Thursday, June 3, 2010

dicintai atau mencintai

hai semua!!!! semoga hari anda hebat seperti hari saya ya...

entri kali ini adalah mengenai cinta. setiap manusia perlukan cinta, cinta yang luhur dan ikhlas dari hati. cinta itu universal, semua cinta penting tapi tak semua manusia temui cinta yang sejati. cinta itu bukan hanya pada kaum yang berlainan jenis tapi juga kepada ALLAH, RASUL serta agamanya, cinta itu juga kepada ibu bapa serta cinta kepada sahabat.

walaupun langsung tak punya pengalaman dalam percintaan di antara insan bernama lelaki dan insan bernama wanita, namun kejadian di sekeliling, saya jadikan pengajaran serta rujukan untuk masa hadapan.

sering kali kita lihat di mana-mana sahaja ada pasangan yang bercinta, malah dari sekolah rendah sampailah golongan dewasa serta warga emas. setiap insan itu perlukan cinta. cinta itu adalah pelengkap hidup manusia tanpa cinta musnah hidup manusia.

maka, hari ini saya nak berkongsi beberapa kisah cinta yang saya pernah lihat dan selami.

kisah 1- lelaki menjadi mangsa
seorang lelaki sangat menyintai seorang gadis. mereka berkenalan semasa masih menuntut di bangku sekolah. hubungan cinta antara mereka berlanjutan sehinggalah ke peringkat universiti. walaupun terpisah jauh tapi mereka masih lagi berhubung. setiap kali si gadis memerlukan bantuan dari segi kewangan, pasti si lelaki akan membantu walaupun terpaksa bergolok gadai semua barang miliknya. namun suatu hari, barulah si lelaki ini tahu bahawa si gadis hanya mempermainkan dia. dan di disitulah bermula kisah malang si lelaki. hidupnya terumbang ambing, pelajarannya merosot. keluarganya langsung tak dihiraukan, kawannya langsung tak diendahkannya. perjalanan hidupnya musnah dengan sekelip mata. si lelaki hilang arah hidup. dari anak yang soleh, dia berubah menjadi seorang yang degil, dari abang yang baik di berubah menjadi abang yang garang. segala-galanya berubah kerana seorang gadis si pisau cukur.

persoalannya: mampukah si lelaki itu mempercayai gadis-gadis lain lagi???????? di sini yang menjadi mangsanya si lelaki tapi bahagiakah si gadis itu atas perbuatannya???????


kisah 2 - bila rupa menjadi bahan ukuran nilai sebuah cinta.
ada seorang gadis biasa di menengah rendah menyukai seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang kacak. semakin hari dia semakin meyukai sang lelaki itu, namun perasaannya tak pernah di balas. malah dia dihina serta dikutuk habis-habisan kerana berani menyukai lelaki yang tak akan pernah mungkin menyukainya. sering diketawakan kerana berangan, di perli bagai langit dengan bumi namun si gadis tak pernah berputus asa. tapi ternyata lelaki itu juga tak pernah menyukainya, alasan lelaki itu "kau tak layak untuk aku, aku kacak tapi kau biasa saja". akhirnya si gadis terluka dan berpaling serta menyesal kerana pernah menyukai lelaki itu. baginya muka yang kacak bukan bermakna hatinya juga seindah rupanya.

persoalannya: adakah cinta itu perlu di ukur dengan paras rupa. bukankah hati dan perasaan itu tak kenal siapa, apa dan mengapa????????????

kisah 3 - cinta yang keterlaluan
seorang gadis sangat menyintai kekasihnya. biarlah berkali-kali kekasihnya menipu di belakangnya namun dia tetap memaafkan lelaki terbabit setelah mendengar pujuk rayu lelaki itu. gadis itu takut malu kerana cinta yang dia bina serta agungkan itu terputus ditengah jalan, maka setiap kali kesalahan yang lelaki itu lakukan pasti akan ada kemaafan akhirnya. tapi sampai bila, maka suatu hari si lelaki mengambil keputusan untuk putuskan dia kerana dalam masa yang sama dia bercinta dengan yang lain, dengan itu si gadis mulalah naik gila. terasa kejam dengan perbuatan lelaki itu dia rela jika dia tak boleh memilki maka insan ketiga itu juga tak layak untuk memilki lelaki itu. atas fikiran bodoh si gadis, dia melakukan kesilapan yang mungkin menyebabkan dia menyesal seumur hidup.

persoalannya: perlukah terlalu cinta sehingga mampu melakukan perkara-perkara di luar permikiran normal manusia?????????


kenapa tajuk entry saya dicintai atau menyintai?????
kisahnya begini. saya ingin tanya anda yang membaca entry saya, mana satu lebih bahagia , dicintai oleh seseorang ataupun mencintai seseorang???
kata mama saya, "bahagia kita terletak pada siapa yang cintakan kita, bukan pada orang yang kita cintai. kita boleh belajar untuk cintakan orang tapi kita tak boleh paksa orang cintakan kita".
dalam diam saya sendiri akui kata-kata mama. mama betul, cinta tak boleh dibeli atau dipilih pada siapa, cinta itu hadir di mana-mana dan pada sesiapa pun.

maka hari ni, jika anda membaca entry ini, tanya diri anda apakah anda sedang dicintai atau sedang mencintai. jika anda punya jawapannya anda tentukanlah masa depan anda. tepuk dada tanya selera.

dan saya????
saya tak punya jawapannya sekarang. hidup saya sudah bahagia sekiranya keluarga, sahabat-sahabat mencintai saya dan saya juga bahagia mencintai mereka...insyaallah cinta saya takkan pernah berkurangan tapi semakin bertambah..

oklah. saya dah malas nak mengomel panjang-panjang pasal cinta ni. yang pasti cinta sejati itu hanya kekal milik ALLAH s.w.t.

No comments:

Post a Comment