Wednesday, November 17, 2010

Oh!!!!

salam semua..
selamat pagi dunia.....
hahahaha.....
selamat hari raya aidil adha kepada semua umat islam...


berbalik kepada tajuk, aku bukan nak cerita pasal SNSD dengan lagunya OH!!! tapi nak cerita pasal orang lain pergi beraya tapi aku pergi klinik sebab kena selesma dan batuk malah plus asthma menyerang lagi...nak cakap tido dalam air-cond tak, aku tido pakai kipas siling je tu pun 2 je power dia...alahai!!!!!!


pergi klinik dengan mama, kak ngah dan danish sebab baby danish pun deman jugak sampai dah tak active macam dulu....kesian danish buah hati cik eisya ni...semua klinik tutup sebab cuti raya..so, baru teringat yang dekat KB ada klinik cina yang beroperasi bila klinik melayu cuti...hahhaa....


di atas adalah gambar ubat-ubatan yang aku dapat tadi..
kata doktor, aku kena duduk kat negara matahari terik macam arab saudi sebab tak boleh cuaca sejuk...hahaha...asthma yang agak teruk sebab datang dengan batuk yang penuh dengan kahak..

senarai ubat:
1. antibiotik
2. selesma
3. batuk
4. deman
5. asthma
6. haler untuk asthma sebab yang dulu dah expired..


*sila abaikan gambar blog yang ada dalam gambar tu sebab waktu snap gambar tengah bukak page blog sendiri..~x malu~


cakap pasal ubat ada satu jenis ubat yang aku paling tak suka dalam senarai kat atas tu..
sebab kenapa aku tak suka ialah ubat tu ubat air..
nama dia ubat BATUK..
ya, ubat batuk sangat tidak sedap macam ubat lain..
kenapa ubat orang dewasa tak ada perisa macam ubat kanak-kanak..
rasanya ubat danish ada perasa oren sebab kaler dia oren..
ubat aku kaler merah tapi rasa dia..ya allah..tuhan je tahu betapa aku seksa nak makan ubat tu...
nasib baik 10 ml je kalau satu tutup penuh, jenuh ehh aku nak habiskannya...



wahai ubat batuk kenapa kau tak sedap????
susahlah macam ni kalau kau tak sedap sebab aku nanti tak akan minum kau!!!


..note kepada pembuat ubat batuk..
sila pastikan nanti ubat batuk untuk aku sedap
ada perasa oren ke, stawbery ke, kiwi ke..
boleh tak??????
baru ada feel nak minum nanti..


p/s: aku telah memotong rambutku yang pendek melepasi bahu kepada rambut yang lagi pendek dan potongan itu seperti yang aku mahu....suka rambut baru aku!!!!!!
~ceria walaupun sedang sakit~


No comments:

Post a Comment