Sunday, July 25, 2010

kisah semalam...

assalamualaikum semua..........
hari ni mood aku biasa-biasa sahaja walaupun agak sedikit kecewa sebab sepanjang hari tadi tak boleh online...broadband aku lembab nak mam......kerana faktor cuaca...hahahaha...

nak share sikit boleh tak?????????? nak tahu tak yang entry ni entry yang ke 100 aku...wah dah dekat setahun buat blog baru 1oo nukilan kau eisya...dahsyat betul...orang lain dah beratus-ratus entry tapi kau baru 100.....kekekekeke...

ni cerita hari kelmarin....ikuti kisah aku:

1. bangun pagi-pagi, bukak loker cari baju nak pakai, ok dah jumpa kemudian pergi kat laci gerobok cari selendang. then, jumpa yang boleh mix dengan baju, bukak pintu bilik jalan menuju ke tempat seterika (sebelah bilik yana). dah siap gosok baju dan shawl, belek-belek buku EPOP muka depan suju...khusyuk baca lupa nak mandi pulak, jam dah pukul 9.30 pagi...mesej katy dulu...

2. dah siap mandi, katy balas mesej dan set nak gerak pukul 10.00 pagi...siap-siap pakai baju dan apply make up kat muka..wah muka saya berubah bila terlebih letak eye liner kat mata...
dah macam orang nak pergi kenduri kahwin sudah ni...abaikan mata...pakai selendang dan kemas bag yang nak angkut bawah sekali....katy mesej tanya dah siap blom, aku jawab dah dan turun...

3. ambik teksi dari kolej pergi ktm batang benar, bayar rm 8 kongsi dengan katy. beli tiket ke Kl sentral...tren pulak sampai lambat dan kisahnya bila weekend tren macam tin sardin..tapi tak apa sebab dapat berdiri sebelah mamat hensem yang perasan aku usha dia...

4. sampai Kl sentral, jalan keluar pergi monorail station pulak. nasib baik monorail tak jadi tin sardin cap marina. dah sampai imbi station keluar lah buat apa lagi...kata nak pergi Low yat..kisah dia jalan kaki lagi cari pintu belakang low yat, yeah sudah masuk dan rasa kesejukan air-cond setelah baju hampir nak lencun dek berpeluh ( sumpah tipu sebab nak jalan cari pintu belakang bukannya jauh pun)

5. dah masuk misi cari external hard disk dan memori cip PSP adiknya bermula...dan maaf aku mula gila bila nampak kedai jual corby sana-sini..dalam hati nak beli ja tapi duit dalam poket ada beberapa keping sahaja...lain kali lah ya...dah selesai urusan katy, giliran aku pulak..cari MP3 or MP4 player...kena cari jugak sebab hari tu dah terniat bila dapat duit mara yang disuruh beli buku, aku nak beli benda alah itu...then, jumpa lah, akhirnya aku pilih MP4 kaler Merah tau..sama kaler dengan handphone dan external...

6. selesai kat low yat, jalan kaki pergi TS pulak...masuk TS sangat best dapat rasa udara sejuk lagi..eh...bunyi bising la..sebab kat ruang luar bangunan TS ada showcase kot..diaorang main alat muzik kot...nice tapi tak singgah sebab nak beratur beli tiket wayang...sampai kat kaunter..wah lagi bila tengok manusia yang beratur bukan main ramai lagi...tapi aku dan katy beratur jugak...
kami decide nak tengok citer SORCERER'S APPRENTICE...(betul kah aku eja ni???????). tayangan pukul 4.30, jam waktu tu baru pukul 2..so, apa lagi kami serbu MARRY BROWN kat sebelah tu...

7. dah makan, apa lagi..shopping laaa.....aku cari sandal tuk pergi kelas dan sangat susah nak cari yang muat dengan kaki lebar macam aku (aku bersyukur dilahirkan seperti ini ya sebab unik).. last-last jumpa sandal tu kat vamp dan services diorang baik gila siap pakaikan aku sandal tu lagi..tiba-tiba terasa macam puteri...ceh ceh...

8. kat tingkat 3 macam biasa ada bazar-bazar yang jual bag-bag, tudung dan lain lain lagi. dan yang tu pun aku jenguk-jenguk jugak dan terbeli lah satu plain cotton shawl yang lebih kurang kain lycra gak tapi lagi best kot...melayang lagi pitis ku...

9. jam dah masuk pukul 4.15 ptg, so berdirilah kami berdua depan pintuk masuk panggung tu,,hall 9 tak nak on lampu yang tulis 'now seating' lagi..dah ramai insan-insan yang nak tengok berdiri bersama kami...dah on, apa lagi masuk lah...

10. komen pasal cerita tu...ermmm....sangat best untuk siapa-siapa yang suka tengok cerita aksi, magik dan komedi sebab cerita tu ada semuanya..paling aku suka lah time dave tanya kat Balthazar "are you insane?" sambil buat muka cool Balthazar tunjuk sedikit dengan jari dia...
dan dave jawab "okay, a little bit" then lawan balik dengan dragon yang kejar dia...

11. cerita dah habis, apa tunggu lagi, kami bergerak pulang ke mantin semula...ulang perjalanan kami semula ke KL sentral..naik monorail dan ktm balik batang benar. dah sampai batang benar pukul 8.30 mlm, tunggu bas kolej dah pukul 9.30 mlm baru gerak balik kolej...

12. lupa pulak kat Kl sentral, cari McD beli GCB...wah..ternyata memang GGGGGGGG lah...
best betul GCB ni...kalau nak cuba, cepat cari McD sekarang...tak pun call je buat delivery...

okay lah..sampai di sini sudah kisah semalam aku..
hari ni aku penat sebab kemas bilik..
bilik aku yang single mingle..
ternyata aku suka bilik aku sekarang...
best, boom and gempak lah...

p/s: sorry, aku tak bergambar pulak dengan katy ya...khusyuk berjalan sampai lupa nak rakam memory kami...lain kali keluar aku bergambar banyak-banyak ya...



No comments:

Post a Comment