Monday, July 12, 2010

Sem baru, Azam pun baru jugak...

assalamualaikum semua...

berita baik: aku dah start semester baru....semester H2 untuk program HnD in Civil Engineering.
setelah H1+ menjadi satu kenangan terindah dalam hidup aku...serius, banyak gila momen-momen indah yang terlakar ketika semester lepas. antaranya, outing dengan gang kat sunway pyramid, sambutan birthday kathy, dapat lesen L dan banyak lagi...

semester ni aku ambil 4 subject untuk H2 in HnD..
  1. Civil Engineering Construction A (CECA)
  2. Design Principle and Application (DPA)
  3. Structural Analysis and Design (SAD)
  4. Management Principle and Application (MPA)
tadi dah pergi kelas CECA tu..Okaylah subject tu...basicnya dah belajar sebelum ni tapi banyak jugak yang aku lupa, so kena refer balik note lama...hahahahaha.....

cakap pasal azam, aku memang tanam azam baru sempena semester baru yang menunjukkan yang aku tinggal beberapa sem lagi nak habis..hahahaha...(padahal ada 3 sem lagi nak habis)
azam aku untuk semester ni ialah, tak nak ponteng kelas sebab malas, boleh ponteng tapi sebab sakit atau sebab kecemasan sahaja..kehadiran untuk sem lepas sangat memuaskan bila dapat 97% daripada 100% kedatangan..okaylah tu just ponteng 3 atau 4 kali je kot...
lagi satu, nak buat assignment betul-betul sampai dapat Distriction untuk semua subject sebab sangat jealous dengan budak-budak senior aku yang dapat assignment D je...huhuhu..
jealous aku sangat bagus untuk meningkatkan tahap usaha demi mencapainya...

cakap pasal sem baru mesti ada result sem lepaskan..result aku okaylah, cukup untuk puaskan hati aku dan family aku. dah bagi tahu mama tadi, dia macam happy jugak aku dapat result tu daripada teruk sangat...berbaloi jugak lah aku kena macam-macam sem lepas, mungkin ni hikmah yang aku dapat setelah aku diduga...betullah kata orang, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya...

p/s: memori yang tak berapa nak best pun banyak jugak tapi buat apa nak cerita kalau hanya akan menambah sakit dihati...aku dengan sepenuh hati maafkan mereka tapi belum sepenuh hati menerima mereka kembali...selagi parut dihati masih belum sembuh, selagi itu akan aku kenang setiap yang berlaku...bagi aku memaafkan itu boleh tapi melupakan itu tidak.

~maafkan aku sekiranya entri ni menyebabkan anda bosan..sebab aku pun bosan dan tak ada idea nak tulis apa..hehehe~

No comments:

Post a Comment