Wednesday, December 8, 2010

jalan-jalan di melaka #1

salam....
entry lepas cakap nak updated pasal kisah pergi melaka hari tu kan...
okay...siap sedia untuk hayati kisah panjang ni ya...


hari kejadian ialah 28 nov 2010...iaitu hari jadi aku yang ke 20...
kiranya pergi melancong ke melaka adalah hadiah untuk aku, hehehe....

dari rumah kak ngah kat kajang terus bertolak ke A'famosa resort Melaka sebab nak pergi main air kat A'famosa resort water world...bertolak pukul 9.00 pagi dan sampailah dalam pukul 10.30 pagi...

fee untuk masuk situ bila hari biasa baru je rm35 tapi hari minggu dah rm40..tapi still berbaloi kan...

let check it out apa yang best kat sana:



oh itu mama dan baby danish..
permandangan itu adalah pantai buatan..
walaupun tak besar macam kat tempat lain..
tapi best sebab ada ombak berbunyi wisel..
~sumpah tipu~


oh gambar ni takde kaitan dengan aku..
cuma aku snap sebab nak bagi nampak suasana kat pantai buatan ni..
dan waktu ini hujan renyai-renyai telah turun..




oh..aku telah naik paip air besar tu 2 kali..
kali pertama landing tak cantik sebab jatuh kat tengah-tengah jalan..
kali ke 2 dengan kak ngah memang terbaik sebab dua-dua penakut..
nasib baik kami landing okay...


ni abah dan akim yang baru je selamat turun dari paip besar tu..
actually aku tak tahu nama apa benda alah kat atas tu so aku panggil paip besar je..



ini gambar adik aku dengan baby danish...
bukan main suka dia main air...
lain kali kita datang la ya adek..
bila adek dah besar cikit..


mama dan papa baby danish...
cuba teka muka dia macam sapa???




masuk kat waterpark pukul 11.oo pagi..kami balik setelah 3 jam bermain air..
dalam pukul 2 terus berhenti main air dan bersiap untuk balik sebab cuaca pun hujan je...
sewaktu tunggu kat entrance tu ada gajah 2 ekor dan seekor unta kat luar...bukan main busuk lagi bau diorang sampai nak muntah aku...


ni gajah-gajah busuk..


ni unta juga busuk..
unta ni asyik menguyah je...
tau la kau lapar...


selesai bermain-main air di waterpark, kitaorang ke bandar melaka untuk cari hotel penginapan pulak..last-last jumpa hotel ni..tapi tempat dia bukanlah berada di tengah-tengah bandar tapi di persimpangan ke bandar melaka..kira okaylah juga sebab dapat bilik sea view lagi...sewa semalaman pun dah rm280, bilik besar, katil 2 saiz medium..cuma bilik air tak ada tub mandi..dan dalam bilik tak da peti sejuk...

hotel ni kaler hijau sampai dalam bilik dia pun semua hijau..
nyaman betul...


kerusi ni unik giler..
nama dia kerusi panjang umur..
kerusi ni kerusi yang di buat dari akar kayu tua kot..
sebab corak dia memang macam akar pokok..
kerusi ni hanya ada kat hotel ni je..
nak panjang umur pergi la hotel ni..
hehehe...



okaylah sampai sini sudah untuk entry kali ini..
esok-esok part 2 akan bersambaung ya...

No comments:

Post a Comment