Tuesday, June 22, 2010

putus asa..jangan sekali-kali..

assalamualaikum semua.....
dah lama tak tulis entry kat blog kesayangan ni..bukaknya hari-hari tapi sekadar baca updates blog-blog lain je...aku ni memang malas sedikit kalau duduk kat rumah tapi bila kat hostel bukan main lagi suka update blog kesayangan...

tengok tajuk entry kat atas dah tahu dah aku nak story pasal apa...ianya pasal putus asa...
kalau selalu aku akan tulis apa mama aku selalu cakap dekat aku tapi hari ini sangat berbeza sebab aku nak tulis kata-kata yang keluar dari abah aku pula....
seriously, abah memang penasihat yang baik...kata-kata dia hanya sedikit tapi maksud dia sangat dalam...

abah selalu pesan: "jangan sesekali putus asa dengan sekali cuba, macam mana nak dapatkan hasil dari usaha kita kalau buat sekali dah mengalah"........

lepas itu, aku mula berfikir yang kata-kata abah ada betulnya...abah jarang menegur anak-anaknya tentang kesilapan dan jugak kesalahan. tapi bila seorang lelaki yang menjaga kami dengan peluh dan keringatnya, aku sedar yang abah mengajar kami erti hidup sebenar...
dari cerita abah, aku membuat andaian yang sebenarnya dari kecil abah sunyi. dia membesar tanpa kasih dan sayang ibu. hanya yang ada abah dan kakak-kakaknya..namun aku tahu abah kuat menghadapi hidupnya..malah seawal usia 19 tahun dia sudah mencari rezeki untuk dirinya...
aku selalu mengingatkan diri aku yang aku sangat beruntung beribu kan mama dan berayah kan abah sebab mereka bukan sahaja besarkan aku dengan titik peluh mereka dari kecil sampai besar tapi dalam masa yang sama mereka ajar aku erti hidup...mereka ajar aku erti kemahuan dan keinginan. mereka tak pernah halang setiap keputusan aku, malah menyokong aku dari belakang. tanpa rasa kesal dan tanpa sebarang keluhan, mereka sanggup berhabis gadai demi pelajaran serta kebahagiaan anak-anak mereka...sesungguhnya merekalah harta yang tak mungkin akan aku dapat cari yang sama macam mereka.

kerana mereka berdua jugalah aku sedar apa kemahuan aku dalam hidup ini. dalam mengejar impian itu, kau bawa setiap kata-kata serta pelajaran hidup yang abah dan mama bagi pada aku. dulu, aku degil, keras kepala, dan suka merajuk tapi mereka ambil jalan mudah dengan biarkan aku dengan degil aku, biarkan aku dengan amarahku, dan biarkan aku dengan rajukku. dengan itu, pelajaran yang aku terima ialah baiki diri sendiri untuk diperhatikan..dulujuga aku selalu dengki dengan adik aku. bagi aku semua yang dia nak, dia pasti akan dapat. kadang-kadang aku rasa mereka tak adil tapi bila aku fikirkan balik hari ini. mereka mahu aku perolehi sendiri kemahuan aku dan mereka akan sokong aku dari belakang..dan syukur alhamdullilah akhirnya kini aku miliki semua yang aku mahu..biarpun ianya belum sempurna namun apa yang aku miliki sekarang sudah cukup untuk aku katakan yang aku terima seadanya hidup aku.

p/s: lari topik sudah..hehehe..bukan apa sebab bangga punya mama dan abah yang sentiasa ada di sisi dikala susah atau pun senang...

No comments:

Post a Comment