalamualaikum...
hello semua...
I'm back after a few day tak update my blog..line broadband kat rumah my sister tak clear sangat so, bila sampai kolej baru boleh online..ini pun lembab sikit sebab line tak berapa nak berjalan dengan lancarnya...hahaha...

nak bagi tahu sikit, malam ni I duduk sorang-sorang tau kat rumah ni..huhuhuhu..takut tu tak ada lah sangat tapi cuma sunyi..nasib baik ada laptop yang setia memainkan peranannya menemani I kat sini...thanks my blacky lappy..sayang U a lot...

kelmarin, dari kota bharu, bertolak pukul 9.30 malam sampai kajang pukul 8.30 pagi..lambat sikit sebab abang ipar I merangkap driver berhenti tidur dan dia tak sedar...I tak salahkan dia..I follow je..hehehe...sudahnya petang tu bila my sister nak pergi kerja, dia suruh my second sister datang teman sebab takut I sunyi duk sorang-sorang kat rumah..so, kami berdua pergi tengok wayang..tak jauh pun panggungnya sebab kat kajang ada panggung apa, METRO PLAZA ada..lagi satu dalam paggung tak ada orang sangat, so, best bila dapat memahami cerita tanpa bunyi anasir-anasir luar... tengok filem yang I sangat-sangat nak tengok untuk first timenya TWILIGHT siries kat pawagam...hehehe,,sebab yang dua-dua before this just ambik dari member je..



and..that film so amazing dengan jalan cerita yang agak best bila BELLA keliru nak pilih siapa yang dia suka antara EDWARD and JACOB...but lastly, she choose EDWARD because she love him more...filem ni agak best berbanding NEW MOON..sebab tak lembab sangat dan tak complicated.. 4 dari 5 bintang dari I ok...kalau nak tahu cerita sebenar pergi tengok sendiri ya...

tapi I ada pesanan untuk BELLA:
jadi vampire lah ya..nanti JACOB boleh bagi kat I..I nak dia walaupun dia suka kenakan EDWARD...I suka bila dia senyum sinis masa naik motor dengan U..dia buat I cair ok...walaupun nampak dia agak jahat pada boyfriend vampire U tu..I jatuh cinta 15 kali pandang dia dalam filem ni...

Friday, July 2, 2010

comel gila....

assalamualaikum semua..........

first, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat abah kesayangan aku. dia tolong bayarkan headphone kaler pink plus purple yang sangat comel dan mouse atau tetikus putih yang super cool...walaupun bukan yang wireless tapi aku suka...sebab dua-dua warna favourite aku..hehehehe...


comel tak?????? hahahaha......
harga pun tak mahal sangat...sesuai tuk aku yang bukan anak orang kaya @ hidup mewah ni...
cukup-cukup makan sudah...janji rock babe....hehehehe
mouse dan headphone tu sangat comel bila bergandingan dengan gambar SUPER JUNIOR kat screen desktop...(waktu snap picture tengah tengok mv 'No Other' kat music bank yang petang tadi aku tak sempat nak tengok kat KBS World chanel 303 astro...sedih tak boleh tengok live, hope next week boleh tengok live before bertolak balik ke kajang...(balik kajang ikut my sis and her husband, pastu esoknya baru diorang hantar pergi mantin, balik kolej)

oklah..nak tidur dulu. malam ni kena tidur awal sebab....................
sebab mengantuk sangat dan dah tak ada cerita best nak tengok kat youtube..semua dah tengok dalam masa 2 minggu ni..sangat suka dengan internet kat rumah sebab tak payah fikir pasal berapa megabyte pakai dalam satu hari macam berukband aku yang terchenta itu... kahkakahkah....



Thursday, July 1, 2010

rindu=miss=아가씨=ミス....

assalamualaikum....

hai semua....
cuti dah hampir ke penghujungnya...minggu depan boleh bersiap sedia untuk pulang ke MANTIN. kat mana mantin terletak???google la sendiri kat google map ya..panjang sangat nak cerita kat mana mantin tu...boleh cakap yang dekat dengan nilai, tu saja..hehehe

seriusly, macam tak sabar pulak nak balik kali ni sebab ada bilik best menunggu, ada katil yang syok untuk baring, ada ruang yang luas tuk berlari-lari dalam bilik...hahaha..almaklum lah baru pindah rumah dan bilik yang lagi bagus dari yang lama. pastu duduk pulak sorang-sorang takda orang lain nak kacau, nak marah, nak sindir aku suka-suka hati lagi...finally, I get my own room and privacy. selama ni mengalah sehabis boleh bila privacy ku di usik dan dicampuri. tapi sekarang aku boleh tersenyum puas hati...dah-dah sudah jangan nak membebel yang bukan topik sebenar...

aku rindu lah suasana kat kolej...rindu nak pergi kelas walaupun kadang-kadang malas nak naik kelas tinggi macam menara dan memanjat tangga, penatnya hanya student kolej legenda saja yang tahu....rindu kat kawan-kawan terbaik aku, sebab mereka sentiasa ada bila aku perlukan mereka..rindu dengan ice blended dan waffle abang SI 04, seriously, aku beli salah satu 3 atau 4 kali seminggu tau..sedap sampai tak pernah lupa jalan balik rumah..hehehehe....rindu pada semua yang ada kat kolej lah kecuali bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan bila malam macam siren pukul 11, bunyi motor yang merempit dalam kawasan hostel..satu lagi, aku tak rindu pun pada mat-mat hitam yang berkeliaran dalam kolej...hehehe...lagi pun tak suka attitude dan bau diaorang yang macam !@#$%^&*.......( tak cuba tuk mengutuk tapi ianya kenyataan)..

jom kita check it out, siapa yang aku 아가씨????????????????????????


ni Sir SUDESH NAIR..
semester depan dia dah tak ada
dia dah resign, and sekarang dia mengajar kat SKDU..
sir, hope you will success there..
we will miss you because you're the best lecturer..
sporting and understand us and make us like your friend..

ni pula, empat budak nakal...
hehehe...actually tak ada gambar lain.
terpaksa ambil gambar lama...
syak, nysa, katy, anis..
miss all of you..

ni anis. my darling sayang...
hehehe....my best friend...
kami suka super junior
dia sayang cho kyuhyun...
aku sayang lee donghae..


ni bilik budak sengal..aku la tu..
katil ni sangat syok bila tidur sebab setiap kali baring mesti terlelap..
bangun pulak sangat lambat bila tidur diatasnya...
berbeza dengan bilik dulu sebab terpaksa tidur di bawah..
rindu nak peluk perut patrick star kaler pink...


nama budak nakal ni yana...
dia housemate baru aku...
dia suka masak..dan aku suka makan..


~semua ni perkara yang aku rindu sangat-sangat...kawan-kawan yang lain jangan jealous tau, aku tak ada gambar korang....tapi aku tetap rindu kat korang....~

dah-dah sudah...
habiskan entry ni kat sini..
malas sudah nak bercerita..
lain kali kalau ada cerita..
aku cerita kat sini lagi ya..
papai...(waving my hand right now)