Thursday, May 13, 2010

concrete lab jadi huru hara

hahaha...aku suka betul curi tajuk album kathy kat facebook...hehehe..sorry sorry!!!(mula nyanyi lagu super junior sekarang)

selepas buat presentation hari jumaat lepas tuk subject science and material, kami kembali lagi ke concrete lab tuk buat test untuk concrete. serius memang best giler. kelas pukul 2 tapi aku dan geng aku datang pukul 2.30 petang kot, cuma nisa sahaja yang pergi awal. geng budak lelaki dah terpacak menunggu kami. hehehee....

mula-mula proses nak buat pun dah kecoh dengan lawak-lawak antarabangsa kami yang jakun sedikit pasal nak buat concrete ni. kalau ada yang tahu pun cuma budak-budak sekolah teknik jelah macam aku, syak dan kathy. dah siap timbang segala bagai bahan macam pasir, simen, batu dan air, proses untuk bancuh concrete di mulakan. sebelum itu, kenalah sediakan acuan segi empat tang agak berat nak pasang. hehehe...credit to me and yana yang pasang benda alah itu. credit also to rafiq and sham yang tolong ketatkan skru acuan.
~eh..sediakan benda alah dengan bahan-bahan dan acuan ni macam nak buat kek dan kuih la pulak.~

apa-apa pun test kitaorang menjadi. slump test pun tak collapse dan taklah jadi sangat. sangat bagus bak kat mr.sudesh. by the way, thanks to sir yang layan kami semua yang macam budak-budak akal gila..

so proses itu di teruskan lagi dengan mengisi concrete dalam 3 acuan segi empat. dah tu si Mus boleh pulak main-main dengan kiraan hentakkan semasa nak ratakan benda ni. sungguh kau memang pelik mus..hehehe..credit untuk semua yang terlibat dalam proses buat concrete pada rabu lepas dan thanks to all sebab huru harakan concrete lab ni sampai dah tak nampak rupa lab dah...hehehe...


muka-muka gembira sebab test concrete menjadi.
tengok lah sir sampai dua-dua tangan dia angkat buat peace.
utamakan keselamatan ya..
walaupun kami langsung tak utamakan apa-apa pun..
semua pakai selipar n tak pakai gloves masa test.


syak sangat suka bermain concrete sebab macam nak buat kek coklat.
~syak, jangan marah ya~


geng budak lelaki yang satu kepala dengan geng kami.
apa-apa pun korang terbaik punya.
~pasal kepala zul dan jenny terteleng tu~


dah penat buat concrete, tibalah masa untuk camwhore plak.
thanks to yana sebab ambikkan gambar yang sangat supercute..
hehehe...


luvletter: korang yang terbaik. classmate yang superbest. geng yang satu kepala, jiwa sama sempoi, kepala sama gila dan hati sama kusut. hahaha....~aku pon tak tahu apa yang aku merepek ni.~

No comments:

Post a Comment