Thursday, June 10, 2010

pray for your happiness

sabtu ini akan berlangsungnya majlis perkahwinan seorang insan yang pernah menjadi insan terpenting dalam hidup aku. dia bakal menamatkan zaman remaja serta bujangnya pada hari tersebut dan aku akan doakan kebahagiaanya bersama yang tersayang sampai akhir hayat. babe, i feel like crazy person because can't attend for your happy day. hope you will happy ever after with the person you love and care.

macam cakap untuk bekas teman lelaki saja...but it not for him okay. ucapan itu untuk my best friend masa SMTPM dulu. one of them will marry and for sure she will be the first from us. memang dari dulu lagi kami syak yang dia akan kahwin awal dari kami, dan sekarang tengok syak kami benar.

FATIN SAFIRAH, dia yang aku kenali masa form 5. dia budak kejuruteraan awam SMTB yang transfer ke SMTPM. so, bila dia masuk kelas aku, aku buat tak tahu lagi sebab jarang aku nak tegur pelajar baru tapi setelah kami duduk berpasangan berdua dalam kelas dan berada di belakang sekali, kami mula rapat dan jadi geng sebab tak ramai yang suka dia waktu tu. dia jadi kawan aku sejak itu, banyak yang kami kongsi dan banyak yang kami bualkan sehari-hari dari hal peribadi sampai hal yang menyeronokkan. dia kawan yang baik serta memahami, malah dia sangat matang dari aku yang macam budak-budak ni. serius, kami baik sebab kami berdua banyak persamaan tapi banyak juga perbezaan. walaupun kadang-kadang kami gaduh kerana sikapnya yang aneh tapi aku bangga kerana aku punya teman sebaik dia. biar apa pun orang mengata dia, dia tetap tabah dan redha dengan ujian itu.... FATIN SA, itu gelarannya sebab dalam kelas kami ada 2 orang bernama FATIN, maka SA di tambah untuk tujuan supaya tak keliru.


dear FATIN SAFIRA,
kau antara kawan yang terbaik aku kenal, dan berita kau mahu mendirikan rumah tangga dan menjadi isteri kepada seorang suami memang menbahagiakan aku. akhirnya, kau temui jalan bahagia mu, bila dulu kau asyik derita kerana cinta. bahagialah sahabatku, kecapilah kebahagiaan itu sehingga ke akhir hayatmu.. moga kau dan suamimu dikurniakan anak-anak yang soleh serta solehah...aku bahagia jika kau bahagia....
ikhlas dari sahabatmu...
EISYA aka penguin dorm 2c1 smtpm batch 06/07

p/s: penguin adalah nama gelaran yang budak dorm aku bagi dulu. setiap orang dalam dorm tu ada nama gelaran masing-masing. dan aku dapat penguin.hehehe...

No comments:

Post a Comment