Friday, December 31, 2010

kenangan terakhir di 2010..

hari ni aku keluar bersama housemate aku YANA ke MID VALLEY...
almaklum lah hari ni cuti, jadi kami pun ambik la kesempatan ni untuk bercuti jugak...
bercuti dari buat assignment yang nak kena submit hari isnin ni...
sila kesian...hehehe


layan jelah gambar kami yang tak seberapa ni...
malas nk story panjang-panjang...

aktiviti pertama, MAKAN DULU...


Lunch di Kenney Rogers Roaster


yana dan hidangan kami yang belum lengkap.



aku yang suka pada iced blend chocolate caramel ni...



hidangan untuk aku...
chicken quater with 3 side dishes,
mashed potato,
coeslow,
and rice...
I LIKE...
serius korang kenyang...


Aktiviti kedua, SHOPPING dan BERGAMBAR DENGAN BEAR BESAR...


yana posing you....
hehehe....


aku pun posing jugak tapi nampak GEMOK doh....
huhuhu...


bear ni bukan bear paling besar tau...
ni maybe kecik sikit dari yang paling besar..
pegang tangan bear pun jadi la..
kalau nak beli tak mampu I jahh...


Aktiviti ketiga, SHOPPING YOU....

maaf la ya...aktiviti ini tidak memerlukan kamera handphone 5 megapixel untuk bergambar..
shopping adalah hak peribadi aku okay.....lalalala....


Aktiviti ke empat, MAKAN RINGAN...

oh apa itu makan ringan..
makan berangan ke?
makan beringin ke?
tiba-tiba aku mengarut ni kenapa?

maksud aku makan ringan sambil merehatkan kaki
di DUNKIN DONUT..
~maaf jika ejaan salah, aku budak tak pandai mengeja~
("_)

kami bersama-sama berhabis duit..
hehehe..
ayat tak boleh blah..


donut yang best..
beli 5 percuma 1..
so sorang dapat 3..
aku punya perisa green apple, choc and blueberry..
my favourite..


Aktiviti akhir sekali, BALIK TIME...

tunggu tren lambat sangat...so camwhore for a while...


one, two, three...
peace...yana....

bila bosan menunggu tren datang menjemput kami pulang
aktiviti membaca boleh di isi..


yana juga sedang khusyuk membaca REMAJA...




tren datang 5.30 petang...
setelah tunggu untuk 30 -40 minit...
lambat betul KTM ni..
complain la eisya oii..
pengangkutan awam tu jugak yang kau naik...
al maklum la tak ada pakwe nak bawak naik kereta..
huhuhuhu
(T_T)
aku sedih



sekian sahaja untuk cerita hari ini...



BYE BYE 2010
WELCOME 2011





P/S: 1 january adalah birthday SUJU's Lee SungMin...happy birthday sungmin oppa...as not official E.L.F but still E.L.F, I just want to wish you HAPPY 26th BIRTHDAY!!!! CHUKAHAEMIDA....~bahasa korea bermaksud tahniah kot~



Thursday, December 30, 2010

10 tahun lepas....

salam semua....
apa khabar? hope you guys sihat and happy ya...
memang la korang happy sebab esokkan cuti umum sebab Malaysia menang piala suzuki tu kan....


actually aku nak share dengan korang gambar aku 10 tahun lepas...maknanya masa darjah 4 kot...
gambar ni di taggedkan oleh my ex-classmate sekolah rendah dulu...
yes...this picture is about 10 years ago but.....

kenape muka aku tak berubah sangat macam muka-muka diorang ni....
tapi apa-apa pun masa ni badan aku still kecik lagi kot...
tak gemok cam sekarang ni...
orang lain aku tengok maintain je...
kawan-kawan perempuan semua dah cantik-cantik...
kawan-kawan lelaki semua dah kacak-kacak bergaya....

apa-apa pun korang memang terbaik lah....
hehehe...
layan je gambar sekeping ni...
dan terang-terang korang tahu mana satu aku.....
hehehehe.....



kalau lah boleh balik ke masa ni
mesti best sebab still budak sekolah
umur 10 tahun
sekarang dah 20 tahun
dah tua pun...




Monday, December 27, 2010

countdown 2010# apa kisah aku yang terjadi sepanjang 2010~

salam semua....
okay actually aku ada satu assignment yang perlu disiapkan untuk submit this friday tapi tahu-tahu jelahkan yang aku suka buat kerja last minute punya...progress untuk assignment ni baru 20%...80% lagi entah kemana la pulak...

tak apa lah ya...nanti-nanti aku siapkan ya...don't worry be happy...

okay kita rewind balik kisah suka duka aku yang berlaku pada tahun 2010 ni...yelah, tahun ni tahun yang paling mencabar dalam hidup aku..betul-betul menguji segala khudrat aku sebagai manusia....



let check it out:

1. awal tahun ni, untuk yang pertama kalinya aku naik flight balik kelantan...naik sorang-sorang pulak tu..gelojoh nak sempat sampai la katakan...

2. My 2nd sister's wedding..semasa balik cuti semester waktu tu..aku busy gila tolong mama arrange everything dari A sampai Z...

3. bukak sem..ada sedikit kecewa sebab effort aku bagi masa exam pada subject AM tersasar dari sangkaan..aku just got pass je sedangkan aku sangka aku boleh skor la M or D...

4. tarikh 040410, kali pertama aku jejak kaki ke Sunway Pyramid...happy gila dapat hang out with friends....satu hari tu tengok wayang, shopping, makan dan bersuka suki...

5. okay ini kisah sedih...aku gaduh dengan budak rumah aku termasuk roommate aku sendiri...diorang tak puas hati dengan aku tapi main perli-perli..macam berat sangat mulut nk bagi tahu depan-depan kat aku...memang aku bengang dengan diorang tapi aku buat tak kisah je...teruk jugalah aku kena dengan mereka-mereka ini...

6. oleh kerana nak mengalah dan tak nak buat mereka bertambah benci kat aku, aku buat keputusan pindah rumah..aku pindah kat rumah member aku sendiri dan duduk dalam bilik sorang-sorang dan not need to share with someone anymore...

7. walaupun diduga sebegitu dugaan aku tapi pointer aku sem tu memang terbaik la...aku dapat lebih dari 3.50...sangat bahagia sebab masih boleh skor biarpun penat bergaduh dengan mereka itu...

8. tahun ni jugak aku pergi melaka setelah bertahun jugak aku tak jejak bumi bersejarah tu...keluar bergembira seharian bersama anis, ecah dan acum...

9. malam 120410, suprise kan katy dengan birthday party kat taman kolej...best gila dapat berkumpul dengan friends dan makan-makan, main kek dan bercerita..

10. abah aku dah bersara..jadi mama ambik keputusan tuk famlily holiday sambil hantar aku balik ke kolej bulan november hari tu...kami ke melaka tuk bercuti kali ni sebab paling dekat dan murah kot..hehhe

11. aku sambut birthday aku kat A'famosa resort melaka waterpark...bermain air bersama keluarga...walaupun tak makan kek, tak buat birthday party tapi aku happy sebab dapat bersama family tercinta....

12. birthday kali ni tak ada hadiah tapi aku buat-buat dapat hadiah bila abah belikan aku bag Tropicana Life untuk aku...hehehe...

13. Bukak sem..oh..kecewa lagi sebab pointer jatuh..tapi tak apa..lain kali boleh cuba lagi....jangan patah semangat sebelum tersungkur jatuh yang tak boleh bangun langsung...

14. azam aku tahun ni yang paling aku frust sebab tak sempat nak tunaikan ialah dapat lesen kereta...aku dah belajar habis 10 jam tapi oleh kerana kaki aku sakit dan masalah ni akan datang pada bila-bila masa, jadi aku berhenti dulu..dan aku mungkin akan sambung bila aku dah grad nanti...insyaallah...

15. tahun yang mengenalkan aku kepada group SUPER JUNIOR...jatuh cinta pada mereka buat hari-hari aku bahagia...sangat bahagia....sayang mereka....thanks to anis sebab kenalkan mereka kepadaku....


dalam gambar ni muka aku macam kena pegun..
*edited by myself*
hiasan semata-mata ya..




sekian kisah 2010 yang aku masih ingatlah...

Saturday, December 25, 2010

duduk rumah je cuti krismas kali ni....

salam semua...
semua sudah sedia maklum yang hari ni cuti hari natal....

tahun lepas aku keluar bersuka suki bershopping dengan kak farah, anam dan faizal tapi this year my holiday just spend at hostel je..why????????

because..kekekeke...this friday I need to submit assignment CECB...so, tak boleh nak keluar bersuka ria la ya...

maybe next week aku akan keluar dengan teman-teman bergembira bersama duit mara yang bakal masuk nanti...kalau dah masuk hujung bulan ni...


apa yang aku buat cuti hari ni...

bangun pagi pukul 10.00...cuci baju, bukak laptop...
selesai mencuci, selesai mandi..kita online dulu..
dah online tiba-tiba bengang...google chrome xleh bukak...undenied la bagai...
okay pergi sidai baju kat balkoni...dah selesai duduk balik depan laptop, cuba lagi bukak..
api malangnya tetap xdapat...nasib baik ada mozzila...
sambung tengok It's Okay Daddy Daughter kat dramacrazy.net...perut lapar...
tapikan perut sakit sangat sebab ehem..ehem...~penyakit perempuan~
tak larat nak jalan bila Yana ajak pergi beli makanan...so kirim je..Thanks Yana..GUMOWOYO..
dah makan, makan ubat tahan sakit..baring berbungkuskan selimut...tak boleh tido pulak...
bukak facebook, ada orang post link music core christmas special...SUJU in black oufit is DAEBAK...
baring-baring lagi...bosan...keluar bukak tv, baca majalah...tengok kartun...
perut lapar semula...buat air teh, makan biskut..buat salad..makan lah..perut kenyang...
tengok tv balik....yana ajak pergi makan pun aku tolak tapi tetap kirim nasi...Thanks again Yana...
mandi...tengok We Got Married, Yonghwa dan Seohyun
yana balik, makan lagi..tengok idola kecil akhir then..tulis entry tuk blog ni....

tapikan assignment tak sentuh-sentuh jugak...mungkin esok kot sebab aku masih tidak punya mood untuk membuatnya lagi...hahaha..tak apa isnin ni tak ada kelas....boleh selesaikannya...insyaallah...



boringkan entry ni sebab banyak bercerita...

ya sebab hari ni hari yang bosan...
teringat tahun lepas keluar hari krismas lepas tu shopping then makan kat kenny rogers roaster..~betul kah ejaan aku~ huhuhuhu...nak keluar macam dulu...huhuhuhuhu....

recap last year memory at 25th dec 2009...

with my 2nd sis and anam.


my self and pasta di kenny rogers roaster..





the end




p/s: rindu kat si budak kecik Iman Danish..
esok dia dah genap 11 bulan...
next year, dah setahun...
apa nak bagi kat budak nakal ni ye???


Monday, December 20, 2010

#COUNTDOWN 2010##:cerita korea yang best tahun 2010...kena tengok kalau tak tengok nanti rasa rugi sebab bukan selalu ada cerita best!!!!!

salam semua...
panjang tak tajuk aku kali ni..okay first time ni buat tajuk panjang berjela...hehehhehe


ya..aku peminat fanatik atau lebih di kenali sebagai peminat kipas susah-mati (die hard fan) cerita-cerita korea, cerita taiwan dan cerita jepun...lebih kurang peminat cerita-cerita asian ni...cerita siam, cerita tamil, cerita hindustan dan cerita indon tak termasuk okay..indon tu layan la sikit, industan dulu minat sekarang kurang, siam dengan tamil sorry....cerita filipina dulu suka sekarang tak sangat....


tahun 2010 dah nak berlabuhkan....aku nak share dengan korang cerita korea yang best pada tahun 2010 ni...dari awal tahun sampailah sekarang...

kita bagi bintang ke'best'an drama ni terus ya...

BERITA INI DISAMPAIKAN OLEH REPORTER EISYA AMAN.....



PERSONAL TASTE

Played by Lee Min Ho & Son Ye Jin

###4 BINTANG###


PLAYFUL KISS

Played by Kim Hyun Joong & Jung So Min

###3 BINTANG###


THE FUGITIVE: PLAN B

played by Bi Rain & Lee Na Young

###4 BINTANG###



MY GIRLFRIEND IS GUMIHO

Played by Lee Seung Gi & Shin Min Ah

###4 BINTANG###



OH MY LADY

Played by Choi Si Won & Chae Rim

###3 BINTANG###



SUNGKYUNKWAN SCANDAL

Played by Micky Yoochun & Park Min Young

###3 BINTANG###


CINDERELLA SISTER

Played by Moon Guen Young & Chun Jung Myung

###3 BINTANG###


drama-drama di atas telah tamat siarannya...sekarang ada lagi drama-drama yang best seperti di bawah....drama-drama ini pun best tapi belum tamat siarannya jadi sama-samalah kita tunggu dan tengok cerita tersebut...


MARY STAYED OUT ALL NIGHT

Played by Jang Guen Suk, Moon Guen Yoong & Kim Jae Wook



IT'S OKAY DADDY DAUGHTER

Played By Moon Chae Won & Choi Ji Hyuk
+ with SuJu's DongHae & CNBlue's MinHyuk also in this drama+
++this drama have a lot of cast++




ATHENA: GODDESS OF WAR

Played by Jung Woo Sung, Cha Seung Won, Soo Ae,
Lee Ji Ah, Kim Min Jong & Choi Si Won



PRESIDENT

Played by Choi Soo Jong, Jay Kim & Lee Sung Min




**************************************



okay dah habis preview drama kat korang semua...
kalau dah tengok tak apa lah..
kalau belum tengok mana-mana drama kat atas ni
sila-sila pergi mana-mana online site yang ada drama kat atas ni ya...
macam

dan banyak lagi seperti:
dramacrazy.net
viki
dailymotion
tudou
wat
or pergi je youtube pasti ada punya





SEKIAN SUDAH DARI REPORTER EISYA UNTUK DRAMA KOREAN YANG BEST UNTUK TAHUN 2010...

UNTUK BERITA SELAJUTNYA SILA TUNGGU TAHUN DEPAN YA...
REPORTER EISYA HANYA ADA SEKALI-SEKALA SAHAJA YA....

THANK YOU
TERIMA KASIH
KAMSHAMIDA
GUMOWOYO
ARIGATOR
BYE!!!



P/S: actually banyak lagi sebenarnya drama-drama korea yang best tapi oleh sebab entry dah terlalu panjang..jadi lain kali la ya kita buat report lagi...buat report pasal korea laju je tapi bila suruh buat report pasal study tak bergerak-gerak langsung pun....


Wednesday, December 15, 2010

25 random fact about me!!!!

salam semua...

okay I got tag from my yeobo ahh...cik Hunnies kushut...
so kita buat ya awak..
tiba-tiba cakap formal pulak....


"once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. at the end, chose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. "


1. Nama penuh Nurisa Anum Binti Aman...dalam family, dalam 3 beradik perempuan, nama aku sorang je panjang macam ni...tapi panjang ke nama I??????????/

2. Bulan november lepas baru melangkah ke alam dewasa/tua....bila dari angka 1 kat depan bertukar 2 aku gelabah giler...

3. ada 6 orang adik-beradik pada asalnya tapi adik bawah aku meninggal dunia sebelum sempat lihat dunia ni...kiranya kami cuma 5 beradik jelah...ada sorang abang, 2 kakak, dan sorang adik...

4. dulu waktu kecik, aku suka kawan dengan budak lelaki sahaja sebab aku rasa budak perempuan gedik masa kecik-kecik dulu..dan aku punya perangai pun dah macam budak lelaki...
pakai seluar pendek, baju lengan pendek, potongan rambut pendek...

5. masa umur 6 tahun aku baru dapat adik lelaki aku yang bongsu tu...jadi bila umur aku 20, dia baru 14 tapi badan dia sangat besar dari umur dia sepatutnya...

7. tinggi aku baru 160 cm dan berat sering berubah-ubah...tapi kan kaki aku pendek..tiap kali beli seluar mesti kena lipat....

8. kalau nak tahu aku ada keturunan acheh dari abah dan siam/thailand dari mama...dan dari mama juga kita orang adik beradik ada pantang larang dalam makanan tertentu seperti ikan kekacang (nama scientific dia aku lupa), rebung pisang dan ada la benda lain aku lupa...

9. ada macam-macam penyakit yang aku ada seperti asthma, gastrik, lemah buah pinggang, dan juga sering sakit sendi...penyakit asthma aku ada sejak lahir lagi..yang lain datang dan pergi bila masa pun berlalu pergi....

10. waktu umur 11 tahun, aku masuk hospital dan di tahan selama 16 hari sebab suspek buah pinggan..dan sebab tu aku cakap ada lemah buah pinggang dan sampai sekarang aku tak boleh tahan untuk buang air kecil...

11. aku tak boleh pakai subang kat telinga sebab nanti telinga aku bernanah...

12. dulu aku tak pandai nak berfesyen tapi bila dah makin besar aku belajar untuk berfesyen biarpun aku gemuk...tapi fesyen aku takdela over sangat...make up pun aku belajar sendiri-sendiri je...

13. aku suka mata aku sebab mata aku ada double eye-lid...hahaha...takyah susah susah pergi buat surgery kat korea...hehehhe...


14. sebut pasal korea...I'm a person who addicted to korean culture..bukan sahaja music mereka tapi pasal semuanya tentang korea....dari segi adab sampailah makanan diorang...bermimpi suatu masa nanti nak menetap kat sana untuk suatu ketika dan belajar semuanya tentang korea...south korea je tak nak north korea...


15. really admired a person like Lee DongHae from super junior. he really a person who can make people smile, cry, laugh, fun and happy with him....nak sangat my future husband will be like him in personality...




16. suka sangat dengan kaler Hitam sebab warna ni sangat misteri...penuh persoalan dengan warna hitam...kebanyakkan barang aku semuanya warna hitam..dari baju hinggalah barang-barang peribadi lain...kalau ada pun warna lain aku cuma ada warna ungu, biru, merah, coklat dan putih...warna pink adalah warna bukan kegemaran tapi adalah juga tersisa barang aku kaler ni...


17. aku seorang rabun jauh sejak darjah 6...masa mula-mula ingat orang yang pkai spek ni cool tapi lama-lama rasa rimas pulak tapi redha je bila mata dah rabun banyak...sekarang power 2-2 belah 3.00....tapi kalau keluar aku pakai contact lens...





18. actually aku seorang yang boleh berubah mood dalam setiap masa dan keadaan...bila aku sedang marah aku boleh je bertukar jadi baik...


19. suka makan..tapi kalau makan masakan mama sendiri lagi syok sebab masakan ibu adalah masakan paling enak dalam dunia...(semua anak akan cakap macam ni)

20. aku suka membaca dan memang ini terbukti bila aku boleh baca novel setebal 500++ dalam masa 2 hari sahaja....contohnya buku harry potter..tapi bila suruh baca buku note pasal pelajaran yang hanya bermuka surat 200++ aku dah mengantuk di muka surat ke 10....


21. peminat setia buku Remaja sejak form 2 lagi...dulu kakak aku rajin beli sekarang aku dah jadi pengumpul setia majalah itu..selain tu aku juga pengumpul komik-komik jepun...addicted to them sewaktu form 5 bila pinjam buku komik budak lelaki kat hostel sebab bosan time cuti sekolah tapi ada extra class....


22. aku lahir kat kelantan..kelantan tak ada panggung wayang..so cerita pertama aku tengok kat panggung ialah filem CUCI kat shopping complex di Kuantan...bila dah duduk kat luar dari kelantan aku adalah seorang yang suka pergi tengok wayang walaupun bukan selalu...


23. dulu masa sekolah aku selalu ber-geng...masa sekolah rendah geng aku budak yang naik satu van sekolah...masa sekolah menengah rendah aku satu geng dengan budak yang duduk sebaris meja dengan aku dan bila aku pergi teknik aku satu gang dengan budak kelas aku je...


24. berimpian nak sambung degree lepas study Hnd CE ni dalam bidang yang sama...pastu nak sambung Master kalau ada kesempatan..then..teringin jugak nak dapat tittle Ir. one day nanti...


25. lastly, I'm person who always what the best for my love..especially my lovely family, my dearest friends and the person who I take care about....



25 person that I want to tag:

Hunnies
Yana
Kak Farah


dan sapa-sapa yang baca entry ni...kalau sudi buatlah sama...





Tuesday, December 14, 2010

shipping container house!!!!!

salam semua...

pernah tak korang dengar shipping container jadi design untuk rumah???
memang geniuskan idea ini sebab dari cuma container kapal yang biasa boleh jadi sebuah rumah mewah idaman kalbu la...

aku sebenarnya sedang belajar tentang environment science, so dalam tengah search informataion about greenbuilding and sustanable building terjumpa la pulak pasal rumah container ni...rumah seperti ni sedang mendapat tempat kat malaysia kot sebab ada satu pembinaan baru kat pahang...
cantik la jugak rumah tu...

tapi...



aku jumpa kat google images pasal sebuah rumah kat http://greenupgrader.com/12708/five-ingenious-shipping-container-structures/....

nama container house ni ialah The 12 Container House...

percayalah cantik...


pandangan depan pintu masuk


ruang bacaan rumah ini


pandangan belakang rumah


ruang tamu, ruang rehat dan tangga ke tingkat atas..


dapur dan ruang makan rumah





WOWWWW!!!!!!!!!!
I just think this house is so gorgeous..
brilliant and genius....


pereka rumah ni bernama Adam Kalkin.
with 4000 square foot building features
huge window and radiant heating in the floor..

(sumber: di laman web di atas)






selain dari rumah ni rasanya banyak lagi rumah yang berkonsepkan container ni...
kalau nak lebih banyak lagi info pasal rumah macam ni..
sila-sila rajin pergi google images type container house..




sekian dulu...

bila ada rumah container lain
aku kongsi lagi ya...


Sunday, December 12, 2010

jalan-jalan di melaka #2

salam semua....
selamat berhari minggu...

hari janji nak update yang pasal pergi melaka lagi kan...
okaylah jom check it up mana aku pergi kat melaka hari tu.......

hari kejadian: 29 november 2010
tempat kejadian: hotel, bandar melaka...

check out hotel pukul 9.30 pagi..
off to bandar melaka yang sangat bersejarah...


parking kereta depan menara taming sari tapi tak naik pun menara tu sebab...........
aku tak mau pening berpusing-pusing...
hehehe...

jalan-jalan ke tempat kereta api, kapal terbang yang replika tu...
saja sebab adik aku akim nak pergi sana sebab dulu waktu kami satu family datang melaka dia baby lagi so tak ingat apa-apa...


di taman mini hotel ni..
sebelum berangkat ke bandar melaka
kat belakang tu adalah pantai..
boleh nampak kapal besar-besar kat situ sebab ada projek..




kapal terbang perjuang zaman perang dulu..
adik aku tanya ni kapal yang betul ke?
aku jawab apa???
aku terdiam !@#$%^&*
tak tahu la...jawapannya..

ini adalah gambar pertama sebaik saja sampai kat tempat tu...
peace sign tak pernah pergi jauh dari ku...



mama dan abah kesayangan..
dah lama mereka tak ambil gambar berdua...
depan kubu a'famosa melakar kenangan..
hehehe


with my adek, akim..
kak ngah yang snap photo ni jadi jauh sangat
sebab dia tak reti..
hahaha...okay gurau je..


really like this picture..
walaupun aku gemok..
tapi aku suka..
hahaha...



this picture also taken by kak ngah...
jauh sangat..
tapi cantik je..
i like this too...


bersama patung replika dalam kapal samudera...
lupa nama patung ni apa...


with my mama..
ingat dulu masa kecik ambik gambar kat atas kapal ni jugak..
tapi dulu masa kanak-kanak
kini sudah berusia tua..
dah 20-an...


oh..waktu ni cuaca agak panas..
so that why my face be like that..
berkerut seribu...
(note: kereta alphard warna putih tu bukan my abah's car okay
kereta kami avanza kaler biru je..)


shopping kat bazar melaka depan kapal ni kejap..
beli souvenir kat situ for my friends..
beli kipas untuk kipas masa cuaca panas..

mama banyak borong barang..
beli belacan la..
beli gula melaka la..
beli dulang la..
beli macam-macam...


then, kami ke mahkota parade...shopping la apa lagi.
okay I like it because aku kan kaki shopping...
apa yang aku beli kat situ...
jumpa kedai jual klip-klip reben yang aku fikir chomel...so beli la satu set ada 2 klip..
i like....then, beli anak tudung awning kaler grey...oh...aku beli bag pack baru bersama akim jugak..dia nak buat pergi sekolah next year. dan aku nak letak laptop senang bila balik kampung nanti...beli di Tropicana Life butik...murah sebab ada diskaun 20%.....oh..aku juga rembat satu kasut yang dah lama aku cari design cam tu...pakai duit sendiri kali ni sebab abah aku dah lari awal-awal..hahaha....


okay..kat luar dah hujan..
boleh bertolak balik kajang sekarang...


okay..cerita dah habis...
aku tahu trip aku tak nampak macam happening macam trip korang kan...
yelah orang lain pergi luar negara la...pergi pulau la..
aku pergi yang paling murah je setakat ni...
tapi its okay because its still with your loves right????????
selagi korang boleh tersenyum dan bergembira bersama tersayang, itulah nikmat sebenar percutian kan...


p/s: thanks to abah sebab belanja untuk percutian ini...thanks to mama sebab rancang cuti kali ni ke melaka..thanks to kak ngah n abang ewan sebab jadi tour guide..thanks to my self sebab ambil gambar masa percutian 2 hari 1 malam....thanks to my adek sebab kamu kita kembali ke melaka setelah 14 tahun tak datang.... thanks to baby danish sebab ada di dunia pada waktu ni bersama kami sekeluarga...I just love them so much....









Wednesday, December 8, 2010

jalan-jalan di melaka #1

salam....
entry lepas cakap nak updated pasal kisah pergi melaka hari tu kan...
okay...siap sedia untuk hayati kisah panjang ni ya...


hari kejadian ialah 28 nov 2010...iaitu hari jadi aku yang ke 20...
kiranya pergi melancong ke melaka adalah hadiah untuk aku, hehehe....

dari rumah kak ngah kat kajang terus bertolak ke A'famosa resort Melaka sebab nak pergi main air kat A'famosa resort water world...bertolak pukul 9.00 pagi dan sampailah dalam pukul 10.30 pagi...

fee untuk masuk situ bila hari biasa baru je rm35 tapi hari minggu dah rm40..tapi still berbaloi kan...

let check it out apa yang best kat sana:



oh itu mama dan baby danish..
permandangan itu adalah pantai buatan..
walaupun tak besar macam kat tempat lain..
tapi best sebab ada ombak berbunyi wisel..
~sumpah tipu~


oh gambar ni takde kaitan dengan aku..
cuma aku snap sebab nak bagi nampak suasana kat pantai buatan ni..
dan waktu ini hujan renyai-renyai telah turun..




oh..aku telah naik paip air besar tu 2 kali..
kali pertama landing tak cantik sebab jatuh kat tengah-tengah jalan..
kali ke 2 dengan kak ngah memang terbaik sebab dua-dua penakut..
nasib baik kami landing okay...


ni abah dan akim yang baru je selamat turun dari paip besar tu..
actually aku tak tahu nama apa benda alah kat atas tu so aku panggil paip besar je..



ini gambar adik aku dengan baby danish...
bukan main suka dia main air...
lain kali kita datang la ya adek..
bila adek dah besar cikit..


mama dan papa baby danish...
cuba teka muka dia macam sapa???




masuk kat waterpark pukul 11.oo pagi..kami balik setelah 3 jam bermain air..
dalam pukul 2 terus berhenti main air dan bersiap untuk balik sebab cuaca pun hujan je...
sewaktu tunggu kat entrance tu ada gajah 2 ekor dan seekor unta kat luar...bukan main busuk lagi bau diorang sampai nak muntah aku...


ni gajah-gajah busuk..


ni unta juga busuk..
unta ni asyik menguyah je...
tau la kau lapar...


selesai bermain-main air di waterpark, kitaorang ke bandar melaka untuk cari hotel penginapan pulak..last-last jumpa hotel ni..tapi tempat dia bukanlah berada di tengah-tengah bandar tapi di persimpangan ke bandar melaka..kira okaylah juga sebab dapat bilik sea view lagi...sewa semalaman pun dah rm280, bilik besar, katil 2 saiz medium..cuma bilik air tak ada tub mandi..dan dalam bilik tak da peti sejuk...

hotel ni kaler hijau sampai dalam bilik dia pun semua hijau..
nyaman betul...


kerusi ni unik giler..
nama dia kerusi panjang umur..
kerusi ni kerusi yang di buat dari akar kayu tua kot..
sebab corak dia memang macam akar pokok..
kerusi ni hanya ada kat hotel ni je..
nak panjang umur pergi la hotel ni..
hehehe...



okaylah sampai sini sudah untuk entry kali ini..
esok-esok part 2 akan bersambaung ya...