Sunday, December 25, 2011

Eat together, Smile together

assalamualaikum

apa khabar???


tadi petang keluar dengan my family untuk dinner sempena celebrate my brother, Hakim dapat keputusan PMR yang cemerlang..

congrats to my lil brother because you did it
you make our parents and yours sisters proud of you...


ingat lagi bila kamu mahu exam,
kita satu keluarga di uji dengan ujian yang berat
tapi syukurlah kamu ambik ianya sebagai satu hikmah..










so, tadi keluar pergi TESCO
sebab kat TESCO je at Kenny Rogers

abah nak makan kat situ
so, abah nak belanja la Hakim
celebrate sikit untuk dia sebab berjaya dengan cemerlang


okaylah.. aku malas nak tulis pepanjang..
layan je gambar yang sempat aku snap masa kat KRR


layan lah!! jangan terliur sudah!!!



me with my lil bro




my ABAH


I like this muffins


5 set of 1/4 quarter chicken meals



MINE!!!!!


Me and The Meals


the boy with his meals
finally his wish to taste the KRR is full filled


my sister and my mum with danish





and the bills is paid by my father!!
Thanks Abah!!!

seriously, kami makan dengan berbaloinya di sini..
mahu tak berbaloi kalau makan sampai 5 orang hanya
bayar RM 129++ je..




berbaloilah kan sebab dapat makan sedap, kenyang dan mantap!!!
hehehe


okaylah..
dah banyak sangat membebel ni..
lain kali aku update pasal benda lain pulak..

janji bukan pasal makanan lagi sebab
aku boleh nampak korang tengah lap air liur yang meleleh kat pipi tu..
hehehe..
gurau je..


~tata~


Friday, December 16, 2011

DIY: makeover my room part 1

salam semua

finally, I'm back!!!

yes!!!


hahaha


actually, aku sangat la bosan sebab hanya duduk di rumah
makan, tidur, tengok TV, menghadap lappy ni saja kerja aku
sejak bergelar penganggur terhormat sejak sebulan yang lalu


nasib badan la..
tapi nasib baik la jugak
masa aku yang sangat lapang ini di isi untuk makeover bilik aku

actually, rumah aku ni rumah yang telah di bina sejak berpuluh tahun dulu
tapi syukur alhamdullilah ianya masih mampu memberikan kami sekeluarga tempat berlindung
rumah ni rumah arwah atuk
bilik aku sekarang ni bilik mak long aku dulu
so, sebelum ni bilik ni kaler dinding sangatlah menyeramkan sebab warna putih dah bertukar jadi kaler kekuningan, maka, abah aku pun cat la satu rumah dengan kaler yang baru..
termasuk bilik aku, dan bilik aku di catkan dengan warna kesukaan aku, iaitu Purple..




tapi masa cat, abah aku tak tutup lubang paku
dan bila di lihat dengan mata kasar, dinding bilik aku memang tak menarik langsung

dengan itu, aku DIY kan sendiri decoration untuk tutup cela-cela kan dinding.

so, jom follow aku macam mana nak atasi masalah dinding berlubang dari bekas paku ni...


klik la kat gambar kalau tak nampak ya


1. & 2. : 2 gambar ni ialah gambar dinding bilik aku yang berlubang sebab bekas paku
3. : bahan-bahan yang aku perlukan untuk diy ni, gunting, kertas wallpaper, duit syilling untuk bulatan pelbagai saiz, dan pen
4. : first sekali, lukis bulatan di belakang kertas wallpaper, lukiskan mengikut saiz bulatan duit syilling
5. : bulatan di potong mengikut suka hati si pembuat ni...hehe
6. & 7. : tampalan pertama yang masih tak nampak bentuknya
8. : akhirnya.. siap jugak love shape dari bulatan ni..



actually, DIY untuk bilik aku bukan la gempak pun..
aku buat entry ni pun sebab aku bosan
tak tahu nak buat apa dan tengok cerita apa lagi




oklah, sampai disini sajalah entry mengarut ni..

sampai berjumpa lagi..


tata

Thursday, November 17, 2011

~Bila Cinta Tak kenal Usia~

salam semua..

cerita yang aku nak share dengan korang hari ni ialah pasal kisah cinta budak yang baru masuk belasan tahun macam 11 or 12 tahun...

ini adalah kisah benar yang aku dengar..

budak lelaki yang jatuh cinta kali pertama dengan seorang budak perempuan di kantin sekolah.. hujan yang turun dengan lebat serta kilat sambung menyambung malah disertai dengan guruh yang kuat telah menjadi titik mula bila budak lelaki berumur 12 tahun terpikat dengan si gadis sunti yang terkejut apabila guruh yang kuat bergema di langit mendung.. si gadis telah terpeluk si lelaki itu, dengan degup jantung yang kuat si lelaki itu berkata dalam hati; " indahnya ciptaan tuhan, aku di peluk oleh seorang gadis rupawan". maka bermula lah episode kisah cinta.. pergi sekolah bersama-sama, belajar bersama-sama dan segalanya bersama-sama..


bahagia ke mereka pada masa depan, kita tak ketahuinya lagi tapi yang pasti, cinta boleh bermula dimana-mana, bila-bila masa, dan tak kira siapa, serta apa usia kita..


cinta tu indah, tercipta untuk 2 insan yang hatinya terpaut antara satu sama lain..jelas cinta itu satu anugerah, bukan satu permainan yang boleh di jual di rata-rata tempat, cuma yang istimewa saja yang boleh milikinya....



cinta memang tak kenal usia.. kadangkala dia datang dengan cepatnya tapi kadangkala dia datang dengan lambatnya..

itulah lumrah dunia...




p/s: aku jugaklah single mingle yang tak tahu bila nak ada pakwe.. masa depan masih lagi panjang.. dunia masih lagi luas.. maybe dalam sibuk cari kerjaya, aku terjumpa jejaka untuk dijadikan suami... hahaha...

Monday, November 14, 2011

rahsia dah terjawab!!!!

mood: biasa je
music: kpop - T-ara: Cry Cry


salam semua...

baru tadi post entry pasal korean buzz dan cakap yang aku busy tapi alih-alih boleh pulak sekarang post satu lagi entry baru..


cakap pasal rahsia..
suhhh!!!!!!
diam, diam nak cerita ni..
dulu mama aku selalu tanya apa ada dalam handbag aku sebab berat sangat..
ishhh...dulu aku jawab hanya dengan senyuman sebab malu nak cerita yang beg aku macam mini container la pulak..
tapi sekarang baru aku terbukak hati nak cerita apa yang ada dalam handbag aku tu..



beg yang aku baru beli masa hari raya hari tu memang sesuai untuk letak macam -macam isi didalamnya..


beg yang cantik tak perlu mahal tapi asalkan selesa untuk di gunakan dan bergaya dengannya..
buat apa beg mahal kalau yang boleh diisi didalamnya hanya sedikit..


beg ni harga paling murah aku pernah beli
kat Times Square
kedai tu memang jual beg lain size tapi sama harga
so, belilah yang besar sebab harga dia berbaloi




jom selongkar beg!!!!!!!!




1. Rainbow Purse, tak ada purse tak guna ada beg besar-besar
2. Nokia E5, sentiasa dihati, x bawak rasa hilang diri
3. Kamera Digital FujuFilm, pemberian abah
4. Beg Kecil, dah lama beli masa tahun 2008 lagi
5. Spec Case Focus Point, baru punya
6. Pills box, baru je beli kat mr. DIY
7. Cermin Mini, kat mr. DIY jugak
8. Red MP4, tak ada jenama, Low Yat Plaza
9. EarPhone Nokia, free masa beli E5
10. Cologne, bila rasa badan dah x wangi boleh la sembur
11. Wet Tissue Guardian, guna bila tangan kotor dan malas nak basuh tangan
12. Pengetip Kuku, Skru Spec dan Key chain Frame Gambar masa Ice Skating
13. Tisu muka yang biasa, biasa dalam beg akan ada 2
14. Pendrive, bila perlu memang berguna, abah yang bagi jugak
15. Kipas Plastik, beli kat Melaka tahun lepas
16. Gula-gula Mentos, bagus bila mulut dah tak selesa




tadi ada beg kecil kan
jom selongkar dalam beg kecil tu pulak



yang nombor dalam bulatan:

1. Compact Powder Silkygirl
2. Lip Balm Maybelline, Dolly Rose
3. Lip Balm Lip Ice, Grape Blackcurrant
4. Eyeliner Maybelline cap pasar malam je



yang nombor dalam segi empat:

1. healer untuk asthma, have to be with me always
2. mouth cover, sesuai bila selsema atau sedang mengelak dari habuk
3. minyak cap kapak, bila mabuk atau pening naik bas bolehlah apply
4. Eye Mo, mata aku selalu sakit, so memang kena selalu ada
5. handiplus, senang kalau luka boleh letak terus








akhirnya rahsia apa ada dalam beg aku terjawab sudah
maka tolong jangan tanya lagi ya
aku tak nak jadi macam dah FUHH tu..
main selongkar-selongkar
hehehe








sekian..



sambung kembali buat report yang tak siap-siap
hehehe









Sunday, November 13, 2011

Korean Buzz: Wonder Girls and T-ara

salam semua...

hai hai!!!!

lama dah korean buzz punya segmen tak di update kan...

sorry because I have a lot of work to do..
sekarang pun busy giler tapi curi masa kejap untuk update korean buzz ni..


bulan november ni, ramai yang buat comeback dengan lagu-lagu yang superbest and cool song..

artist: Wonder Girls (WG)
lagu: Be My Baby
album: Wonder World


hyelim, sohee, yoobin, sunye, yeeun


rate: 4/5 star
comment: lagu ni sure boleh buat kita nak nari sama dengan diorang
image lain dari sebelum ni..
cantik and cool





artist: T-ara
lagu: Cry-cry
album:Black Eyes


jiyeon, hyomin, qri, boram, soyeon, eunjung, hwayoung


rate: 4/5 stars
comment: very interesting song to listen
lagu ni banyak menyentuh emosi n lagi best tengok mv dia sebab ada drama sekali..





actually, october pun banyak jugak artist yang buat comeback.
antaranya ialah Girls Generation, Secret and ramai lagi tapi
no preview tuk korang just because I'm not into the song to much
malah satu lagu dari GG and Secret pun aku tak download
aku bukan peminat GG or Secret pun..

lagu "The Boys" dari GG tu boleh la tahan
rate pun aku bagi 3.5/5 stars je

and

lagu " Love is Move" dari Secret tu pun ok je
rate aku bagi 3/5 stars je lah.

tapi ni semua pendapat aku,
kalau korang rasa lagu diorang ni lagi best tu terpulanglah kat korang ya..





sebagai pendengar setia lagu korea
aku memang dengar pada music dan kekuatan lagu tu
bukan pada populariti artist tu
kalau nyanyi and lagu bagus tapi
perangai gedik sebidik tak perlulah nk meg'idol'kan mereka ya..


~comment di atas adalah iklan semata-mata~
hehehe






thanks..
end..
see you soon in KOREAN BUZZ!!!!




Wednesday, November 2, 2011

friends!!!


I can't described what the friends are

but the picture of memory can speak for me

how special they are...



thanks because be my friends
thanks because be there when i need you
thanks for everything
our memory together will always in my heart













Wednesday, October 19, 2011

#MengHitung Hari#

assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

dah lama x berchit-chat kat sini kan..
actually, aku busy "sikit" @ busy yang amat sangat sampai tak ada masa nak layan blog atau apa-apa pun..YELAH TU!!!!!!

dan sebenarnya...
kami final year student kat Kolej Legenda ni sedang menghitung hari untuk tamat belajar...
YES!!!! finally setelah bertungkus lumus kat tempat Jin Betendang ni @ dalam hutan ni..hehehe akhirnya aku bakal tamatkan perjalanan pahit getir kat sini.... 3 tahun setengah kat Mantin ni, macam-macam kenangan yang terlakar kat sini...manis, pahit, suka, duka, dan pelbagai rasa...



oklah.. xnak cakap banyak.. I busy.. coz, this friday, I need to submit Water and Wastewater Eng.'s assignment..

~tata~


Thursday, October 6, 2011

SEDAP!!!!


Venue: Fish & Co, One Utama
Date: 18 September 2011



~Italian fish and chip and chocolate ice blended*~


* actually, I forgot it name in the menu*






*thanks to my sister's friend, Abang Paan,
sebab belanja makan*

Sunday, October 2, 2011

Please!!!!

one day when I wake up from my beautiful dream..
I'm just realize that I have everything in my life..
a family which love me very much..
a lot of friend that care about me..
a perfect life without any difficult situation but

one day..
just a one phone call..
my life just feel empty..
my beloved dad, just hospitalized because of heart attack and high blood..
then, my life start to goes around back..
the memories with him keep remind in my head..
I'm to afraid that I will losing him..
I'm afraid how can I live without him in this world..
then, my head keep thinking the positive way..
maybe this time I just should let my feeling go..
because before this..
I never say the word of love to him..
I never feel to saying it..
because I know my dad is always know that I always love him..
but still
this is the time to telling everything..
tell the little secret that
his little girl here love him so much..
everything that he done for me
I don't ever know how to repay it..
but I know my dad just want me to be successful person and be good person..
I'm willing to that..
and for now on..

Abah,
I'm promise to you..
I will work hard to make you and Mama happy..
please stay healthy..
I wish you to watching everything whatwill happen in my life..
I still wanna you watching me graduate,
I still wanna you treat you with my first salary,
I still wanna have you by my side when I marry to someone..
and I wanna you play with your grandchild..
I still wanna have a lot of memory with you..

I know, I have to much wishes
but still
I'm human that wanna keep everything perfect in my live..

Please stay, because I just can't let you go yet..
I still wanna to everything with you..
lastly, I wish for you to be healthy like before..
I LOVE YOU ABAH....
please be strong..
















p/s: my dad's condition is better than before..
it make me have a slight of happiness
hope he will be healthy and going back to home
because I know he doesn't like the hospital
same like me..

Tuesday, September 20, 2011

Mara Camp 2 day 1 night

assalamualaikum semua..
hello!! apa khabar?????

hope semua sihat sejahtera hendaknya..


cerita aku kali ni cuma pasal camp or lebih senang di kenali sebagai "Program Keterampilan Graduan -Get That job- Dan Pameran Kerjaya" bertempat di KTTM Rembau, Negeri Sembilan selama 2 hari 1 malam pada 14 dan 15 September 2011 baru-baru ni..


bila dapat je berita pasal camp ni, aku teruja gila sebab dah lama tak menyertai apa-apa camp selepas sekolah dulu..

segala keperluan telah dia sediakan kat sana, tinggal bawak barang peribadi dan kelengkapan diri je..asrama, tilam, bantal dan selimut dah di sediakan tapi malangnya selimut tu tak ditepati janjinya...


14 september 2011, hari pertama...


bangun seawal 5.30 pagi untuk siap-siap sebab 6.30 pagi dah kena ada kat A4 untuk check attendance dan berkumpul serta naik bas..bertolak dalam pukul 8 pagi..

sampai kat KKTM Rembau dalam jam 9 pagi, registerkan diri dulu then register bilik sekali, sebilik dengan aku ialah Katy and Hanis..hehehe..


muka-muka ceria sebab dapat file dan tag



jam 10.30 pagi, acara dah start tapi ya ampun laparnya bukan kepalang.. nasib baik dalam 11.30 pagi mereka hidangkan kami dengan karipap sedap dan air teh untuk minum pagi..

lepas makan, sambung balik ceramah pasal macam mana nak cari kerja bagai tu..badan dah penat, pukul 12.30 tghhari, mereka lepaskan kami semua peserta ni check in bilik dan makan tengahari kat dewan makan.. serius bila nak pergi makan tu, aku rasa KKTM tu macam sekolah berasrama penuh sebab ada dewan makan, asrama macam sekolah..atau mungkin kami student Kolej Legenda ni dah terbiasa dimanjakan dengan segala keperluan diri yang lengkap.. mana nak dapat kolej bagi student mereka duduk apartment oii...

lupakan kolej legenda kejap...dah check in, dah makan, dah solat semua..acara bermula lagi.. petang tu, tersangat la penat sampai nak bukak mata masa penceramah tu cakap pun aku tak larat.. yang aku buat ialah pasang MP4 dan dengar lagu...hilang sikit ngantuk aku..


pukul 4.30 ptg , mereka lepaskan kami balik awal sebab kesian tengok kitaorg bosan dan penat..
balik, solat asar, mandi, tido, makan malam dan solat maghrib terus prepare tuk sesi malam pula..ceramah waktu malam tak ada lah ngantuk sangat sebab dah segar bugar..


habis je ceramah malam tu terus masuk bilik, solat isyak dan apa lagi..tido la.. malangnya aku dan katy ambil masa dalam 30 minit berbual sebelum tido..hanis dah hanyut lama dah..

senyum dimalam hari
Selamat Malam




15th September 2011, hari terakhir...

cuaca hari tu sangat la baik..bangun seawal pukul 6.30 tuk solat subuh dan mandi..selesai mandi baru siap2 pergi sarapan dan ke hall tuk sambung seisi ceramah..


bila bosan, aktiviti bergambar menjadi pujaan hati


tengahari tu barulah ada pameran kerjaya dimana semua student boleh bagi nama tuk mencari peluang pekerjaan di mana-mana company ynag berkaitan..


aku ada lah daftar dengan jobsmalaysia dan satu company tuk kerja...saja cuba-cuba nasib..siapa tahu kan untung rezeki aku dapat..


acara diteruskan dengan ceramah pasal cara-cara untuk mendapatkan peluang pinjaman dari Mara dan cara-cara pembayaran pinjaman dari mara..

last, sekali ialah acara penutup oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA..
dah habis acara, tiba masa untuk pulang ke kolej...

ucapan dari tetamu kehormat


sambil-sambil menanti ketibaan Bas kolej, activity camerawhore adalah wajib!!!!!


3 Sahabat

Katy, Hanis, Aku, kak Anis, Syera

pose terakhir di KKTM Rembau

sebahagian lagi budak-budak kolej yang masih menanti bas sampai


at the end, it's me













so, end of the story..
tata
see you soon
for my weekend update


Tuesday, September 6, 2011

Kisah Raya 2011

assalamualaikum semua...........

okay I just have a few minute to update this entry because later I want to finish up my assignment which is never touch by me on the raya holiday before....

hehehe...speaking bagai la pulak kan.. xpe broken pun broken laa...



actually, raya tahun ni sangat sadis buat aku.. nak tahu kenape??????

sadisnya bermula hari aku nak balik,
my sister sepatutnya datang ambik aku kat kolej petang khamis lepas exam tu tapi husband dia ada kerja kat luar, so balik lambat, then at 6 pm she call and asked me to went at her place by myself, it mean I have to take a cab.. the pay is RM50 from kolej to kajang...but lucky me she want to pay it...jimat duit I!!!!!


then, sempat jugak pergi bus station, buka puasa pun kat situ jugak..then, nasib baik aku tak tertinggal bas walaupun agak lambat dalam 10 minit...duduk pulak belakang sekali..sedih I tapi nak balik raya awal punya pasal...nasib laa...

sampai je KB abah datang ambik.. mak oiii berpusu-pusu orang keluar bas balik dari kampung.. betul la kata orang, orang Kelantan ni suka merantau tapi ada jugak yang terperuk kat kampung tak nak keluar tengok dunia luar....

pagi tu, terus mama ajak pergi TESCO, katanya nak beli ikan segar kat sana.. aku pun dengan muka orang tak lena tidur dalam bas pun ikut gak la.. saja suka berjalan la katakan...

balik rumah terus dengan misi untuk mengubah susun atur bilik kesayangan..masuk je bilik bersin sebab habuk merata-rata..setelah tiga hari kemas bilik barulah bilik tu rumah macam bilik sebab sebelum tu rupa macam kapal pecah je...


okalah balik cerita raya, aku kena cirit birit dan kurang selera makan serta tak larat nak berjalan...sakitnya bermula sesudah berbuka puasa.. rasa kurang selesa pada perut tu terbawak-bawak sampai ke pagi raya... orang lain sibuk pakai baju raya, aku pulak sibuk keluar masuk tandas..nasib la badan aku...

dan pagi tu jugak mama aku khabarkan yang Tok Cik aku, mak sedara mama meninggal dunia selepas solat hari raya tu.. so, family aku decide nak pergi melawat la lepas tu tapi dengan keadaan aku yang agak teruk tu, aku duduk je kat rumah. secebis makanan pun aku tak sentuh sebab setiap kali tengok makanan kat meja tu aku rasa loya... terbayangkan makanan pun tak boleh..yang aku buat ialah tengok cerita kat TV.. nasib baik ASTRO tahun ni raya banyak cerita best-best...

raya kedua barulah nampak sikit aku beraya...pergi rumah sepupu mama tapi itupun dah sebelah petang...

hari hujan tapi kami sepupu, dua pupu ni memang tak kisah dalam hujan pun kitaorang boleh buat photoshhot sampai pak cik kat kampung tu annoying kot tengok kitaorang...


my cousins...
myra, qylah, aliaa n burhan


with aliaa..
but I call her yayang


kami orang bandar jarang jumpa titi tali air ni
so jakun
*titi dalam bahasa kelantan will call as re'tok*


with all my cousins...
ada lagi tapi ni jelah yang tinggal
sebab yang lain dah besar panjang...




my third day raya tak ada buat apa kecuali duduk kat rumah tengok TV or layan Laptop...
but at that night, my sister, kak farah, my lil brother and me went to Queen Parks for taste the Tutti Futti there... a new store at new building...


first time ever taste it.. walaupun aku duduk kat area KL, selalau jalan-jalan kat Kl tengok Tutti Futti merata-rata tapi tak pernah nak rasa...hehehe.. baik kayakan orang kat KB..

kiri is mine = Rm 11++
up is my bro's = Rm 13++
down is my sis's = Rm 16++

the price is not quite expensive and not that cheap, the price is average because Tutti Futti price is depend on what you put in your yogurt. then, we go to airport just to look around and lastly because I'm starving the MarryBrown chicken porridge, we stop there.. but unlucky me the food I want is already out of stock...so pesan jelah apa yang ada..chicken burger pillihan hati... almost midnight baru kitaorang balik rumah setelah mama call tanya where we have been because it already late...


esoknya mama ada jemputan kenduri kat rumah mertua ayah ngah aku.. so aku decide nak pakai baju yang sepatutnya aku pakai raya pertama...
tapi tak pulak aku bergambar dengan baju tu.. ish2....


so kisah raya aku kali ni tak semeriah mana pun.. cuma aku harap aku boleh jumpa lagi ramadhan tahun depan dan raya tahun depan..insyaallah...


see you again...tata..







Tuesday, August 2, 2011

KOREAN BUZZ: THE RETURN OF SUPERIOR!!!!!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM!!!!!!!!!!!!!!


tanggal 1/8 2011, semua umat islam di seluruh dunia menyambut bulan ramadhan yang mulia..
walaupun agak terlambat tapi nak ucap jugak "SELAMAT BERPUASA"....








back to the title... RETURN OF SUPERIOR is......... SUPER JUNIOR!!!!!!!!!!!

dengan tajuk album Mr. SIMPLE....

yeah!!!!!!!!! semua lagu dalam album ni terbaik la...

track list song in 5th album Super Junior for 2011



1. Mr. Simple
2. Opera
3. Be My Girl (La La La La)
4. Walkin
5. Storm (SJ KRY with Sungmin & Donghae)
6. Good Friends
7. Feels Good
8. Memories
9. Sunflower
10. White Christmas
11. Y
12. My Love My Kiss My heart (SJ KRY)
13. Perfection (SJM korean version with Henry and Zhoumi)




I love their concept for this album because it's colourful
I love all their song because it's wonderful
you can't found any album of singer who have all great song in the track list right??
I love all of them because who they are
because they are SUPER JUNIOR..




this album was DAEBAK!!!!!


Rating: 4.9/5 star



Can't for the MV this thursday!!!

their MV teaser just make me can't breath well





p/s: this is my baby Hae oppa!!!

He's cute right???


note from me:

I still Love the 13 of them
I still adore the remaining 10
I still waiting for the 3
and
I still accept the others 2

because
Super Junior is born to 13
promise to be together till the end
share a laugh, tears and joy together
if now they are only 10
they still hope for the last they want to be 13 again


I believe on that...
ELF will be waiting for that moments...

proud to be ELF even I'm not officially an ELF
but still will support them behind...



~~~~~~tata~~~~~~



Friday, July 29, 2011

Highways Engineering: Spot Speed Study dan cerita hujung minggu lalu

assalamualaikum semua....

lama tak updated kan.. hehehe.. biasa la busy sikit dengan kerja-kerja dan final project aku..


selasa lepas, kami segerombolan budak kelas highways engineering ke field vist untuk spot speed study... biasa la budak Civil Engineering...kalau tak ke site memang tak sah..

budak kelas ada dalam 20 orang cam tu ataupun lebih..(sorry tak pernah ambik tahu pun)
so ada 3 group dan setiap group dibahagi kepada 7 atau 8 orang satu group.. Group aku terdiri daripada 7 orang, iaitu Wan, Sara, Erni, Elson, Haziq, Kathy dan aku..

dan group aku first siap buat spot speed ni, so kitaorang rehat rehat sambil menjamu cendol tepi jalan kat beranang tu... first time aku rasa cendol kat situ, boleh la tahan sedap..


aku, katy n wan..
jaga kat point 1..





actually, entry ni tak bermotif pun sebab aku sahaja-sahaj nak updated, takut bersawang la pulak blog kesayangan ni kan...

City Hunter---->> drama korea yang aku duduk hadap setiap hari rabu dan khamis tu dah pun habis.. so, lepas ni hari-hari tersebut, aku akan sunyi sikit...


GOOD BYE CITY HUNTER!!!
Lee Yong Sung
Kim Na Na
Kim Young Joo
Choi Da Hye
Jin Sa He



Minggu lepas, aku balik Kampung Pandan, rumah mak lang aku... nak balik punya pasal aku rela dari kolej --> batang benar --> Bndr,Tasik Selatan --> Bukit Jalil.. kat Bkt Jalil, tunggu kakak aku ambik dari tempat kerja dia, then balik dengan dia ke kampung Pandan.. bukan aku tak boleh pergi sendiri tapi kawasan kat situ agak ngeri untuk laluan pejalan kaki yang sendirian..

Sabtu, ke Times Square nak tengok wayang.. Harry Potter 7 Part 2 memang terbaik!!!!!!!
sedih la lepas ni tak boleh tengok Harry, Hermoinie dan Ron lagi.. tapi mereka sentiasa di hati aku...

Shopping??? of course walaupun tak banyak, cuma casing E5 aku, baju sehelai dan shawl sehelai.. SALE kot tapi control sebab nak shopping sakan time raya nanti...

Ahad pulak ajak kakak aku ke Putrajaya.. yelah aku mengaku aku tak pernah jejak kaki pun kat sana.. Serius Putrajaya cantik dengan senibina dia lagi-lagi masjid dia...sempat jugak solat Asar kat Masjid Besi tu..Insyaallah, nanti ajak mama dan abah datang pulak...

Isnin pagi, aku dah balik Kolej tapi perjalanan dia macam nak datang jugak...
Kmpg Pandan --> Bkt. Jalil --> BTS --> Batang Benar --> Kolej..

petang pergi kelas ISP...


dah habis dah.. penat dah nak taip panjang-panjang kan..

okay lah..chow dulu..

tatatititutu......




Saturday, July 16, 2011

cerita lama tapi nak share jugak...

assalamualaikum semua!!!!!!!!!!!!


actually, tadi petang nak dekat dengan maghrib aku tiba-tiba kesejukan dan suhu badan semakin panas dari kebiasaan.. aku memang dah batuk and selsema masa kat KB lagi tapi petang tadi makin teruk...

berbungkus dengan comforter yang tebal pun tak hilang lagi gigil aku, so bukak loker ambik sweater yang berkurun aku simpan tak pakai sebab tebal sangat.. pakai sweater tu baru hilang sikit aku punya gigil...then, telan ubat demam sebiji, ubat selsema sebiji, dan seteguk penutup ubat batuk...baring atas katil terus tidur...
beberapa jam kemudian aku terjaga sebab dah rasa panas...dari pukul 8 mlm tadi smpai pukul 12 tgh mlm baru aku sedar dari tidur...

bangun-bangun je terus bukak laptop sebab teringat nak buat proposal untuk thesis individu aku...


Kesian kat aku sebab tiba-tiba kena Demam balik, dah la sebelum balik KB hari tu dah demam dah...








tapi kan bukan cerita aku demam yang aku nak cerita sangat tapi pengalaman aku masa aku balik KB hari tu...

hari ahad bersamaan dengan 3hb Julai 2011, aku keluar dengan kak farah aku pergi jalan-jalan dan makan-makan kat KB Mall...then lepas tu kitaorang pergi la pantai PCB.. best dapat hirup udara segar masa kat pantai tapi pantai PCB tu dah tak boleh mandi-manda sangat sebab pantai dia dah makin dalam dan tak selamat untuk orang awam...



Pantai Cahaya Bulan (PBC)

Me and My Sister..
dia tengak khusyuk layan handphone


Me alone...
best dapat hirup udara kat pantai ni..




rata-rata orang yang datang kat situ untuk ambil angin dan jalan-jalan...


tapi al kisahnya ada la sepasang couple, si lelaki dan si perempuan ni datang kat situ berdating bagai...dating saja tak apa tapi buat sesuatu yang tak elok orang pandang.. walaupun aku duduk jauh sikit dari mereka berdua ni tapi mata 4 aku tak buta lagi tau untuk mendefinisikan apa yang diaorang tengah buat...

si perempuan tergedik-gedik letak kepala dia kat paha si lelaki tu.. manja-manja.. menyampah aku..bukan setakat kakak aku dan aku je tengok semua orang yang kat situ pandang diorang tau...bukan tu je dah macam si perempuan tu nk duduk atas paha si lelaki tu sudah..


please la abang dan kakak oiii..malu la sikit..kalau dah tak tahan sangat, nuh pergi check in kat PCB resort ambil bilik ke apa...


dah la malas nak cerita banyak-banyak buat tambah dosa aku je...
hehehe

bai bai semua...
semoga cerita aku jadi teladan supaya jangan buat hal-hal tak senonoh kat public..buat malu muka sendiri je..<<<---juga peringatan untuk aku juga...


p/s: sorry kalau bahasa aku kasar sikit tapi yelah kalau korang pun mesti bengang tengok scene tak berbayar kat depan mata kan...






Thursday, July 14, 2011

Korean Buzz: preview drama and lagu baru korean untuk Julai

assalamualaikum...


lama tak update cerita-cerita dari korea tuk korang kan...

itupun kalau ada yang sudi nak baca la..hehee


aku buat Tajuk special tuk entry-entry yang berkaitan dengan korea bagai ni iaitu Korean Buzz..
dalam Korean Buzz, aku akan peview atau update pasal cerita-cerita terkini dari korea setiap bulan, tak kiralah drama ke, lagu baru ke, gossip terkini ke and macam - macam lagi..






okay, we start with the song...


MBLAQ - Mona Lisa

comment:
aku suka lagu ni dari lagu diorang yang sebelum ni..
Mir dah potong rambut pendek
SeungHo plak berambut panjang
~lagu ni menarik dan berentak ala-ala latin camtu~

Rate: 4/5 Star




T-ara - Roly poly


comment:
cute and cathy song
lagu diorang kali ni senang nak ikut and dance diorang comel giler..
but why jiyeon always have to be center..
lagu ni ala-ala saturday night fever gitu..

Rate: 3.5/5 Star




ZE:A - Watch Out


comment:
new style dari ZE:A
lain dari yang lain, it mean Cute..
dance choreography diorang sangat Cute
semuanya Cute

Rate: 3.5/5 Star




Girl's Day - Hug Me Once


comment:
MV diorang unik gila sebab macam game online
so sweet dengar lagu ni..
diorang pun comel sesangat

Rate: 3.5/5 Star





Then, let start with the drama....


actually, this drama start late June but it's become a issue in July...

You Fallen For Me or Heartstrings




Synopsis:

Lee Shin is a university student majoring in modern music. He is also the vocalist and guitarist of the band "The Stupid." Shin is known for his good looks and strong passion for music, but in reality he is cold, lacks interest in anything unrelated to music and has neither dreams nor plans for the future. He initially likes Jung Yoon Soo, a dance professor at university, but this all changes when he meets Lee Kyu Won.

Lee Kyu Won is a bright and outgoing student who was born into a prestigious family and is majoring in traditional Korean instruments, especially the gayageum. Kyu Won's grandfather, Lee Dong Gun, is one of the top 3 traditional musicians of his age and his biggest wish is to see his granddaughter become a traditional music prodigy. Trying to live up to her grandfather's expectations, Kyu Won immerses herself in training and becomes a university student who knows nothing outside of her studies. As her friends are fans of "The Stupid", she was forced to go to the band's concert with them. There she saw Lee Shin performing live, and is immediately captivated by him.

~credit to DramaWiki~




characters:

Jung Yong Hwa : Lee Shin
Park Shin Hye : Lee Kyu Won
Song Chang Ui : Kim Suk Hyun
Song Yi Hyun : Jung Yoon Soo
Woo Ri : Han Hee Joo
Kang Min Hyuk : Yeo Joon Hee


Comment:
drama ni gandingan ke dua untuk yonghwa dengan shinhye selepas You're Beautiful
dalam drama ni shinhye suka yonghwa
tapi si lelaki ni suka perempuan lain..
typical story but interesting..

ost dalam cerita ni best-best
lebih-lebih lagi bila yonghwa oppa yang nyanyi..
hehehe

untuk drama:

Rate: 3.5/ 5 Star

untuk ost:

Rate: 4/5 Star










habis sudah Korean Buzz untuk bulan Julai ni..





Can't wait for this August
because SUPER JUNIOR will be COMEBACK!!!!!!

so excited!!!!






Saturday, July 2, 2011

Love Is:.............



boring

so, I do this little effort to found a meaning of love

so, let see it:







end...


see you again..