Saturday, August 28, 2010

10 jam sebagai ganti 45 minit

assalamualaikum semua...

okay, hari ni nak cerita kat anda semua pasal aku..bukan lagi pasal awek or pakwe gantang dari korea..everything in this entry today about me, okay...

kita akan start bermula dari hari:

~khamis~26th august
kelas pukul 11.00 pagi tapi sampai pukul 11.20, still x penuh lagi..kesian kat sir..masuk kelas MPA nak bincang pasal exam question tapi otak aku tengah fikir sempat tak nak siapkan assignment CECA..due date esoknya..alahai!!!otak sekarang penuh dengan cerita assignment saja..bila nak fikir pasal raya, aku sakit hati gila..exam pun dah nak dekat..okay, berbalik kepada cerita hari khamis, lepas kelas balik rumah, ingat nak tidur tapi terpaksa buka laptop, buat assignment sebab mood tengah baik..lepas 1jam lebih tengok assignment, aku tidur dekat 1 jam lebih jugak..pukul 6.30 petang ada kelas..huhuhu...tapi sampai kelas pukul 7 mlm sebab cari makanan nak buat berbuka...balik kelas pukul 10...penat gila tapi aku kena kuatkan diri juga..
dah sampai rumah, lepak kejap dengan yana, nisa, syak dan katy..borak-borak sambil aku main baking life..hehehehe....pukul 12.00 tengah malam baru aku start balik buat assignment yang tinggal 3 ke 4 task lagi...seriously, aku tak rehat langsung lepas tu sampai lah pukul 6.45 pagi hari jumaat...

~jumaat~27th august
tidur pukul 7.00 pagi dan bangun pukul 7.45 pagi..kelas pukul 8.00 pagi tapi datang pukul 8.20 pagi dan hanya ada beberapa orang saja...nasib baik madam tak start kelas lagi...okay dalam kelas mengantuk gila sebab tidur selama 45 minit saja..tapi aku kena buat-buat segar supaya aku dapat concentrate kelas SAD...kelas habis pukul 10.00 pagi then sambung kelas MPA sampai pukul 12.00 tgh hari...Sir pulak tak habis-habis nak terang pasal exam dan assignment dia..kepala otak aku sekarang fikir nak balik je..penat dan mengantuk gila...balik kelas, sampai rumah siapkan assignment yang tinggal 10 % je lagi nak siap, lepas itu print dan hantar pukul 3.15 petang...balik rumah je ingat nak tidur tapi mata aku masih celik untuk melihat movie dalam external nisa..gatal betul tadi kata nak tidur sangat-sangat...sampai ke malam aku still lagi terjaga sehinggalah aku tertidur dengan sendiri dalam keadaan lampu bilik terang bernyala dan pintu terbuka luasnya..nasib baik yana dan nisa tak tidur lagi...

~sabtu~28th august
aku tidur dalam pukul 1 pagi dan tersedar pukul 5.00 pagi..dan berjaga sehinggalah pukul 10.30 pagi setelah selesai tengok movie DEATH BELL kat youtube...nasib baik tengok waktu pagi, kalau malam, memang aku tak tengok...dah tu sambung tidur sampai pukul 11.30 pagi..lepas tu buka mata tengok baking life, tunggu yana dan nisa balik..sebab ingat nak keluar pergi seremban cari baju raya tapi malangnya duit mara diaorang tak masuk lagi...kesian kat diorang...then, aku boleh sambung tidur balik sampailah pukul 5.30 petang tadi...memang dahsyat...

boleh dikatakan aku dah tidur dekat 10 jam untuk gantikan masa tidur aku yang hanya 45 minit di waktu pagi semalam...seriously, aku memang mengantuk sampai aku tak sedar masa berlalu dengan pantasnya...


okaylah sampai sini sahajalah cerita aku untuk 2 hari ni...aku pun tak suka sangat nak merepek banyak-banyak kat sini...

p/s: janji dengan my angah pada 31 ogos ni nak keluar cari baju raya..horay!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment