Sunday, September 26, 2010

Penghibur zaman kanak-kanak

..assalamualaikum..
hello semua...

hari ni aku nak bercerita seperti tajuk kat atas lah kan...buat apa buat tajuk cam tu kalau tak cerita pasal tu kan..kan...

pernah tak korang punya rancangan televisyen kegemaran korang masa zaman kanak-kanak rebina korang dulu...aku boleh bet punya setiap daripada korang mesti pernah ada satu atau lebih rancangan tv kesukaan korang kan...

ermmm....
kalau tanya aku, memang tersusun lah rancangan tv yang aku tak pernah tak suka zaman kanak-kanak dulu.

dulu, masa aku umur 9 tahun, kira-kira 11 tahun lepas, lepas baru pindah rumah arwah atuk, abah pasang astro walaupun masa tu tak murah macam sekarang. cerita yang aku mula-mula tengok adalah rancangan untuk kanak-kanak iaitu TELETUBBIES...seriusly, aku suka makhluk patung bergerak 4 kaler tu... sampai aku hafal step introduction diorang lagi..paling best bila diorang nak keluar mesti keluar dari bumbung rumah semi circle diorang kaler hijau rumput tu...

meh aku kenalkan kat korang kalau-kalau korang dah lupa;
Purple >>> Tinky Winky
Green >>> Dipsy
Yellow >>> Laa Laa
Red >>> Po

dan kalau korang lupa gak, mereka ni ada barang kesukaan masing-masing, tinky winky suka bag, like magic bag, banyak barang yang boleh di simpan dalam bag merah kecik dia tu...Dipsy suka topi tinggi kaler hitam putih tompok-tompok, dia selalu pakai topi tu dan perasan hensem biar muka gelap pun...hehehe...Laa Laa si kuning ni suka main bola besar dari kepala dia yang kaler oren tu...paling aku suka, Po ada scooter merah, dia suka naik scooter tu sambil cakap scooter Po...dan kalau di ingatkan balik aku ada patung si Po ni sebesar lengan kot...comel tapi akhirnya ia di conteng dan seterusnya di bakar kerana sudah koyak..sayangnya...


selain TELETUBBIES comel ni, aku suka juga tengok rancangan ni, lepas tu practice nyanyi walaupun suara tak sedap macam siti nurhaliza tapi sebab dah terpengaruh, ada aku kisah...
BARNEY & Friends...dinosour besar kaler purple kaler kesukaan sejak bayi, ~nampak sangat penipu~<<<>


apa yang paling korang suka dalam rancangan Barney si purple bersama kanak-kanak kecil yang datang kat sekolah tu setiap petang untuk beriadah????????

kalau aku, aku suka pada rumah pokok diorang yang besar dan macam -macam ada...lepas tu boleh pulak nyanyi-nyanyi lagu sambil menari-nari riang ria cuti petang hari...hehehehe...tapi paling aku suka lagu masa nak ucap good bye tu..."I love you, you love me, we are happy family........" sungguh aku suka lagu tu walaupun dah bertahun-tahun....

dalam Barney & friends ni ada Selena Gomez dan Demi Lovato tau..muka zaman kecik diorang chomey sungguh...selain dari barney si dinosour, ada lagi dua ekor dinosour berkaler hijau pink bernama Baby Bop dan B.J, si dinosour kaler kuning hijau...


habis cerita rancangan tv yang aku suka...nak cerita pasal barang permainan pulak..

kalau ikutkan dulu semua kanak-kanak perempuan membesar dengan ada sekurang-kurangnya seekor patung Barbie tapi percaya atau tak aku tak pernah ada...bukan abah dan mama tak nak beli sebab mahal tak ingat tapi mereka tak beli sebab aku yang tak nak dan tak suka...
wawawawa....patung budak perempuan pakai baju cantik bukanlah taste aku nak main pondok-pondok...aku membesar seorang diri sambil main patung power rangers dan masked rider yang dulu-dulu abang aku punya...main bear saiz kecil pun hadiah orang bagi kat aku waktu dulu-dulu...

tambahan pulak, zaman tu dah ada game yang pakai remote control tu, alaaa yang macam PS or XBOX tapi version pakai tape lagi tak macam sekarang boleh pakai CD or memory je nak main game, lagi canggih main PSP, boleh di letak dalam poket dan dibawa kemana sahaja..tapi korang tahu tak abah aku tak pernah teringin pun nak belikan kami adik-beradik permainan video yang canggih tu kecuali untuk abang aku sewaktu dia dapat SPM dengan cemerlang dulu-dulu...

okay, kaitannya dengan zaman kanak-kanak aku ialah aku membesar dengan canggihnya sehingga terabai patung-patung gadis berbaju lawa, rumah doll yang chomel lotel, dan set memasak yang ada kelengkapan dapur..yang aku ada pun Play-doh je..tu pun main 3 ke 4 kali dah bosan dan akhirnya benda tu dah mengeras dan dibuang begitu saja...


motif gambar di atas: >>> power rangers pertama yang aku tergila-gila masa kecik dulu...
suka sangat...sampai patung-patung berukuran sebesar tapak tangan menjadi koleksi aku..
tapi zaman adik aku lagi banyak, tu yang dia punya lah...
zaman aku dah hilang tak pun dah patah retak sejuta...




okay, dah habis cerita pasal aku...dah bosan...kalau nak share cerita korang, tulis lah komen..tu pun kalau nak tulis lah...komen anda di alu-alukan sangat....



Saturday, September 18, 2010

cerita raya

assalamualaikum semua....

seperti yang di janjikan aku nak cerita pasal kisah raya aku pada korang...
walaupun biasa-biasa saja tapi ada yang indah dalam raya kali ni...


1st day raya

bangun pagi tolong mama hidang makanan kat depan, sementara abah, hakim , dan abang pergi sembahyang raya. kak ngah tak ada sebab beraya rumah mertua dia dulu, so aku yang ada ni kena tolong mama siapkan semua perkara kat rumah sebelum orang datang beraya. tapi tahu tak yang dalam pukul 10.30 ke 11.30 aku boleh tertidur balik sebab penat sangat...dahsyat..siap-siap mandi, makan, ayah cik, auntie abby, dan nenek aku datang beraya. ayah cik tu adik lelaki mama yang ke 5... kemudiannya, mak cik aku, adik mama yang ke 4 pulak datang dengan family dia...so, memang meriahlah rumah aku dengan orang ramai...

kemudian, dah pukul 4 lebih baru kitaorang keluar pergi rumah mek, nenek saudara aku kat wakaf mek zainab...hehehe..kelakar sikit nama tempat tu tapi tempat tu kawasan kampung dalam bandar okay. akhirnya dah juga jumpa acu yang dah lama tak jumpa, hehehe..tengok-tengok bandar kami hampir sama saiz..tak apa acu, makanlah kita selagi kita ada selera...kan kan kan...

lepas tu, bergerak pulak ke rumah cik nah, sepupu mama...ingatkan tak ada kat rumah tapi nasib baik ada...nak tahu tak kat rumah tu aja aku dapat duit raya dari tiga orang, first cik nah, kedua kak nani, dan abang anan...hehehe..dah besar pun dapat duit raya lagi tak malu betul..


tersenyum lebar sebab dapat duit raya
baju biru kain cotton yang mama sediakan ni memang best..
hari raya pertama warna biru dari kepala sampat buku lali..
kaki warna brown..beg kaler sweet pink..macthing dengan gelung pink kat baju..



aku dan akim..
beza 6 tahun kami tak nampak bezanya..
dia makin hari makin besar dari aku..
makin tinggi..dan aku jealous..


2nd day

hari kedua raya, petang tu tak buat apa-apa sebab tak tahu nak pergi mana..so, akhirnya decide pergi rumah auntie lewat petang sudah tapi dapat makan jugak kuih raya auntie yang agak best..
lepas tu pergi rumah cik yah yang paling dekat dengan rumah aku...akhirnya dapat tengok syamil naufal yang chomel...

~gambar ada tapi sangat gelap sebab salah set camera, so picture tak dinyatakan ya~

3rd day

hari ketiga, ermmm...just tak ada yang istimewa..tapi tiba giliran pergi beraya rumah kawan-kawan abah, oleh kerana abah aku anak yatim piatu dan saudara mara dia jauh, maka rumah sahabat-sahabat baik dia sahaja menjadi persinggahan untuk dia...yelah, time raya macam ni je mereka boleh jumpa sebab semuanya dah pencen...tinggal abah aku je belum lagi...
sebelum balik rumah, aku pun nyatakan hasrat yang berbunyi "ma, sedapnya sate, dah lama tak makan" dan adik aku menyelit, "kak farah pun cakap semalam nak makan, huhuhu..kita makan sate je lah malam ni" dan abah aku pun, " boleh je, beli sate kat sate malaysia, beli banyak-banyak terus".. dan memang banyak gila sate malam tu, dan yang tukang habiskan sate yang berpuluh-puluh pucuk tu adalah aku, kak farah dan akim..kami geng badan besar...hehehe...

Sate Malaysia nama di beri..
Di hari raya tetap di kunjungi..
tempat ni tak pernah tak penuh walaupun hari biasa..
percaya lah sate mereka best gila..


4th day

tak ada yang lain kecuali first meeting aku dengan akif iman, anak asuhan mama yang baru, adik kepada ummu habibah si kakak yang nakal...parents dia buat akikah untuk akif so, kitaorang pergilah...maybe lepas ni aku nak sayang akif la pulak, lupakan kakaknya yang nakal tu..hehehe..


cute baby akif iman...
sleeping boy..


5th day

rumah terbuka cik chik...mak cik aku yang ke 4...abah kena kerja jauh so, pergi dengan abang ipar aku la jawabnya..makan laksa lemak yang sangat lazat penuh berkrim...kat sana akhirnya jumpa jugak dengan dua pupu aku yang sebaya aku...dah lama kot tak jumpa dia...last pun masa kakak aku kahwin dulu tu pun tak borak banyak-banyak..kali ni kami pun macam malu-malau kerbau je..al maklum lah dah besar sorang-sorang...huhuhu...



7th day

shopping time......
hehehe..macam biasa sebelum balik kolej kena pergi shopping dulu. actually, aku nak beli ink untuk printer then abah offer beli headphone sekali, so grab jelah peluang tu dan pilih yang elok sekali tapi harga still berpatutan jugak lah...white kaler..sekarang mouse aku tak sorang-sorang lagi berkaler putih untuk bersama laptop... hehehe...





okaylah..dah banyak sangat cerita raya aku...kalau ada lagi aku cerita lagi....huhuhuhu...

Thursday, September 9, 2010

selamat hari raya aidilfitri...

assalamualaikum semua!!!!!

di sini, aku nak ucapkan Selamat hari raya aildilfitri..maaf zahir dan batin kepada semua umat islam...diharap lebaran ini membawa seribu makna kepada kalian semua..

okaylah..entri ni tak dapat nak update gambar coz right now I'm using my abah laptop, so agak susah nak upload gambar sebab internet pun agak lembab...semuanya AGAK sebab AGAK...
ya allah apa aku merepek meraban ni...

tatatititutu.....salam lebaran untuk semua....


p/s: cerita raya akan menyusul sekiranya internet di rumah ku yang gila-gila ni sudah menjadi sedikit siuman....hehehe

Monday, September 6, 2010

jangan kacau adik ahhh...

ATTENTION PLEASE!!!..

bukan cerita jepun yang itu okay..

okay, entry sebenarnya bertujuan untuk wish happy birthday to my lovely nephew yang baru je menginjak usia 16 tahun.

HAPPY BIRTHDAY ANGAH!!!!!!!!!



nephew?????? yes..I do have actually 5 nephew and all of them are boys.

diorang ni semua anak sepupu aku. dia anak mak lang aku, kakak abah aku...so, aku yang muda-muda lagi ni dah jadi mak sepupu pada 5 orang budak lelaki.. yang sulung pun beza 2 tahun je dengan aku...actually, aku jarang mengaku yang aku ni mak sepupu tapi lebih kepada kakak..hehehe...biasalah takkan muda-muda dah nak jadi mak sepupu kot...tak mau okay...

okay, cerita pasal angah ni, masa aku berusia 6 ke 7 tahun, dia baru 2/3 tahun la...Satu ketika dulu, kami yang dah besar-besar sikit dari dia ni kacaulah dia dengan tarik seluar dan cubit pipi tembam dia, then dengan automatiknya terkeluarlah ayat "jangan acau adik ahhh" dan kata-kata tu sampai sekarang kitaorang guna untuk usik dia dan muka dia akan jadi merah sebab malu...memang seronok bila cerita kisah yang lalu sampai tak tersedar yang masa berlalu sangat pantas..diam tak diam aku dah dewasa dan mereka pun dah besar panjang...


p/s: mesti kak farah baca ni pun akan tersenyum sebab kak farah yang tarik seluar dia dulu sampai ayat "jangan kacau adik ahh..." tu terkeluar....

~~~~~~~~************~~~~~~~~~~~~**********

see you later..
next entri aku cerita pasal raya plak okay...

to anis: selamat hari raya. awak dah balik, kita duduk kat kolej lagi sebab ada lagi 1 paper..huhuuhu...take care, jumpa lepas raya ya sayang..GeoNill...<<<

Saturday, September 4, 2010

kekasih gelap kami...

assalamualaikum semua...

hehehe..entry sebenarnya saja-saja suka-suki nak post sebenarnya untuk uji tahap kelajuan internet kolej serta selingan untuk aku yang tengah bertungkus lumus siapkan assignment MPA yang stand for Management Principles and Application ni..wah sangat tension buat assignment ni..so, aku post la entry yang menjadi penenang jiwa ni..hehehe..(tak ada kaitan langsung)..

okay seperti tajuk utama di atas...kekasih gelap kami..siapa kami???? kami budak kolej legenda ambik jurusan HnD in Construction..maksudnya budak CE, ARchi, and QS.....

so, mai lah ramai-ramai tengok kami punya kekasih gelap ni...

we start with:

syak dan choi minho (shinee)
ermm..kenapa minho walaupun syak suka ramai lelaki lain..
sebab dia letak gambar minho kat ym dia..
so, aku bet dia sekarang tengah suka kat minho ni..

second with;

cik kathy with kim junsu (2PM)
nama FB dia sampai Stawberi kim junsu..
punyalah setia dengan junsu yang satu..
en. hafiz nak letak mana kathy?????


third with;
yana dan lee minho aka goojunpyo
dia start suka lelaki kacak ini lepas tengok BOF..
punya lah jatuh cinta sampai di ulang BOF tu banyak kali sampai hafal..
semoga kekal bercinta di alam mimpi ya yana...hehehe
tapi how about your mr. F??

next, with;

nisa and nickhun (2PM)..
even nickhun dah kahwin fake dengan orang lain pun
nisa setia je dengan dia..
en. amir tak marah tak apa la kot...hehehe..
by the way, nickhun memang comel..

then, we already know about it ;

meet anis and kyuhyun jung..hehehe..
kyuhyun evil and anis cute...
pasangan serasi sebab ntahlah..
tak tau nak cakap apa..
nak tengok kyuhyun dengan anis lagi klik sini

last but not least, it's me:

donghae and my self, eisya..
actually, dah berpuluh-puluh kali aku cerita pasal lelaki ni..
korang pun dah bosan kan..
tapi ada aku kisah..
aku punya suka la nak post..
hehehe...
walaupun ramai lelaki kacak lain datang,
tapi aku setia dengan dia seorang saja..


okay lah sampai di sini sahaja berita kekasih gelap berkulit cerah kami ini..
lain kali ada cerita kita sambung lagi..

p/s:
my sister sendiri pun dah tersuka dengan super junior and kpop song..
siap post marah-marah manja lagi kat aku di FB..
katanya aku la yang ajar dia dengar lagu suju...malah dia siap download mv suju lagi...
to my sister, welcome to kpop song and suju fanclub...
hehehe...

Thursday, September 2, 2010

update oh update

assalamualaikum semua...

ni quick update ya...sebab lately ni busy gila, sekarang ni pun aku tengah menyibukkan diri buat nota nak exam CECA esok. okay, kawan aku tanya CECA tu apa, CECA tu shortform untuk Civil Engineering Construction A...dah jelas sekarang????????? harap sudah ya....hehehe...

30/08/2010, kak ngah datang ambik aku kat kolej sebab nak ajak aku pergi shopping esoknya. so, lepas ambik aku, kami pergi uniten untuk ambik kak farah aku pulak. then, kitaorang singgah kat bazar ramadhan di Bangi..wah, berpinar-pinar mata aku tengok banyak gila makanan yang aku suka dan teringin nak makan. last-last aku beli, ikan talapia bakar yang memang menjilat jari sampai kering laa...malam tu, kami pergi uptown kat shah alam, dan malam itu juga aku borong sampai 2 buah beg untuk raya. memang terbaiklah uptown tu sebab bag-bag kat sana memang update gila..semuanya cantik-cantik belaka.


esoknya, 31/08/2010, kami bertolak dari kajang ke jalan TAR tuk shopping dekat pukul 2.30 petang lepas kak ngah kerja. on the way nak masuk KL tak lah jam tapi dah nak masuk area SOGO..mak aiii memang terbaiklah jalan..Jammed yang sesak tapi boleh di selamatkan lagi lah sebab ada polis traffik yang jaga...beli punya beli, dekat 2 rat jugak la aku habis..akhirnya dengan itu, aku dah beli sepasang baju kurung dan sehelai selendang. tapi masih ada persiapan raya aku yang belum lengkap. kasut raya belum ada lagi..so, kak ngah janji nak pergi shopping kat KB pulak bila balik nanti...insyaallah sempat kot shopping kat sana...

1/09/2010...balik kolej, kakngah dan abang ewan yang hantar. so, jimat aku punya duit tambang KTM dan teksi...balik tidur kejap. lepas berbuka saja terus menempatkan diri depan laptop buat assignment Design Principles and Application (DPA). semalaman juga aku tak tidur buat assignment yang macam nak pecah kepala otak sertajiwa raga menjadi kacau...tepat jam 12 tgh hari tadi baru siap dan hantar pukul 3...lepas je hantar assignment kat school, balik terus menempatkan diri kat atas katil, tanpa perlu berkata banyak aku terus terlelap sampailah petang jam 6..keluar pergi bazar beli makanan nak berbuka...

2/09/2010...jam 10.30 malam, mula menempatkan diri depan laptop lagi sekali, dengar lagu-lagu bahasa korea sambil menghafal serta menulis nota untuk exam esok...

3/09/2010...aku ada exam pukul 3.00 petang...wish me luck..okay...
and good luck to all of you too...untuk siapa-siapa yang juga ambik exam mid-term, baik budak kolej ni atau budak kolej lain...hehehe...

okaylah.. selamat bersahur dan semoga hari-hari anda bahagia....

tatatititutu