Saturday, February 20, 2010

ramainya lahir bulan 2

entry ini adalah special buat rakan-rakan ku
dari SKDH2, SMKPC2 dan SMTPM
yang menyambut hari lahir mereka pada bulan ini..
oh yaa...tak lupa juga buat sahabat-sahabatku
di KOLEJ LEGENDA...

ramai juga ya yang lahir bulan februari tahun1990..
bagus-bagus..
sebab korang dah tua sebelum aku....
hahahaha (gelak jahat)

buat rakan-rakanku yang lahir bulan feb ini:

1. MUNIRAH MAZLAN
2. KAMARUL FIKRI
3.NADIA NASARUDDIN
4. MUHAMMAD MUSA
5.FATIN HANINI
6.KHAIRUL AMSAL
7.MUHAMMAD SHARUL
8. MUHAMMAD SAFWAN
dan yang lain-lain...

HAPPY BIRTHDAY 20TH GUYS....
HOPE ALL OF YOU WILL BE HAPPY FOREVER
AND MAY GOD BLESS ALL OF YOU...

Thursday, February 18, 2010

BERSIAR-SIAR SAMBIL BUANG DUIT!!!!!

tajuk enrty sangat-sangatlah menyindir diri sendiri!!!!
namun tajuk berkenaan sangat sesuai untuk aku yang dah berhabis duit untuk diri aku sendiri. barulah dinamakan belanja tapi perlu..(perlu ke kalau sampai banyak-banyak)
tapi biarlah janji aku happy...(macam nama lagu je)


ceritanya begini...
2 hari lalu, kami sekeluarga *kecuali abang, keluar pergi butik pengantin (my sister nak kahwin bulan 3 nie), so kami turun dalam pukul 4.oo petang lagi. then, kitaorang sampai kat butik itu dalam pukul 4.40 petang kot dan masuk aje butik itu, aku terpegun melihat semua pakaian pengantin kat dalam sangat-sangat cantik.(ni cerita sampingan kepada tajuk entry).

kebanyakkan gambar di atas kerusi pelamin
yang sangat besar dan tinggi...




selepas itu, kami ke KB MALL untuk penuhi keinginan HAKIM adik aku yang nak handphone baru setelah handphonenya rosak jatuh terjunam dari almari mama aku. tapi before shopping kena isi perut dulu... tapi ini adalah part yang aku tak suka. kami pilih KFC untuk makan malam..wawaaaaaaaaaaaaaa..baru rancang nak isytihar perang dengan KFC..makan pulak yang ada ayam 2 ketul...huahuahua....

dah selesai makan, nak pulak aku tertengok jualan sale bag-bag yang in sekarang...mama dan aku usha-usha bag and abah dan hakim pergi cari handphone...malah aku jugak terbeli (nak jugak letak 'TER' untuk tidak sengaja) bag yang chomel color ntah (color dia make me confius sebab sekali nampak macam marron, 2 kali nampak macam pink tua, 3belas kali nampak macam purple gelap).
HAKIM pulak beli handphone yang dia nak selama ni, W205, naseb baik murah dan tak secanggih aku punya *punyalah si kakak ini sangat tidak suka adiknya memakai handphone canggih sebab dia tak pandai jaga barang tak macam I!!!!!*

dan end of the day, jalan-jalan buang duit aku..melayanglah rm50.00 dan duit mama rm20.00
untuk beli bag baru...(bag tak ada gambar, nanti-nanti lah I post).

khamis, 19 februari 2010...hari yang panjang...

kami keluar bersiar-siar lagi..ehhhh..salah..bukan bersiar-siar tapi buat important thing yang main characternya ialah aku...jam 9.00 pagi dah keluar pergi wisma untuk buat IC baru tapi ya allah punyalah ramai orang, okay, boleh tunggu lagi tapi sekali tu komputer diaorang buat hal, jammed, so abah suruh pergi bank dulu. so, I pergi Maybank untuk buat card bank. dah ada CIMB dah tapi still gatal nak buat Maybank lagi..untuk kesenangan masa hadapan. dah siap card, drive to my technic skool untuk ambil sijil aku yang dah berkepul habuk di tanam (sebanarnya tak pun). then, abah dan mama buat keputusan, nak pergi rantau panjang untuk cari barang-barang kahwin kakak aku..so, we gonna shopping again...memanag aku shopping sakan, aku beli banyak barang dan pakai duit aku sendiri, akubeli sampai 4 barang tapi just habis rm60.00 aje...


1st thing aku beli adalah bear putih chomel ni..
harga nya sangat murah, cuma rm 10 je..
dan aku namakannya Mr. BOBO..



okaylah...dah panjang pun entry ini, saya nak undur diri dulu.....
tatatititutu...

Tuesday, February 16, 2010

NAIK LAGI!!!!!

entry ini adalah untuk meluahkan rasa geram, sakit hati dan benci....


hampir 3 minggu sudah aku berada di rumah ku di kota bharu, kelantan
dan hampir 3 minggu itu jugalah berat badan aku naik berkilo-kilo kilogram...
geramnya, kenapa lah berat badan aku ni sangat-sangat senang naik dan sangat-sangat susah nak turun balik....
lantak kau lah badan malas aku nak fikir sekarang....
esok-esok aku fikir camne nak turun balik berat badan ni...
maybe kena buat perhitungan dengan nasi dan fast food like KFC and sewaktu denganya...
buka sem baru ni, aku nak puasa sebulan berturut-turut...
nak buat tagline kat dapur or kedai pak cik kari SI 21 tu...
KATAKAN TAK NAK PADA NASI!!!!!
pastu boleh buat satu peperangan dengan makanan berat,
macam:

SAYA TAK SUKA NASI!!

SAYA GADUH DENGAN NASI!!!

SAYA TAK NAK MAKAN KFC LAGI!!

SAYA BENCI LEMAK DALAM BADAN SAYA!!


lepas itu, bolehla aku 'mengkayakan' orang-orang yang jual JUSMATE 5...


dan mula-mula memang la bersemangat nak kurus...
tapi lepas tu, dah mula lah perangai lama keluar, M.A.L.A.S
PENYAKIT YANG TAK ADA UBATNYA (kata mama)


OH NO!!!!

Friday, February 12, 2010

PERTEMUAN KAMI

kelmarin tanggal 12 februari 2010, setelah hampir setahun tak bertentang mata, akhirnya kami berjumpa dan bersama kembali untuk mengeratkan hubungan yang telah lama terjalin. kami berjumpa di KB Mall yang terletak di simpang jalan *******(tak ingat nama jalan lah), kami bertemu pada jam 3.30 ptg. dia bersama adik dan sepupunya. kami juga di temani oleh kawan dia yang sangat pemalu.. then, kami ke food court dimana terletak di sebelah tempat kejadian yang berlaku tahun lepas. ternyata aku masih boleh bayangkan kereta yang jatuh itu menghempap mangsa -mangsa kejadian *maaf iklan sebentar untuk menujukkan rasa simpati kepada keluarga mangsa*. Sambil minum-minum, kami bersembang pasal zaman muda-muda waktu sekolah dulu (kena cakap muda sebab masih lagi belasan tahun, sekarang dah tua coz dah puluhan tahun). then, kitaorang jalan-jalan je lepas tu, berhenti buat gila-gila kat kedai hadiah and comment pasal harga bantal berbentuk LOVE yang mahal nak mampus. lepas tu, makan aiskrim McFLURRY OREO yang sekarang dah kecik, tak besar macam dulu lagi... jam menujukkan dah pukul 5.30ptg, so, aku mintak diri dulu coz nak follow mama and abah pergi tempat lain lagi. so, dah salam and cium pipi sebanyak 3 kali memang akan buat aku rindu kat dia dan sepupu dia..(actually best friend aku jugak)..hehehehe...(saje buat gempak ckit)...


sempat bergambar sebelum balik...
*baju kuning belang coklat: wanie
*baju pink yang kecik chomel: ily
*baju petak yang gemok: aku lah sapa lagi...


aku, ily, wanie dan adiknya..
*sorry lupa nama adik wanie*
makan aiskrim jangan tak habiskan pulak



So gurls, I wish both of you good luck in every thing that you guys doing...okay!!!! I will make sure our friendship never ever break up and destroy!!!! I LOVE BOTH OF YOU SO MUCH!!!!!!



IKLAN BISKUT MENTEGA CAP AYAM:
gambar angan-angan:
di bawah ialah gambar bilik yang menjadi idaman kalbu...
hopefully one day my room will be like this...
so love purple colour in my bedroom
*SO COLOR FONT PUN PURPLE LAH*




Wednesday, February 10, 2010

SAJE-SAJE NAK POST ENTRY....


ni entry yang saja-saja gatal nak post...

ini budak bernama UMMU HABIBAH...
yang sangat-sangat nakal....



ni plak pasal budak giler@sewel...
yang nak jugak interframe kat blog ni...




ini pula perubahan kat rumah aku yang tak berapa nak siap lagi....

ini ruang depan pintu masuk...

ini pula ruang tamu yang tak siap sepenuhnya lagi...
tak ada final touch up lagi...


so, ini jelah pictures tuk perubahan yang saya cakap hari tu...
rumah keluarga saya yang dah lama ini dah berubah warna..
kalau dulu warna dah pudar-pidar semuanya....
nanti kalau dah cantik boleh post gambar lagi.....











BANGGALAH DENGAN BAHASA KITA...

dari tahun ke tahun, bulan ke bulan, hari ke hari, jam ke jam...ramai penduduk dari luar bandar berhijrah ke bandar-bandar besar seperti kuala lumpur untuk mencari perkerjaan demi sesuap nasi untuk keluarga tercinta...ramai juga yang memperoleh perkerjaan dan di murahkan rezeki dengan gaji yang sepadan dengan usaha serta kerajinan mereka bekerja..tapi ramai juga yang dulunya kata nak cari peluang pekerjaan tapi bila dah terlampau asyik dengan dunia kota besar seperti KL..mereka lupa daratan...malah perkara ini juga terjadi kepada pelajar-pelajar IPTA atau IPTS di ibu negara...mereka seolah -olah terkejut dengan perubahan keadaan yang mereka alami...di kampung mereka hanya melihat bangunan-bangunan rendah, paling tinggi pun 3 atau 4 tingkat, tapi di bandar hampir semuanya bangunan mencakar langit...dan di kampung mereka tidak punya tempat-tempat hiburan seperti panggung wayang, pusat karaoke, pusat membeli-belah yang besar dan lain-lain lagi...tapi di bandar semuanya lengkap ada...ramai juga daripada segelintir mereka lupa bila mereka berjaya..lupa pada kampung..lupa pada keluarga..lupa asal dan usul mereka....


kenapa kenyataan di atas sangat serious...??????



sebenarnya statement or kenyataan tu bukanlah tajuk asal...



topik yang saya nak cakap ialah...
pasal bahasa....


tapi ianya masih lagi berkaitan kalau kita renung sejenak....


kalau ada yang segelintir dari kita ini berasal dari negeri yang mempunyai bahasa loghat tersendiri, pasti akan mengiakan entri saya ini...
contohnya saya sendiri... saya adalah anak jati kelantan...
lahir, membesar dan belajar separuh hidup saya sekarang pun disana.....
sekarang saya sedang belajar di negeri sembilan, negeri yang bersebelahan dengan ibu kota kuala lumpur.....tiap kali masa lapang saya akan turun KL untuk menziarah keluarga ibu saudara saya di ampang...malah setiap kali hujung minggu saya dan kakak saya akan keluar ke bandar...
kami jalan-jalan kat TIMES SQUARE, SUNGEI WANG, SOGO, JLN TAR, OR MID VALLEY....
tapi rata-rata saya pergi mesti akan bertemu dengan orang-orang kelantan...
wah, saya sangat terharu dapat bertemu orang negeri saya....
sangat-sangat bangga kerana ramai rupanya warga negeri kelantan yang berhijrah masih menggunakan bahasa kelantan dalam percakapan mereka....tanpa ada rasa malu dan segan .....
saya pula???????????

agak malu untuk mengatakannya tapi ini adalah perkara sebenar...
saya sangat mengaku saya orang kelantan celup...
maksudnya...abah saya lahir di kuala lumpur dan mama saya orang kelantan...
tapi abah saya membesar di kelantan dan mengaku dia orang kelantan.....
tapi kerana saya adalah celup...percakapan saya agak tidak menunjukkan saya kelantanise...
ada beberapa orang yang bertanya...:

si A: eisya, awak orang mana eak??

eisya: orang kelantan..kenapa tanya?

si A: cakap macam bukan orang kelantan aje....

eisya: (saya yang senyum membalas) biasa je...

****************

Lec B: where you come from?

eisya: I'm from kota bharu kelantan..

Lec B: OoOo....that why you sit with all guys behind...all of you come from same state...

eisya: eeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiii......????????????????

*********************

nasib saya sangat baik apabila roommate saya adalah orang kelantan juga...
malah housemate saya juga ada yang orang kelantan dan kami satu banch...
maknanya kami akan habis sama-sama.....
(sudah lari dari topik)

oklah, sebenarnya saya sudah biasa dengan percakapan KL..
or bahasa pasar ini dengan ajaran secara tidak langsung oleh mama dan abah...
mereka sangat suka membelikan kami adik-beradik buku...
tak kisah lah majalah, novel, komik dan macam-macam bahan ilmiah lagi...
dan dengan secara tidak langsung kami terdedah dengan bahasa pasar dan bahasa seharian melayu yang betul...
dan kami sering menziarahi sanak-saudara abah di KL..
maka akami belajar sedikit sebanyak bahasa orang KL....
selain itu juga, menonton drama serta filem melayu juga bagus untuk belajar bahasa ini....
malah, ada sesetengah bahasa kelantan sendiri saya pun tak faham...

ini bukan menyindir orang kelantan....
bukan...tapi nak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap
pernyataan yang berbau sinis bila seseorang bercakap bahasa orang KL....
jika ada yang menggunakan bahasa tersebut di kelantan oleh orang kelantan sendiri...
mereka mengatakan botol budu kat rumah diorang akan pecah...
*erti kata lain sangat perasan lah si yang bercakap pada pandangan si pendengar*
hehehe...sanagat terasa...


okaylah...saya pun dah malasa nak cakap panjang lebar lagi...
saya stop dengan...
ucapan maaf kalau sesiapa yang baca entri ini kecik hati....
saya suka menulis apa yang saya rasa betul je...
tak ada niat nak sakitkan or buat sesiapa terasa.....
(walaupun tak ada kena mengena)






Tuesday, February 9, 2010

(sambungan) BUDAK GILER?????

ini adalah sambungan dari entri sebelum ini....

orang selalu cakap saya seorang yang sangat serius dan cool...
tapi ramai yang tak tahu sebenarnya saya seorang yang agak gila..

bak kata adik saya, saya ni sewel/seget(bahasa kelantan) dan sangat bising...
bayangkan kalau saya balik ke kelantan..(bangga menulis sebagai anak jati kelantan)
saya mesti akan terpekik-pekik suruh semua orang dalam rumah bangun di awal jam 6 pagi..
(sangat awal sebab naik bas malam dan sampai seawal jam 5)huhuhu...DAH LAMA TAK NAIK BAS....
tapi adakah aku layak di gelar ewel oleh adik gempal ku itu????????

kata kawan baik saya yang sangat saya sayangi...WANIE...(sayang kamu)
saya ni macam pelawak yang sangat pelik...
boleh serius dan boleh melawak dalam keadaan tertentu...
pelik je gelaran itu padaku...
hehehe....tapi sejujurnya wanie suka kata aku ni lucu...
lucu ke kalau aku selalu tersalah sebut perkataan dengan muka blur....
yelah kot...so, saya yang agak lama tidak berjumpa dengannya ini akan berjumpa
pada sabtu ini...
ini date aku dengan dia je...boyfriend dia yang annoying giler tu tak ada...
suka-suka..sangat-sangat suka...(sorry babe sebab terkutuk pakwe you)

tapi ada jugak yang kata aku ni manja...
ini juga selalu diungkit oleh adik gempalku yang kini berada di asrama...
kenapa???
aku pun naik hairan dengan omongan itu....
yang aku tahu dia lagi manja...semua yang dia nak selalu dapat....
tapi aku pun sama gak...
sebenarnya parents aku selalu berlaku adil pada semua...
kalau dulu, abang dan kakak aku selalu dapat apa yang diorang nak...
now, our turn la pulak nak semua benda....then, get it but with one condition..
study kena maintain, tak boleh main-main....
aku selalu motivasikan diri aku....
kalau aku gagal maknanya aku tak boleh mintak something dengan parents aku....
hehehe...macam bagus je motivasi tu....agak bagus juga jika diterap kepada adik aku tue....
tengoklah jika dia mendengar kata-kata kakak bukan kesayangan dia nie...(nampak sangat hubungan tak berapa baik) hehehe,....
tak adalah..kitaorang memang selalu gaduh-gaduh manja like berebut tempat duduk dalam kereta avanza biru yang tersergam indah duduk kat depan muka pintu rumah....
selalu gaduh-gaduh menyebut"do I care" or "ada aku kisah"(sama je)....
malah kami selalu bergaduh untuk melihat cerita kat tv...adakah masih relevan budak berusia 14 tahun masih tengok cerita di astro ceria yang sangat sesuai untuk kanak-kanak....
tapi kami masih lagi satu kepala bila tengok cerita HAGEMARU kat chanel six one one (bak kata si gemuk burhan adli)...kami boleh berkongsi baju t-shirt yang sama coz saiz tak ada beza pun..
kami satu kepala bab-bab yang kami tak suka tengok...dan satu lagi saya dan adik saya bertukar...saya ni agak kasar macam lelaki..gagah perkasa(kuat sabar kot)..tapi adik saya sangat perempuan bukan pon-pon girl tau..tapi sangat soft like girl (suka merajuk laa)..dan sangat suka try my mom punya scarf/tudung ekin 2...so, saya selalu cakap mama salah beranak kot...
tapi dia punya nama sangat lelaki dah...tak salah jantina apa...tapi kenapa jadi begitu????
kakak saya selalu cakap dia jadi camtu maybe sebab ramai kakak dari abang kot...abang ada tapi seorang je tak boleh nak di jadikan contoh sangat...so, dia ikut kakak-kakaknya yang very girl 2..
but not me okay..(baru sekarang je I nak jadi perempuan melayu sejati..tapi still perkasa ok)..

okaylah...dah malas nak membebel panjang-panjang....
so, you guys yang baca blog ni boleh describe sendiri macam mana orangnya saya ini...
kalau yang dah kenal tu mungkin akan cakap ada betulnya jugak yang aku tulis....
ada yang tak tahu...
dan ini adalah cerita benar...bukan rekaan semata-mata....
hehehe...so, tinggal lah komen kalau tak setuju dengan entri ni ya...










Sunday, February 7, 2010

AKU, EISYA, NURISA, ANUM, or BUDAK GILER????????

ini adalah kisah benar...
kisah ini pasal siapa sebenarnya gerangan empunya
nama NURISA ANUM BINTI AMAN.....
perangai, sifat dan apa yang dia boleh buat....

kalau tanya siapa-siapa kat sekolah dulu...
pasti ada yang tertanya siapa eisya tu????
sebabnya jarang sangat orang mengenali eisya ni...
dia sangat tidak terkenal...
tapi orang akan kenal eisya bila berkawan dengan si popular...
anehkan....

aku kat sini bukan nak kutuk, perli or sindir sesiapa...
bukan juga nak bukak aib sendiri or tarik simpati sesiapa...
cuma nak berkongsi siapa aku sebenarnya.....
(eisya, why you so serious????)


berbalik kepada tujuan asal...
aku sebenarnya seorang yang sangat susah di fahami....
even mama dan abah aku juga kadang-kadang susah nak faham
anak perempuan bongsu diorang ni...
so, aku senaraikan beberapa perangai aku yang mungkin tak pernah orang tahu...,:

1. seorang yang cepat naik marah walaupun hal-hal kecil..
tapi sangat mudah down balik...
2. seorang suka merajuk kalau orang marah or tengking...
(so, tolong jangan marah kat I okay...)
3. seorang yang tak suka orang yang buat tak tahu bila di tanya soalan or bercakap..
(so, jawab or atleast say yes okay)
4. seorang yang suka menjawab balik bila rasa sangat geram...
(so, please jangan buat I geram or menyampah)
5. seorang yang tak suka ulang balik ucapan or explaination berkali-kali....
6. seorang yang tak suka orang lain tunjuk pandai macam everything they know....
(not jealous but please....)
7. seorang yang tak suka duduk dalam keadaan habuk dan sejuk...
8. seorang yang suka bercakap tapi sangat pendiam dengan orang yang tak dikenali...
9. seorang yang sangat suka simpan barang-barang yang baru dibeli...
10. seorang yang sangat practical...
(erti kata lain on time)
11. seorang sangat gila dengan warna hitam sebab misteri, putih sebab suci,
purple sebab comel, merah sebab berani, dan hijau sebab tenang....
12. seorang yang tak suka berkongsi dengan orang lain.....
(kongsi disini bermaksud, kongsi barang peribadi like berus gigi, makeup, beg, baju and etc)
13. seorang yang suka pakai baju lengan pendek then angkat naik lagi...
(memang tak senonoh la eisya ni)
14. seorang yang tak suka di paksa buat something yang tak di sukai...
15. seorang yang suka letak noktah kat hujung ayat-ayatnya....
(kan?????)
16. seorang yang dulu tak suka pakai makeup, sekarang dah pakai makeup...
17. seorang yang tak pernah berjaya dalam soal hati...
(maksudnya couple lah..)
18. seorang yang sangat suka makan ikan masin or kering macam keropok...
19. seorang yang tidak boleh menerima makanan yang pelik-pelik....
20. seorang yang sangat suka mencuba benda-benda baru...
21. seorang yang sukakan baby tapi tak suka bila diorang dah besar...
(banyak kerenah lah bila dah besar)
22. seorang yang pernah bercita-cita nak jadi polis, doktor, interior designer, and etc..
but finally I choose to become to an engineer...
23. seorang yang tak suka pakai baju kurung dan hanya pakai bila perlu...
(macam nak pergi kenduri, hari raya, dan ziarah kubur dan lain-lain)
24. seorang yang suka tangguhkan kerja tapi berjaya siapkan tepat pada waktunya...
25. seorang yang sangat suka study last minute for exam....
(but still can score okay!!!)
26. seorang yang sebenarnya tak suka bahasa inggeris..
(tapi kalau bercakap or tulis ada pulak perkataan inggeris)
27. seorang yang cepat bosan dengan sesuatu benda...
28. seorang yang sangat suka pada cerita korean, jepun dan taiwan, malah akan tengok sampai hafal dialog scene diorang....
29. seorang yang sangat suka makan ayam...
(tak kisah lah ayam masak apa pun)
30. seorang yang sangat susah nak tidur malam kecuali bila sangat penat...
dan sanggup berjaga sampai 4-5 pagi untuk online...

so, inilah senarai 30 perkara yang mungkin kawan-kawan aku tak tahu...
kat sini dah dinyatakan, so please understand me okay!!!!!


kalau kawan-kawan sekolah aku baca tentu diorang tak percaya...
xspecially school mates SMTPM...
aku macam fairy giler dulu...
erti kata lain, baik la jugak....
tapi rupanya banyak songeh....
jangan tak percaya korang ni memang aku.....
banyak lagi korang tak tahu,.....


so, sekali lagi aku nak cakap yang
apa yang aku tulis ni bukan nak korang fikir yang bukan-bukan...
just nak korang tahu siapa eisya yang sebenarnya....
bukan gak nak korang faham aku seluruhnya...
tapi just nak minta korang selami diri aku sebenarnya...
that all...
nothing to say again,
and wish you guys will accept myself already....
because I'm not perfect or too good as a human.....

Friday, February 5, 2010

SUKA-SUKA!!!!!!

dengan suka citanya aku nak cakap kat entri ni...
yang...
aku sangat sayang kat abah dan mama aku....
hehehe....
ini ucapan ikhlas dari anak perempuan bongsu kalian yang manja pelik semacam ni.....


hari ni tanggal 6 februari 2010....
abah belikan aku external hard disk dan anti virus kapeskey(betul ke eja ni?????)
hehehe..sangat-sangat seronok...
so, after this tak payah lah aku simpan all my document or movies
kat dalam laptop travelmate ni lagi...
warna merah hitam menjadi pilihan aku....
akhir-akhir ni suka sangat warna mix red and black...
lagipun warna tu cantik dan look good together what....
dah banyak dah barang-barang aku warna merah hitam
like my sony x C902...my shawl....and other stuff....
suka-suka..(",)



Wednesday, February 3, 2010

YOU'RE BEAUTIFUL

Drama korea yang terbaru aku tengok di youtube...
sebenarnya aku ada satu perangai pelik tapi taklah pelik sangat..
aku suka tengok cerita korea, jepun dan taiwan kat youtube sampai berpuluh-puluh kali...
tapi tak apa aku suka....

drama terbaru yang aku tengok ni pun best gak...
tajuk drama ni YOU'RE BEAUTIFUL...
jalan cerita dia still lagi cara korean style..
simple, complicated, comedy, and romance....
but aku suka cara perwatakkan setiap watak dalam cerita ni....


sinopsis:
The management company of the idol group A.N.JELL insisted on adding a new singer to the group as the lead vocal, Tae Kyung's voice was hurting. However,the new member, Mi Nam, had to go to the States to repair a botched eye job just before signing the contract. His agent came up with the idea of having his twin sister, Mi Nyu,to stand in for him and pretend that she was her brother. The two of them grew up in an orphanage and Mi Nyu, who was all set to become a nun, agreed to this charade as she didn't want to spoil her brother's chance of fame which would make it easier to look for their mother.

pelakon-pelakonnya:
A.N.JELL
Extended cast


tengoklah cerita ni kat youtube or mysoju...
taip saja you're beautiful
dan tengok lah cerita ni..
walaupun ada beberapa perkara yang kurang elok dalam cerita ni..
tapi ada juga sesetengah perkara yang memberi pengajaran....
so, decide it after you guys watch it okay!!!!!