Tuesday, September 20, 2011

Mara Camp 2 day 1 night

assalamualaikum semua..
hello!! apa khabar?????

hope semua sihat sejahtera hendaknya..


cerita aku kali ni cuma pasal camp or lebih senang di kenali sebagai "Program Keterampilan Graduan -Get That job- Dan Pameran Kerjaya" bertempat di KTTM Rembau, Negeri Sembilan selama 2 hari 1 malam pada 14 dan 15 September 2011 baru-baru ni..


bila dapat je berita pasal camp ni, aku teruja gila sebab dah lama tak menyertai apa-apa camp selepas sekolah dulu..

segala keperluan telah dia sediakan kat sana, tinggal bawak barang peribadi dan kelengkapan diri je..asrama, tilam, bantal dan selimut dah di sediakan tapi malangnya selimut tu tak ditepati janjinya...


14 september 2011, hari pertama...


bangun seawal 5.30 pagi untuk siap-siap sebab 6.30 pagi dah kena ada kat A4 untuk check attendance dan berkumpul serta naik bas..bertolak dalam pukul 8 pagi..

sampai kat KKTM Rembau dalam jam 9 pagi, registerkan diri dulu then register bilik sekali, sebilik dengan aku ialah Katy and Hanis..hehehe..


muka-muka ceria sebab dapat file dan tag



jam 10.30 pagi, acara dah start tapi ya ampun laparnya bukan kepalang.. nasib baik dalam 11.30 pagi mereka hidangkan kami dengan karipap sedap dan air teh untuk minum pagi..

lepas makan, sambung balik ceramah pasal macam mana nak cari kerja bagai tu..badan dah penat, pukul 12.30 tghhari, mereka lepaskan kami semua peserta ni check in bilik dan makan tengahari kat dewan makan.. serius bila nak pergi makan tu, aku rasa KKTM tu macam sekolah berasrama penuh sebab ada dewan makan, asrama macam sekolah..atau mungkin kami student Kolej Legenda ni dah terbiasa dimanjakan dengan segala keperluan diri yang lengkap.. mana nak dapat kolej bagi student mereka duduk apartment oii...

lupakan kolej legenda kejap...dah check in, dah makan, dah solat semua..acara bermula lagi.. petang tu, tersangat la penat sampai nak bukak mata masa penceramah tu cakap pun aku tak larat.. yang aku buat ialah pasang MP4 dan dengar lagu...hilang sikit ngantuk aku..


pukul 4.30 ptg , mereka lepaskan kami balik awal sebab kesian tengok kitaorg bosan dan penat..
balik, solat asar, mandi, tido, makan malam dan solat maghrib terus prepare tuk sesi malam pula..ceramah waktu malam tak ada lah ngantuk sangat sebab dah segar bugar..


habis je ceramah malam tu terus masuk bilik, solat isyak dan apa lagi..tido la.. malangnya aku dan katy ambil masa dalam 30 minit berbual sebelum tido..hanis dah hanyut lama dah..

senyum dimalam hari
Selamat Malam




15th September 2011, hari terakhir...

cuaca hari tu sangat la baik..bangun seawal pukul 6.30 tuk solat subuh dan mandi..selesai mandi baru siap2 pergi sarapan dan ke hall tuk sambung seisi ceramah..


bila bosan, aktiviti bergambar menjadi pujaan hati


tengahari tu barulah ada pameran kerjaya dimana semua student boleh bagi nama tuk mencari peluang pekerjaan di mana-mana company ynag berkaitan..


aku ada lah daftar dengan jobsmalaysia dan satu company tuk kerja...saja cuba-cuba nasib..siapa tahu kan untung rezeki aku dapat..


acara diteruskan dengan ceramah pasal cara-cara untuk mendapatkan peluang pinjaman dari Mara dan cara-cara pembayaran pinjaman dari mara..

last, sekali ialah acara penutup oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA..
dah habis acara, tiba masa untuk pulang ke kolej...

ucapan dari tetamu kehormat


sambil-sambil menanti ketibaan Bas kolej, activity camerawhore adalah wajib!!!!!


3 Sahabat

Katy, Hanis, Aku, kak Anis, Syera

pose terakhir di KKTM Rembau

sebahagian lagi budak-budak kolej yang masih menanti bas sampai


at the end, it's me













so, end of the story..
tata
see you soon
for my weekend update


No comments:

Post a Comment