Tuesday, June 1, 2010

hari yang sibuk

sudah lama dah update blog ini ya (walaupun baru 6-7 hari tak update). saya mengalami masalah jiwa sebentar kerana berukband ke'sayang'an saya telah mencecah 5 GB. so, sebelum di marah oleh abah kesayangan baik saya berhenti pakai untuk sehari dua atau tiga atau empat hari...
dan entry ini di taip menggunakan laptop yana (housemateku)..hehehe..memang kerja mengepau orang punya sahaja ya...lalalalalalalalala....

nak share cerita sedikit. baru-baru ni, aku jatuh tangga..huhuhu.. :(
habuan dia tak payah la cerita memang baik punya lah..kaki kanan aku dekat buku lali bengkak gila dah macam kaki ibu-ibu mengandung pun boleh lah dikatakan sebegitu rupa...serius aku tak tahu macam mana aku boleh jatuh, maybe sebab aku careless sangat-sangat kot...yelah mata tengok lain hati fikir lain..sadis betul minah mata empat macam aku ni..nak kata tak nampak dah pakai spec..

dah jatuh tangga, tibalah masa untuk sengsara buat assignment yang nak kena hantar minggu ni. mula dengan assignment mdm. vijaya untuk engineering math. nasib baik hampir siap dan hantar on time jugak...then, malam tadi aku tidur dekat pukul 6 pagi (masih boleh dikira malam kah?) buat assignment mdm vivi pulak..oh Geology and soil mechanics..kau memang menguji tahap kerajinan aku...wawawawawawa.......

dan petang tadi juga aku kena buat presentation untuk subjek SSP..nasib baik jugak lah aku punya presentation betul dan aku boleh keluar awal. tapi keluar kelas hujan lebat membasahi bumi kolej legenda dan bukan hujan sahaja, manusia-manusia juga membanjiri lobi serta jalan-jalan di kaki lima di blok A5. apalah yang mereka tunggu di situ..(mungkin menanti hujan berhenti tapi bukankah hujan renyai sahaja waktu itu, so redah saja lah..).

end of the story, aku malas dah nak cerita lagi..babai...

p/s: esok tak ada kelas..hoorayyyyyyy!!!!!!!!
sila tidur lambat dan bangun lambat juga ya cik eisya...

No comments:

Post a Comment