Tuesday, June 29, 2010

music video

assalamualaikum semua...
okay, let me say something about my semester breaks...IT'S BORING..huhuhuhu..why????
because I don't know what to do during this breaks...
kawan-kawan sekolah aku semua dah masuk ke tempat belajar masing-masing...ada yang belajar kat Politeknik dan IPTA...so, aku yang belajar kat IPTS ni, terpaksa lah bermuka boring setiap hari sebab tak ada benda nak buat time cuti..sometimes, aku jealous dengan kawan-kawan aku yang belajar kat IPTA sebab waktu cuti semester diaorang sama tapi aku pulak dapat cuti bila yang lain nak start semester baru..It's really unfair..but what can I do...aku bukan merungut tapi memang kenyataannya kadang-kadang ada rasa marah dan kesal sebab tak boleh jumpa kawan-kawan sendiri sebab bila kita free diorang busy tapi bila kita busy diaorang free saja...huhuhuhu....tapi thank you very much to my mama and abah sebab walaupun busy sudi bawa anak perempuan bongsu mereka ni jalan-jalan walaupun pergi pasar malam saja..hehehe..

sorry cause membebel panjang pasal cuti yang bosan...

actually nak cerita pasal music video or MV.. tadi buka facebook my friend cik stawberi kim junsu taggedkan mv group BEAST yang baru datang malaysia sabtu lepas...okaylah group ni best...and kalau tengok facebook aku pun penuh dengan MV group dari korea. malah semuanya lagu korea..hehehehehe.....kalau nak tahu, sebenarnya kami satu geng minat kpop ni..tapi masing-masing ada pilihan sendiri lah sapa nak minat sapa...kalau aku, aku lebih minat SUPER JUNIOR, anis pon minat SUJU gak, cik stawberi plak minat 2PM, nysa suka NICHKUN je dalam 2PM, syak mana-mana yang best tu dia layan...hehehhe....tak apa lah kan janji minat..


kat atas ni adalah separuh dari MV yang aku ada dalam page aku kat facebook...semuanya hasil tagged dari kawan-kawan aku yang gila Kpop ni...kitaorang selalu share sebab share is caring...
hehehehehe...yang kat bawah tu je aku punya yang aku sempat upload tagged kat kawan-kawan...nanti nak tambah lagi sebab tak nak kalah tagged and share dengan kawan-kawan...

okaylah.. aku nak pegi minum petang merangkap makan untuk malam ni terus...see ya...

p/s: kenapa ramai sangat minat dengan group korea berbanding group malaysia? aku rasa sebab lagu diaorang tak membosankan bila dengar and maybe diorang tu hensem and cantik kot sebab tu mereka ramai peminat..cuba try tengok kat youtube, berapa banyak orang yang tengok MV diorang..beratus-ratus ribu malah ada yang sampai puluhahan juta....tapi ni pendapat aku, korang punya aku tak tahu...

Sunday, June 27, 2010

tukar nama blog...

assalamualaikum semua....
okay...first of all, aku dah tukar nama blog aku ke aku dan ceritaku...sebabnya aku dah bosan dengan nama dulu..ini cerita saya..agak lama sudah pakai nama tu kan. so, aku ambil tindakan tuk tukar nama blog...dan aku main tulis je nama tu tanpa fikir dan savekan...

sebab malas sangat nak taip lagi maka aku akhiri entry ni dengan harapan agar hari-hari semua blogger and follower akan baik dan ceria selalu...




Tuesday, June 22, 2010

putus asa..jangan sekali-kali..

assalamualaikum semua.....
dah lama tak tulis entry kat blog kesayangan ni..bukaknya hari-hari tapi sekadar baca updates blog-blog lain je...aku ni memang malas sedikit kalau duduk kat rumah tapi bila kat hostel bukan main lagi suka update blog kesayangan...

tengok tajuk entry kat atas dah tahu dah aku nak story pasal apa...ianya pasal putus asa...
kalau selalu aku akan tulis apa mama aku selalu cakap dekat aku tapi hari ini sangat berbeza sebab aku nak tulis kata-kata yang keluar dari abah aku pula....
seriously, abah memang penasihat yang baik...kata-kata dia hanya sedikit tapi maksud dia sangat dalam...

abah selalu pesan: "jangan sesekali putus asa dengan sekali cuba, macam mana nak dapatkan hasil dari usaha kita kalau buat sekali dah mengalah"........

lepas itu, aku mula berfikir yang kata-kata abah ada betulnya...abah jarang menegur anak-anaknya tentang kesilapan dan jugak kesalahan. tapi bila seorang lelaki yang menjaga kami dengan peluh dan keringatnya, aku sedar yang abah mengajar kami erti hidup sebenar...
dari cerita abah, aku membuat andaian yang sebenarnya dari kecil abah sunyi. dia membesar tanpa kasih dan sayang ibu. hanya yang ada abah dan kakak-kakaknya..namun aku tahu abah kuat menghadapi hidupnya..malah seawal usia 19 tahun dia sudah mencari rezeki untuk dirinya...
aku selalu mengingatkan diri aku yang aku sangat beruntung beribu kan mama dan berayah kan abah sebab mereka bukan sahaja besarkan aku dengan titik peluh mereka dari kecil sampai besar tapi dalam masa yang sama mereka ajar aku erti hidup...mereka ajar aku erti kemahuan dan keinginan. mereka tak pernah halang setiap keputusan aku, malah menyokong aku dari belakang. tanpa rasa kesal dan tanpa sebarang keluhan, mereka sanggup berhabis gadai demi pelajaran serta kebahagiaan anak-anak mereka...sesungguhnya merekalah harta yang tak mungkin akan aku dapat cari yang sama macam mereka.

kerana mereka berdua jugalah aku sedar apa kemahuan aku dalam hidup ini. dalam mengejar impian itu, kau bawa setiap kata-kata serta pelajaran hidup yang abah dan mama bagi pada aku. dulu, aku degil, keras kepala, dan suka merajuk tapi mereka ambil jalan mudah dengan biarkan aku dengan degil aku, biarkan aku dengan amarahku, dan biarkan aku dengan rajukku. dengan itu, pelajaran yang aku terima ialah baiki diri sendiri untuk diperhatikan..dulujuga aku selalu dengki dengan adik aku. bagi aku semua yang dia nak, dia pasti akan dapat. kadang-kadang aku rasa mereka tak adil tapi bila aku fikirkan balik hari ini. mereka mahu aku perolehi sendiri kemahuan aku dan mereka akan sokong aku dari belakang..dan syukur alhamdullilah akhirnya kini aku miliki semua yang aku mahu..biarpun ianya belum sempurna namun apa yang aku miliki sekarang sudah cukup untuk aku katakan yang aku terima seadanya hidup aku.

p/s: lari topik sudah..hehehe..bukan apa sebab bangga punya mama dan abah yang sentiasa ada di sisi dikala susah atau pun senang...

Saturday, June 19, 2010

akhirnya...aku sampai juga

heheheee...(mood happy giler sampai tak terkata)
aku baru saja sampai kat kelantan petang tadi dalam pukul 6 lebih-lebih...sampai-sampai je buka tv baru...tv LCD, wah rumah ku sudah maju..(biar rumah orang lain dah lama ada pun)...hehehe....
serius penat gila duduk dalam kereta hampir 10 jam...perjalanan dari KL ke kelantan sebenarnya hanya 8 jam tapi kalau banyak kali berhenti memang la lama sikit...abah pun tak bawak laju or slow sangat..abah bawak sedang-sedang saja....

actually. aku dah lama 'blah' dari kolej...dari hari khamis lagi tapi aku dan family stay kat rumah kakak aku @ka kak ngah...kakak aku siap ambik cuti kononnya nak pergi jalan-jalan dengan kitaorang..dah sah-sah memang pergi pun. kitaorang pergi JJ kat mahkota cheras...JJ tu baru je bukak dalam bulan ni kot..tapi serius best sebab JJ buat SALE gila-gila murah...banyak jugak aku beli...padahal beli bag, jam, dan stokin tuk kasut BG aku je...hehehehe....sebelah malam pula, abang ipar aku @ka abang iwan belanja kami satu family makan sate kajang yang popular tu (aku lupa pulak nama dia haji apa...)...

esoknya pulak, dalam tengah hari berangkat ke jalan tuanku abdul rahman, aka jugak jalan TAR..parking kat SOGO..memang konfirm kena round satu SOGO jugak....dan...dan....dan..........
ada SALE jugak...hehehe..nak tahu apa aku, mama, dan kak ngah aku buat..hehehe apa lagi shopping la jawabnya..dengan bangganya aku mengaku yang aku memang kaki shopping, lagi-lagi bila SALE...tapi SALE kat sogo memang best walaupun orang ramai coz still dalam cuti sekolah...apa yang aku beli kat SOGO...ermmmm....baju dua helai...semalam kat JJ tak sempat beli baju nah ambik kau sekali dua helai..nasib baik SALE..kalau tak berbulu jugak nak dapat dua helai...semua mama bayar...hehehe..thanks mama and abah....

tak sudah dengan SOGO, keluar pulak pergi cari shawl kat kedai-kedai sekitar jalan TAR...dengan rasa sedih bercampur suka, aku rembat shawl kat situ sampai 6 helai...yelah sapa suruh jual 3 helai 20 ringgit..memang lah aku beli...pastu beli shawl comel 2 helai 15 ringgit.. tapi 1 dari 6 tu aku bagi kat kak ngah aku...hehehe..huhuhu...kenapa aku berduka..sebab duit habis dan tak ada yang latest..sumenya yang dah lama..tapi kira ok lah kan.. aku beli tu pun yang paling baru setakat ni...hehehee.....

p/s: tak ada gambar nak tunjuk kat sini sebab penat gila..tak ada masa nak bergambar sekejap pun...nanti-nanti aku post gambar aku bergaya dengan shawl-shawl baru aku ye..tak lupa jugak dengan bag baru....oh ya serta jam baru...hehehe...

Tuesday, June 15, 2010

berita gembira...

aku dah habis exam...
aku dah boleh melompat gembira...
aku dah boleh balik kelantan...
aku dah boleh duduk baca or buat benda lain...
aku dah boleh kemas barang nak balik esok...
aku dah boleh simpan nota-nota sem ni...
aku dah boleh dah tak nak pandang benda-benda lah tu semua...
horay!!!!!!!!!!!!

macam-macam dah boleh bila dah habis exam....
hehehehehehe........................

Sunday, June 13, 2010

esok

esok mungkin hari sibuk aku...
sebab esok aku akan menyibukkan diri...
esok aku nak settle semua benda dalam masa satu hari...
esok aku nak hantar assignment...
esok aku nak study last minute...
esok aku nak buat semua benda yang aku tangguh untuk beberapa hari ni...
esok aku sibuk....so, malam ni jangan kacau aku...
aku penat....

p/s: perasan macam lah ada orang nak kacau kau isya...("_)

Thursday, June 10, 2010

edit blog

hari bangun pagi, matahari dah tegak naik di langit biru...ada kelas tapi ponteng...hehehehe..memang malas nak pergi kelas pagi lagi-lagi pukul 8...assignment tak siap-siap lagi..nasib baik sir sangat baik hati bagi hantar isnin ni...sayang sir..hehehe...bab bodek memang aku lah ketuanya...hahahaha....

dah bukak blog terus edit blog pakai yang baru punya design...aku tak tahu nak buat apa sambil tunggu sir balas chat kat facebook, so aku try buat la design-design baru tu..ok tak aku edit balik..sebab kenapa aku edit aku pun tak tahu..maybe sebab aku rajin vs gatal nak edit kot.. nak bagi cantik tapi aku tengok macam apa sudah...hehehe..

oklah..malas nak taip lagi..aku nak siapkan assignment ni dulu. tinggal sikit je lagi..tapi tetap nak hantar isnin ni...hehehe..sebab dakwat printer tak ada sudah...

p/s: cara aku tulis entry ni pun tahu aku tengah malas...huhuhuhu

pray for your happiness

sabtu ini akan berlangsungnya majlis perkahwinan seorang insan yang pernah menjadi insan terpenting dalam hidup aku. dia bakal menamatkan zaman remaja serta bujangnya pada hari tersebut dan aku akan doakan kebahagiaanya bersama yang tersayang sampai akhir hayat. babe, i feel like crazy person because can't attend for your happy day. hope you will happy ever after with the person you love and care.

macam cakap untuk bekas teman lelaki saja...but it not for him okay. ucapan itu untuk my best friend masa SMTPM dulu. one of them will marry and for sure she will be the first from us. memang dari dulu lagi kami syak yang dia akan kahwin awal dari kami, dan sekarang tengok syak kami benar.

FATIN SAFIRAH, dia yang aku kenali masa form 5. dia budak kejuruteraan awam SMTB yang transfer ke SMTPM. so, bila dia masuk kelas aku, aku buat tak tahu lagi sebab jarang aku nak tegur pelajar baru tapi setelah kami duduk berpasangan berdua dalam kelas dan berada di belakang sekali, kami mula rapat dan jadi geng sebab tak ramai yang suka dia waktu tu. dia jadi kawan aku sejak itu, banyak yang kami kongsi dan banyak yang kami bualkan sehari-hari dari hal peribadi sampai hal yang menyeronokkan. dia kawan yang baik serta memahami, malah dia sangat matang dari aku yang macam budak-budak ni. serius, kami baik sebab kami berdua banyak persamaan tapi banyak juga perbezaan. walaupun kadang-kadang kami gaduh kerana sikapnya yang aneh tapi aku bangga kerana aku punya teman sebaik dia. biar apa pun orang mengata dia, dia tetap tabah dan redha dengan ujian itu.... FATIN SA, itu gelarannya sebab dalam kelas kami ada 2 orang bernama FATIN, maka SA di tambah untuk tujuan supaya tak keliru.


dear FATIN SAFIRA,
kau antara kawan yang terbaik aku kenal, dan berita kau mahu mendirikan rumah tangga dan menjadi isteri kepada seorang suami memang menbahagiakan aku. akhirnya, kau temui jalan bahagia mu, bila dulu kau asyik derita kerana cinta. bahagialah sahabatku, kecapilah kebahagiaan itu sehingga ke akhir hayatmu.. moga kau dan suamimu dikurniakan anak-anak yang soleh serta solehah...aku bahagia jika kau bahagia....
ikhlas dari sahabatmu...
EISYA aka penguin dorm 2c1 smtpm batch 06/07

p/s: penguin adalah nama gelaran yang budak dorm aku bagi dulu. setiap orang dalam dorm tu ada nama gelaran masing-masing. dan aku dapat penguin.hehehe...

Wednesday, June 9, 2010

busy gila tapi tak sabar

apakah makna di sebalik tajuk entry di atas...
hehehe...
aku busy gila dengan assignment yang hanya tinggal 1 saja lagi tapi assignment ni agak susah dan macam malas nk siapkan, tapi kena siapkan jugak sebab minggu depan dah nak exam. so, maknanya lepas exam boleh balik kelantan..memang tak sabar sebab rabu minggu depan dah habis exam..horayyyy!!!!!!!!!! lepas tu boleh cuti sebulan..
so, korang-korang jangan jealous dengan aku ya. hehehehe....especially budak-budak yang exam lambat dan budak degree yang baru register minggu ni ya...

aku kena gerak dulu sebab nak buat assignment site surveying procedure..
assignment tu ada 2 task je tapi bila tengok anak-anak soalan tu memang sakit jiwa jugak la...

ok lah..babai...

p/s: dalam kesibukan aku sempat updated blog...memang tak busy untuk malam ni lagi..cuba tengah malam nanti..mesti busy gila-gila sampai tak mampu tidur...~apa aku mengarut ni~

Monday, June 7, 2010

Love Ya by SS501

lagu baru dari SS501. Love Ya tajuknya..best sangat lagi-lagi music video diorang. kalau nak tengok pergilah kat sini . so, saya bagi lirik dia saja lah ya..


Yeah, huh
Here we go once again
Guess who's back, let's go
This one is all about you
I really hate you but I love you
So what can I do?
Now listen

Neoreul bomyeon apa, sumi neomu gappa, ije nae sonjaba
Geu sarameun neoreul saranghaji eanhneunde wae?
Why don't you get it?
Baby let me
Love ya, love ya, love ya

Nae jeonbureul georeo, I jumuneun georeo, we can be so perfect
Sesangmodu jeokidwindahaedo naneun andwae
Neo animyeon andwae
Baby let me
Love ya, love ya, love ya

Oneureun yeotaekkeot gidaryeosseo
Mianhae ganjeolhi baraewasseo
Nal bitgyeogattdeon ni uraen sarangi janinhage kkeulnagireul
Geusaram ijeo, ijen jiweobeoryeo
Eochapi neohaguneun eoolriji anhaneungeol
So baby wont you come to me
I'll make you make you happy

Neoreul bomyeon apa, sumi neomu gapen, ijen naesun japa
Geu sarameun neoreul saranghajieanhneunde wae?
Why don't you get it?
Baby let me
Love ya, love ya, love ya

Nae jeonbureul georeo, I jumuneun georeo, we can be so perfect
Sesangmodu jeokidwindahaedo naneun andwae
Neo animyeon andwae
Baby let me
Love ya, love ya, love ya

Cheoeumen haengbokhagil baraesseo
Geude birok geusaram yeopeseorado
Mideosseoseo. Na eopsi haengbokhadamyeon, geugeolro chungbunhaesseo
Hajiman, neoui nunmol ipuyeo. Neoui seulpeumi boryeo
Amuri chamabwado andwae ijen jichyeo michyeo
I cannot let it go, I gotta take you
Ije uri unmyeongingeol yeah

Neoreul bomyeon apa, sumi neomu gapen, ijen naesun japa
Geu sarameun neoreul saranghajieanhneunde wae?
Why don't you get it?
Baby let me
Love ya, love ya, love ya

Nae jeonbureul georeo, I jumuneun georeo, we can be so perfect
Sesangmodu jeokidwindahaedo naneun andwae
Neo animyeon andwae
Baby let me
Love ya, love ya, love ya

Eotteohke neon moreuneunde? Hapil geu saraminde?
Neoui apeun sarangddawin nan bolsueoptneunde
Ijteo, ni kaseum myeondeulgehaneun geureon nappeunsarang
Ijen jipeochyeo please! Apeun neoreul guhagesseo
Geoule bichin neoui nunmuli sorieopsi, euimodoeopsi heureulddae
Naegaseumeun wanjeonhi jjiteojineungeol, I can cross over the sea
Nareul mideojwi, haneule maengsehalge
Urin majimak sarangi dwiltenikka yeah

Neoreul bomyeon apa
Sumi neomu gapa
I simjangi apa
Geu sarameun neoreul saranghajianhaneunde wae?
Why don't you get it? Baby let me
Love ya, love ya, love ya

Nae jeonbureul georeo, I jumuneul georeo, we can be so perfect
Sesangmodu jeokidwindahaedo naneun andwae
Neo animyeon andwae
Baby let me
Love ya, love ya, love ya
Let me love you baby!

Andwae,
Andwae,
Neoeopsin...

p/s: lagu ni best plus tarian diorang smart gila. rugi tak dengar dan tengok mv. Kenapa aku tak upload mv dia kat sini..jawapannya aku malas plus aku punya berukband dah lebih limit tuki hari ini..hehehe..

Saturday, June 5, 2010

saja-saja gatal nak edit dan post

tengoklah gambar yang aku edit untuk suju..taklah cantik sangat tapi aku suka..suka sampai nak pengsan...hehehehe
saja-saja nak post yang aku edit untuk suju...ini album yang ke empat..hehehe..

p/s: donghae oppa sangat hensem walaupun tak lah nampak muka sangat...hehehe..
love them so much kerana sentiasa menemani hari-hariku dengan lagu-lagu mereka. walaupun hanya sepuluh tapi super junior tetap forever13...always be my best k-pop idol..


Thursday, June 3, 2010

dicintai atau mencintai

hai semua!!!! semoga hari anda hebat seperti hari saya ya...

entri kali ini adalah mengenai cinta. setiap manusia perlukan cinta, cinta yang luhur dan ikhlas dari hati. cinta itu universal, semua cinta penting tapi tak semua manusia temui cinta yang sejati. cinta itu bukan hanya pada kaum yang berlainan jenis tapi juga kepada ALLAH, RASUL serta agamanya, cinta itu juga kepada ibu bapa serta cinta kepada sahabat.

walaupun langsung tak punya pengalaman dalam percintaan di antara insan bernama lelaki dan insan bernama wanita, namun kejadian di sekeliling, saya jadikan pengajaran serta rujukan untuk masa hadapan.

sering kali kita lihat di mana-mana sahaja ada pasangan yang bercinta, malah dari sekolah rendah sampailah golongan dewasa serta warga emas. setiap insan itu perlukan cinta. cinta itu adalah pelengkap hidup manusia tanpa cinta musnah hidup manusia.

maka, hari ini saya nak berkongsi beberapa kisah cinta yang saya pernah lihat dan selami.

kisah 1- lelaki menjadi mangsa
seorang lelaki sangat menyintai seorang gadis. mereka berkenalan semasa masih menuntut di bangku sekolah. hubungan cinta antara mereka berlanjutan sehinggalah ke peringkat universiti. walaupun terpisah jauh tapi mereka masih lagi berhubung. setiap kali si gadis memerlukan bantuan dari segi kewangan, pasti si lelaki akan membantu walaupun terpaksa bergolok gadai semua barang miliknya. namun suatu hari, barulah si lelaki ini tahu bahawa si gadis hanya mempermainkan dia. dan di disitulah bermula kisah malang si lelaki. hidupnya terumbang ambing, pelajarannya merosot. keluarganya langsung tak dihiraukan, kawannya langsung tak diendahkannya. perjalanan hidupnya musnah dengan sekelip mata. si lelaki hilang arah hidup. dari anak yang soleh, dia berubah menjadi seorang yang degil, dari abang yang baik di berubah menjadi abang yang garang. segala-galanya berubah kerana seorang gadis si pisau cukur.

persoalannya: mampukah si lelaki itu mempercayai gadis-gadis lain lagi???????? di sini yang menjadi mangsanya si lelaki tapi bahagiakah si gadis itu atas perbuatannya???????


kisah 2 - bila rupa menjadi bahan ukuran nilai sebuah cinta.
ada seorang gadis biasa di menengah rendah menyukai seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang kacak. semakin hari dia semakin meyukai sang lelaki itu, namun perasaannya tak pernah di balas. malah dia dihina serta dikutuk habis-habisan kerana berani menyukai lelaki yang tak akan pernah mungkin menyukainya. sering diketawakan kerana berangan, di perli bagai langit dengan bumi namun si gadis tak pernah berputus asa. tapi ternyata lelaki itu juga tak pernah menyukainya, alasan lelaki itu "kau tak layak untuk aku, aku kacak tapi kau biasa saja". akhirnya si gadis terluka dan berpaling serta menyesal kerana pernah menyukai lelaki itu. baginya muka yang kacak bukan bermakna hatinya juga seindah rupanya.

persoalannya: adakah cinta itu perlu di ukur dengan paras rupa. bukankah hati dan perasaan itu tak kenal siapa, apa dan mengapa????????????

kisah 3 - cinta yang keterlaluan
seorang gadis sangat menyintai kekasihnya. biarlah berkali-kali kekasihnya menipu di belakangnya namun dia tetap memaafkan lelaki terbabit setelah mendengar pujuk rayu lelaki itu. gadis itu takut malu kerana cinta yang dia bina serta agungkan itu terputus ditengah jalan, maka setiap kali kesalahan yang lelaki itu lakukan pasti akan ada kemaafan akhirnya. tapi sampai bila, maka suatu hari si lelaki mengambil keputusan untuk putuskan dia kerana dalam masa yang sama dia bercinta dengan yang lain, dengan itu si gadis mulalah naik gila. terasa kejam dengan perbuatan lelaki itu dia rela jika dia tak boleh memilki maka insan ketiga itu juga tak layak untuk memilki lelaki itu. atas fikiran bodoh si gadis, dia melakukan kesilapan yang mungkin menyebabkan dia menyesal seumur hidup.

persoalannya: perlukah terlalu cinta sehingga mampu melakukan perkara-perkara di luar permikiran normal manusia?????????


kenapa tajuk entry saya dicintai atau menyintai?????
kisahnya begini. saya ingin tanya anda yang membaca entry saya, mana satu lebih bahagia , dicintai oleh seseorang ataupun mencintai seseorang???
kata mama saya, "bahagia kita terletak pada siapa yang cintakan kita, bukan pada orang yang kita cintai. kita boleh belajar untuk cintakan orang tapi kita tak boleh paksa orang cintakan kita".
dalam diam saya sendiri akui kata-kata mama. mama betul, cinta tak boleh dibeli atau dipilih pada siapa, cinta itu hadir di mana-mana dan pada sesiapa pun.

maka hari ni, jika anda membaca entry ini, tanya diri anda apakah anda sedang dicintai atau sedang mencintai. jika anda punya jawapannya anda tentukanlah masa depan anda. tepuk dada tanya selera.

dan saya????
saya tak punya jawapannya sekarang. hidup saya sudah bahagia sekiranya keluarga, sahabat-sahabat mencintai saya dan saya juga bahagia mencintai mereka...insyaallah cinta saya takkan pernah berkurangan tapi semakin bertambah..

oklah. saya dah malas nak mengomel panjang-panjang pasal cinta ni. yang pasti cinta sejati itu hanya kekal milik ALLAH s.w.t.

Tuesday, June 1, 2010

hari yang sibuk

sudah lama dah update blog ini ya (walaupun baru 6-7 hari tak update). saya mengalami masalah jiwa sebentar kerana berukband ke'sayang'an saya telah mencecah 5 GB. so, sebelum di marah oleh abah kesayangan baik saya berhenti pakai untuk sehari dua atau tiga atau empat hari...
dan entry ini di taip menggunakan laptop yana (housemateku)..hehehe..memang kerja mengepau orang punya sahaja ya...lalalalalalalalala....

nak share cerita sedikit. baru-baru ni, aku jatuh tangga..huhuhu.. :(
habuan dia tak payah la cerita memang baik punya lah..kaki kanan aku dekat buku lali bengkak gila dah macam kaki ibu-ibu mengandung pun boleh lah dikatakan sebegitu rupa...serius aku tak tahu macam mana aku boleh jatuh, maybe sebab aku careless sangat-sangat kot...yelah mata tengok lain hati fikir lain..sadis betul minah mata empat macam aku ni..nak kata tak nampak dah pakai spec..

dah jatuh tangga, tibalah masa untuk sengsara buat assignment yang nak kena hantar minggu ni. mula dengan assignment mdm. vijaya untuk engineering math. nasib baik hampir siap dan hantar on time jugak...then, malam tadi aku tidur dekat pukul 6 pagi (masih boleh dikira malam kah?) buat assignment mdm vivi pulak..oh Geology and soil mechanics..kau memang menguji tahap kerajinan aku...wawawawawawa.......

dan petang tadi juga aku kena buat presentation untuk subjek SSP..nasib baik jugak lah aku punya presentation betul dan aku boleh keluar awal. tapi keluar kelas hujan lebat membasahi bumi kolej legenda dan bukan hujan sahaja, manusia-manusia juga membanjiri lobi serta jalan-jalan di kaki lima di blok A5. apalah yang mereka tunggu di situ..(mungkin menanti hujan berhenti tapi bukankah hujan renyai sahaja waktu itu, so redah saja lah..).

end of the story, aku malas dah nak cerita lagi..babai...

p/s: esok tak ada kelas..hoorayyyyyyy!!!!!!!!
sila tidur lambat dan bangun lambat juga ya cik eisya...