Saturday, November 20, 2010

10 tempat yang aku nak lawati....

salam semua...
apa khabar? sihat? aku masih dalam keadaan kurang sihat tapi semakin baik...


okay...hari tu aku ada tulis yang perkara ke-5 adalah 10 perkataan yang aku suka cakap tapi aku nak tukar jadi 10 tempat yang aku nak lawati...baik di dalam atau di luar negara...



1. Korea Selatan

(source: google image)
gambar menunjukkan kawasan bandar seoul

kenapa korea selatan?
tujuannya nak jumpa kpop idol kat sana...
hahaha..especially SUJU..
my donghae oppa..

di korea selatan banyak tempat-tempat yang menarik macam;

63 building
Namsan tower
Jeju Island
and etc..
(nak tahu google sendiri ya)


beside that, nak belajar cara kemajuan diorang yang pantas dan canggih..
lagipun aku dah start belajar bahasa hangul sikit-sikit...


2. Australia

(source: google image)
Sydney opera ke apa nama entah..sangat popular kot..

australia ada banyak bandar, hampir 20 bandar yang ada..
antaranya ialah sydney, melbourne, brisbane, perth, adelaine dan sebagainya..


kenapa aku nak ke sana?????
ermm...entah lah..maybe sebab culture dia lain kot dari negara eropah sana..
mereka ada orang asli jugak tau..

dan mungkin aku dah kena pengaruh game advanture to sydney tu..
hehehe...



3. Phuket

(source: google image)

pantai kat phuket memang cantik..
sampai di gelar last paradise..
phuket terletak di perairan thailand
sebelah negeri aku je..

teringin nak honeymoon kat sini sebab akan jadi sangat romantik..
wah!!!!!!!berangan je lebih....



4. Bandung

(source: google image)

bandung terletak kat barat indonesia..
adalah tempat shopping yang murah-murah dan cantik-cantik..

aku jadi kepengen ke sana untuk belanja sakan lol..
hehehhe..tiba-tiba cakap indon sudah...

memang one day aku nak pergi sana ajak mama shopping..
insyaallah kalau ada rezeki...



5. Jepun


(source: google image)

japan negara matahari terbit...
negara yang penuh dengan adat dan keunikkannya tersendiri..
pakai kimomo, upacara minum teh, kamen rider, ultraman, super sentai dan macam-macam lagi..

jika ke sana, teringin nak pergi ke muzium kamen riders..
muzium pecipta kamen rider...

jepun juga terkenal dengan bunga sakura..

~teringat movie para para sakura~




6. Switzerland

(source: google image)

switzerland sangat terkenal dengan mountainnya yang cantik..
sangat sesuai kalau nak main ski dengan yang tercinta kat sini..

nak pergi sebab nak tengok betapa indahnya alam semulajadi yang Tuhan jadikan..



7. Pulau sipadan, sabah

(source: google image)

pertama kali tengok dalam hati berkata cantiknnya pulau ni..
kat mana lah tempat ni, dan tengok balik oh kat sabah rupanya...
tak sangka malaysia ada pulau secantik ini..

kalau scuba driving kat sini memang confirm nak tinggal bawah laut bersama ikan-ikan semua..dah tak nak naik ke darat sudah...


8. Disneyland

(source: google image)

oh aku peminat tikus telinga hitam..
disney chanel aku suka juga..

disneyland ada banyak tempat,
kat California, Hong Kong, Japan and so on..

nak ambil gambar dengan Mickey mouse, Minnie mouse, Donald duck, Goofy, Daisy dan ramai lagi..nanti boleh tunjjuk kat anak cucu, yang aku pernah sampai sana..hahaha...

teringin nak masuk dan tengok betapa kayanya masa depan keturunan Walt Disney hasil dari tempat tu..hahaha...xde motif betul..


9. Universal Studio..

(source: google image)

oh..ini adalah theme park yang universal studio buat,,,
pun menarik perhatian sebab ada cowboy village, batman, superman dan macam-macam lagi..

oh permainannya sangat menakutkan jugak lah..
nak cuba tapi perasaan takut menyelubungi diri.
nasib baik tak pergi lagi,, kalau dah masuk tapi tak main apa-apa..
bukanlah sangat merugikan duit aku sendiri...

theme park ni ada kat
florida, gold-coast, dan singapore..
lain tempat tak tahu..
hehehe



10. Makkah

(source: google image)

ini adalah tempat semua umat islam berimpian untuk sampai menunaikan rukun islam ke 5..
aku juga bermimpi untuk ke sana..melihat betapa indahnnya tempat ibadah kepada tuhan ini..
bukan sahaja menunaikan ibadah tapi serta menhayati bumi kelahiran rasulullah...
suatu hari nanti, pasti aku akan ke sana..
INSYAALLAH...




sekian...

nantikan 10 yang terbaik di entry akan datang..

*10 yang terbaik macam hagemaru la pulak*



No comments:

Post a Comment