Saturday, September 18, 2010

cerita raya

assalamualaikum semua....

seperti yang di janjikan aku nak cerita pasal kisah raya aku pada korang...
walaupun biasa-biasa saja tapi ada yang indah dalam raya kali ni...


1st day raya

bangun pagi tolong mama hidang makanan kat depan, sementara abah, hakim , dan abang pergi sembahyang raya. kak ngah tak ada sebab beraya rumah mertua dia dulu, so aku yang ada ni kena tolong mama siapkan semua perkara kat rumah sebelum orang datang beraya. tapi tahu tak yang dalam pukul 10.30 ke 11.30 aku boleh tertidur balik sebab penat sangat...dahsyat..siap-siap mandi, makan, ayah cik, auntie abby, dan nenek aku datang beraya. ayah cik tu adik lelaki mama yang ke 5... kemudiannya, mak cik aku, adik mama yang ke 4 pulak datang dengan family dia...so, memang meriahlah rumah aku dengan orang ramai...

kemudian, dah pukul 4 lebih baru kitaorang keluar pergi rumah mek, nenek saudara aku kat wakaf mek zainab...hehehe..kelakar sikit nama tempat tu tapi tempat tu kawasan kampung dalam bandar okay. akhirnya dah juga jumpa acu yang dah lama tak jumpa, hehehe..tengok-tengok bandar kami hampir sama saiz..tak apa acu, makanlah kita selagi kita ada selera...kan kan kan...

lepas tu, bergerak pulak ke rumah cik nah, sepupu mama...ingatkan tak ada kat rumah tapi nasib baik ada...nak tahu tak kat rumah tu aja aku dapat duit raya dari tiga orang, first cik nah, kedua kak nani, dan abang anan...hehehe..dah besar pun dapat duit raya lagi tak malu betul..


tersenyum lebar sebab dapat duit raya
baju biru kain cotton yang mama sediakan ni memang best..
hari raya pertama warna biru dari kepala sampat buku lali..
kaki warna brown..beg kaler sweet pink..macthing dengan gelung pink kat baju..



aku dan akim..
beza 6 tahun kami tak nampak bezanya..
dia makin hari makin besar dari aku..
makin tinggi..dan aku jealous..


2nd day

hari kedua raya, petang tu tak buat apa-apa sebab tak tahu nak pergi mana..so, akhirnya decide pergi rumah auntie lewat petang sudah tapi dapat makan jugak kuih raya auntie yang agak best..
lepas tu pergi rumah cik yah yang paling dekat dengan rumah aku...akhirnya dapat tengok syamil naufal yang chomel...

~gambar ada tapi sangat gelap sebab salah set camera, so picture tak dinyatakan ya~

3rd day

hari ketiga, ermmm...just tak ada yang istimewa..tapi tiba giliran pergi beraya rumah kawan-kawan abah, oleh kerana abah aku anak yatim piatu dan saudara mara dia jauh, maka rumah sahabat-sahabat baik dia sahaja menjadi persinggahan untuk dia...yelah, time raya macam ni je mereka boleh jumpa sebab semuanya dah pencen...tinggal abah aku je belum lagi...
sebelum balik rumah, aku pun nyatakan hasrat yang berbunyi "ma, sedapnya sate, dah lama tak makan" dan adik aku menyelit, "kak farah pun cakap semalam nak makan, huhuhu..kita makan sate je lah malam ni" dan abah aku pun, " boleh je, beli sate kat sate malaysia, beli banyak-banyak terus".. dan memang banyak gila sate malam tu, dan yang tukang habiskan sate yang berpuluh-puluh pucuk tu adalah aku, kak farah dan akim..kami geng badan besar...hehehe...

Sate Malaysia nama di beri..
Di hari raya tetap di kunjungi..
tempat ni tak pernah tak penuh walaupun hari biasa..
percaya lah sate mereka best gila..


4th day

tak ada yang lain kecuali first meeting aku dengan akif iman, anak asuhan mama yang baru, adik kepada ummu habibah si kakak yang nakal...parents dia buat akikah untuk akif so, kitaorang pergilah...maybe lepas ni aku nak sayang akif la pulak, lupakan kakaknya yang nakal tu..hehehe..


cute baby akif iman...
sleeping boy..


5th day

rumah terbuka cik chik...mak cik aku yang ke 4...abah kena kerja jauh so, pergi dengan abang ipar aku la jawabnya..makan laksa lemak yang sangat lazat penuh berkrim...kat sana akhirnya jumpa jugak dengan dua pupu aku yang sebaya aku...dah lama kot tak jumpa dia...last pun masa kakak aku kahwin dulu tu pun tak borak banyak-banyak..kali ni kami pun macam malu-malau kerbau je..al maklum lah dah besar sorang-sorang...huhuhu...



7th day

shopping time......
hehehe..macam biasa sebelum balik kolej kena pergi shopping dulu. actually, aku nak beli ink untuk printer then abah offer beli headphone sekali, so grab jelah peluang tu dan pilih yang elok sekali tapi harga still berpatutan jugak lah...white kaler..sekarang mouse aku tak sorang-sorang lagi berkaler putih untuk bersama laptop... hehehe...





okaylah..dah banyak sangat cerita raya aku...kalau ada lagi aku cerita lagi....huhuhuhu...

No comments:

Post a Comment