Monday, November 15, 2010

Tag dari Hunnies Khusut

salam 1 malaysia semua...

entry ini nak jawab seisi temuduga dari cik hunnies khusut yang chomel lote....


nama kamu apa? nama penuh tau, taknak nama glamer

nama penuh ikut IC: NURISA ANUM BINTI AMAN
nama glamer takde tapi nama popular ada...
orang selalu panggil EISYA..
tapi ada juga yang panggil ANUM..



umur pada tahun ini

oh...masih muda remaja gemilang bangsa
kalau ikut kiraan betul 19 tahun 11 bulan 15 hari..
lagi 13 hari nak cukup 20 tahun..
oh tidak!!!!



pendapat kamu mengenai Justin Bieber?

oh si budak kecik
kecik-kecik dah buat duit..
serius bila besar dia tak payah kerja dah..



Lady Gaga pulak?

oh si pelik lagi pelik..
tak tahu kenapa dia harus berperangai pelik



suka lelaki yang style macam mana?

lelaki yang lagi tinggi dari aku tapi...
janganlah tinggi macam galah..
lelaki yang tahu hormat aku, family n orang yang lagi tua dari dia..
lelaki yang aku nak mesti beriman sebab nanti dia boleh bimbing aku..



kalau artis siapa kamu mahu?

my oppa..
LEE DONGHAE..
itupun kalau dia mahu aku jugak..
hahaha



dah berapa lama blogging?

sejak bulan may 2008
tapi start active balik blogging akhir tahun lepas kot..
dalam bulan october kot..



blogger yang anda kagumi dan kenapa?

Hanis zalikha - sebab dia cantik..haha..
bukan itu je tapi dia sempoi gila bila karang blog

NurulAin L.O.V.E. - dia suka buat lawak
bila tulis entry dan dia pun cantik

Fatin Liyana - bakal doktor yang cantik dan
sempoi habis..suka update pasal fesyen..

Asphaq - blog yang paling kelakar aku rasa..
apa yang dia update mesti betul pada pandang kita..




peminat kpop?kenapa?

soalan yang memang mencabar..
wah..wah..bukan main mencabar...

jawapannya ialah YA..
sangat minat sampai hari-hari dah tak reti nak nak dengar lagu lain..
bangun tido lagu kpop,nak tido lagu kpop, mandi, makan pun kpop..
alasannya kerana industri muzik diorang besar tapi diorang mampu menyerlah dengan cara tersendiri...bayangkan setahun berpuluh-puluh group, penyanyi atau idol debut
ada yang berjaya dengan jayanya, dan ada yang tenggelam dengan majunya..
hahaha..sila abaikan alasan tersebut..
muzik mereka juga tak terbatas, langsung takde sekatan pun..
kau nak rap, rap la..
kau nak dance sambil nyanyi, buatlah...
kau nak main instrument, main je..
asalkan muzik itu best dan berkualiti...
confirm laku doh...



lagu orang putih dengar tak?

oh ini lagi lah..
hanya dengar bila adik aku bukak channel MTV



lagu melayu?

layan bila naik kereta je
sebab pasang radio malaysia..
hehehehe..


kamu bangga tak kamu rakyat malaysia?

ya, aku sangat bangga menjadi anak jati malaysia..
malaysia adalah bumi tumpah darahku..
malaysia aman damai
takda perang, takde gunung berapi..
cuma...malaysia belom maju macam jepun je lagi..


harapan untuk negara?

oh malaysia!!
aku berharap kamu akan terus kekal aman sentosa sejahtera..
gemilang terbilang sampai tak boleh bilang lagi..
okay sorry aku bergurau..



kereta impian anda?

ermmm..
kereta oh kereta!!!

lesen tak de tapi boleh la..
aku nak kereta jenama AUDI..
apa-apa pun lah jenis je tapi nak brand AUDI je..

ada faham???


rumah idaman anda?

nak bina rumah sendiri..
rumah tu kena ada kawasan yang luas..
ada 2 1/2 tingkat sebab kat loteng tu bilik aku..
ada kolam renang, nanti boleh swimming bila free..
ada taman bunga yang ada bunga betul je, bunga plastik tak nak..
okay..sekian..


ok, last one. tag 5 orang kawan kamu

Yana
Farahin

-sapa-sapa pun boleh kalau nak jawab seisi temuduga ini ya..




p/s: maaf sekiranya bahasa aku sangat kasar..
aku cuma bergurau...











No comments:

Post a Comment