Wednesday, December 15, 2010

25 random fact about me!!!!

salam semua...

okay I got tag from my yeobo ahh...cik Hunnies kushut...
so kita buat ya awak..
tiba-tiba cakap formal pulak....


"once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. at the end, chose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. "


1. Nama penuh Nurisa Anum Binti Aman...dalam family, dalam 3 beradik perempuan, nama aku sorang je panjang macam ni...tapi panjang ke nama I??????????/

2. Bulan november lepas baru melangkah ke alam dewasa/tua....bila dari angka 1 kat depan bertukar 2 aku gelabah giler...

3. ada 6 orang adik-beradik pada asalnya tapi adik bawah aku meninggal dunia sebelum sempat lihat dunia ni...kiranya kami cuma 5 beradik jelah...ada sorang abang, 2 kakak, dan sorang adik...

4. dulu waktu kecik, aku suka kawan dengan budak lelaki sahaja sebab aku rasa budak perempuan gedik masa kecik-kecik dulu..dan aku punya perangai pun dah macam budak lelaki...
pakai seluar pendek, baju lengan pendek, potongan rambut pendek...

5. masa umur 6 tahun aku baru dapat adik lelaki aku yang bongsu tu...jadi bila umur aku 20, dia baru 14 tapi badan dia sangat besar dari umur dia sepatutnya...

7. tinggi aku baru 160 cm dan berat sering berubah-ubah...tapi kan kaki aku pendek..tiap kali beli seluar mesti kena lipat....

8. kalau nak tahu aku ada keturunan acheh dari abah dan siam/thailand dari mama...dan dari mama juga kita orang adik beradik ada pantang larang dalam makanan tertentu seperti ikan kekacang (nama scientific dia aku lupa), rebung pisang dan ada la benda lain aku lupa...

9. ada macam-macam penyakit yang aku ada seperti asthma, gastrik, lemah buah pinggang, dan juga sering sakit sendi...penyakit asthma aku ada sejak lahir lagi..yang lain datang dan pergi bila masa pun berlalu pergi....

10. waktu umur 11 tahun, aku masuk hospital dan di tahan selama 16 hari sebab suspek buah pinggan..dan sebab tu aku cakap ada lemah buah pinggang dan sampai sekarang aku tak boleh tahan untuk buang air kecil...

11. aku tak boleh pakai subang kat telinga sebab nanti telinga aku bernanah...

12. dulu aku tak pandai nak berfesyen tapi bila dah makin besar aku belajar untuk berfesyen biarpun aku gemuk...tapi fesyen aku takdela over sangat...make up pun aku belajar sendiri-sendiri je...

13. aku suka mata aku sebab mata aku ada double eye-lid...hahaha...takyah susah susah pergi buat surgery kat korea...hehehhe...


14. sebut pasal korea...I'm a person who addicted to korean culture..bukan sahaja music mereka tapi pasal semuanya tentang korea....dari segi adab sampailah makanan diorang...bermimpi suatu masa nanti nak menetap kat sana untuk suatu ketika dan belajar semuanya tentang korea...south korea je tak nak north korea...


15. really admired a person like Lee DongHae from super junior. he really a person who can make people smile, cry, laugh, fun and happy with him....nak sangat my future husband will be like him in personality...




16. suka sangat dengan kaler Hitam sebab warna ni sangat misteri...penuh persoalan dengan warna hitam...kebanyakkan barang aku semuanya warna hitam..dari baju hinggalah barang-barang peribadi lain...kalau ada pun warna lain aku cuma ada warna ungu, biru, merah, coklat dan putih...warna pink adalah warna bukan kegemaran tapi adalah juga tersisa barang aku kaler ni...


17. aku seorang rabun jauh sejak darjah 6...masa mula-mula ingat orang yang pkai spek ni cool tapi lama-lama rasa rimas pulak tapi redha je bila mata dah rabun banyak...sekarang power 2-2 belah 3.00....tapi kalau keluar aku pakai contact lens...





18. actually aku seorang yang boleh berubah mood dalam setiap masa dan keadaan...bila aku sedang marah aku boleh je bertukar jadi baik...


19. suka makan..tapi kalau makan masakan mama sendiri lagi syok sebab masakan ibu adalah masakan paling enak dalam dunia...(semua anak akan cakap macam ni)

20. aku suka membaca dan memang ini terbukti bila aku boleh baca novel setebal 500++ dalam masa 2 hari sahaja....contohnya buku harry potter..tapi bila suruh baca buku note pasal pelajaran yang hanya bermuka surat 200++ aku dah mengantuk di muka surat ke 10....


21. peminat setia buku Remaja sejak form 2 lagi...dulu kakak aku rajin beli sekarang aku dah jadi pengumpul setia majalah itu..selain tu aku juga pengumpul komik-komik jepun...addicted to them sewaktu form 5 bila pinjam buku komik budak lelaki kat hostel sebab bosan time cuti sekolah tapi ada extra class....


22. aku lahir kat kelantan..kelantan tak ada panggung wayang..so cerita pertama aku tengok kat panggung ialah filem CUCI kat shopping complex di Kuantan...bila dah duduk kat luar dari kelantan aku adalah seorang yang suka pergi tengok wayang walaupun bukan selalu...


23. dulu masa sekolah aku selalu ber-geng...masa sekolah rendah geng aku budak yang naik satu van sekolah...masa sekolah menengah rendah aku satu geng dengan budak yang duduk sebaris meja dengan aku dan bila aku pergi teknik aku satu gang dengan budak kelas aku je...


24. berimpian nak sambung degree lepas study Hnd CE ni dalam bidang yang sama...pastu nak sambung Master kalau ada kesempatan..then..teringin jugak nak dapat tittle Ir. one day nanti...


25. lastly, I'm person who always what the best for my love..especially my lovely family, my dearest friends and the person who I take care about....



25 person that I want to tag:

Hunnies
Yana
Kak Farah


dan sapa-sapa yang baca entry ni...kalau sudi buatlah sama...





No comments:

Post a Comment