Friday, December 16, 2011

DIY: makeover my room part 1

salam semua

finally, I'm back!!!

yes!!!


hahaha


actually, aku sangat la bosan sebab hanya duduk di rumah
makan, tidur, tengok TV, menghadap lappy ni saja kerja aku
sejak bergelar penganggur terhormat sejak sebulan yang lalu


nasib badan la..
tapi nasib baik la jugak
masa aku yang sangat lapang ini di isi untuk makeover bilik aku

actually, rumah aku ni rumah yang telah di bina sejak berpuluh tahun dulu
tapi syukur alhamdullilah ianya masih mampu memberikan kami sekeluarga tempat berlindung
rumah ni rumah arwah atuk
bilik aku sekarang ni bilik mak long aku dulu
so, sebelum ni bilik ni kaler dinding sangatlah menyeramkan sebab warna putih dah bertukar jadi kaler kekuningan, maka, abah aku pun cat la satu rumah dengan kaler yang baru..
termasuk bilik aku, dan bilik aku di catkan dengan warna kesukaan aku, iaitu Purple..




tapi masa cat, abah aku tak tutup lubang paku
dan bila di lihat dengan mata kasar, dinding bilik aku memang tak menarik langsung

dengan itu, aku DIY kan sendiri decoration untuk tutup cela-cela kan dinding.

so, jom follow aku macam mana nak atasi masalah dinding berlubang dari bekas paku ni...


klik la kat gambar kalau tak nampak ya


1. & 2. : 2 gambar ni ialah gambar dinding bilik aku yang berlubang sebab bekas paku
3. : bahan-bahan yang aku perlukan untuk diy ni, gunting, kertas wallpaper, duit syilling untuk bulatan pelbagai saiz, dan pen
4. : first sekali, lukis bulatan di belakang kertas wallpaper, lukiskan mengikut saiz bulatan duit syilling
5. : bulatan di potong mengikut suka hati si pembuat ni...hehe
6. & 7. : tampalan pertama yang masih tak nampak bentuknya
8. : akhirnya.. siap jugak love shape dari bulatan ni..



actually, DIY untuk bilik aku bukan la gempak pun..
aku buat entry ni pun sebab aku bosan
tak tahu nak buat apa dan tengok cerita apa lagi




oklah, sampai disini sajalah entry mengarut ni..

sampai berjumpa lagi..


tata

1 comment: