Saturday, July 16, 2011

cerita lama tapi nak share jugak...

assalamualaikum semua!!!!!!!!!!!!


actually, tadi petang nak dekat dengan maghrib aku tiba-tiba kesejukan dan suhu badan semakin panas dari kebiasaan.. aku memang dah batuk and selsema masa kat KB lagi tapi petang tadi makin teruk...

berbungkus dengan comforter yang tebal pun tak hilang lagi gigil aku, so bukak loker ambik sweater yang berkurun aku simpan tak pakai sebab tebal sangat.. pakai sweater tu baru hilang sikit aku punya gigil...then, telan ubat demam sebiji, ubat selsema sebiji, dan seteguk penutup ubat batuk...baring atas katil terus tidur...
beberapa jam kemudian aku terjaga sebab dah rasa panas...dari pukul 8 mlm tadi smpai pukul 12 tgh mlm baru aku sedar dari tidur...

bangun-bangun je terus bukak laptop sebab teringat nak buat proposal untuk thesis individu aku...


Kesian kat aku sebab tiba-tiba kena Demam balik, dah la sebelum balik KB hari tu dah demam dah...








tapi kan bukan cerita aku demam yang aku nak cerita sangat tapi pengalaman aku masa aku balik KB hari tu...

hari ahad bersamaan dengan 3hb Julai 2011, aku keluar dengan kak farah aku pergi jalan-jalan dan makan-makan kat KB Mall...then lepas tu kitaorang pergi la pantai PCB.. best dapat hirup udara segar masa kat pantai tapi pantai PCB tu dah tak boleh mandi-manda sangat sebab pantai dia dah makin dalam dan tak selamat untuk orang awam...



Pantai Cahaya Bulan (PBC)

Me and My Sister..
dia tengak khusyuk layan handphone


Me alone...
best dapat hirup udara kat pantai ni..




rata-rata orang yang datang kat situ untuk ambil angin dan jalan-jalan...


tapi al kisahnya ada la sepasang couple, si lelaki dan si perempuan ni datang kat situ berdating bagai...dating saja tak apa tapi buat sesuatu yang tak elok orang pandang.. walaupun aku duduk jauh sikit dari mereka berdua ni tapi mata 4 aku tak buta lagi tau untuk mendefinisikan apa yang diaorang tengah buat...

si perempuan tergedik-gedik letak kepala dia kat paha si lelaki tu.. manja-manja.. menyampah aku..bukan setakat kakak aku dan aku je tengok semua orang yang kat situ pandang diorang tau...bukan tu je dah macam si perempuan tu nk duduk atas paha si lelaki tu sudah..


please la abang dan kakak oiii..malu la sikit..kalau dah tak tahan sangat, nuh pergi check in kat PCB resort ambil bilik ke apa...


dah la malas nak cerita banyak-banyak buat tambah dosa aku je...
hehehe

bai bai semua...
semoga cerita aku jadi teladan supaya jangan buat hal-hal tak senonoh kat public..buat malu muka sendiri je..<<<---juga peringatan untuk aku juga...


p/s: sorry kalau bahasa aku kasar sikit tapi yelah kalau korang pun mesti bengang tengok scene tak berbayar kat depan mata kan...






No comments:

Post a Comment