Sunday, November 7, 2010

10 perkara/benda yang aku benci

10 perkara kembali dalam episode 2...

ish...ish...sampai berepisode segala...

okay stop!!!!!


let check it out apa yang aku paling benci????????????????


1. HABUK!!!!!!!!!!! segala jenis-jenis benda yang melekat atau terbang di persekitaran aku benci. sebab bila ada habuk akan ada penyakit yang datang iaitu selesema dan asma. jadi setiap kali aku sapu sampah atau nak kemas bilik atau rumah kena pakai mask...

2. CAKAP BERULANG-ULANG!!!!!! kenapa?????? tak sukalah nak cakap banyak kali...memang aku agak pantang la kalau jumpa orang yang kita kena repeat banyak kali bila nak cakap dengan diorang...susah tau..sorry aku memang tak ada kesabaran..

3. MAKAN KERANG!!!!!!!!! huhuhuhu...dalam family aku sorang saja yang ANTI-kerang ni...makanan laut lain aku makan...kalau dalam makanan aku ada kerang sure orang yang makan kat sebelah aku best sebab nanti aku bagi kat mereka...

4. UBAT-UBATAN!!!!!! oh tidak untuk memakannya...dulu, masa kecil aku susah nak makan ubat sampai kena gaduh dengan mama dulu...one day bila aku jatuh sakit kena makan ubat sampai 24-27 biji, bayangkanlah mama terpaksa hancurkan ubat tu bersama air milo setiap hari...

5. JARUM SUNTIKAN!!!!!!!! tolonglah jauhkan aku dari sebarang injection...aku tak suka jarum sebab jarum selalu masuk dalam badan aku dulu masa kat hospital, kalau tak salah aku setiap tempat kat badan aku kecuali muka yang boleh ambil darah, doktor inject sebab nak buat ujian darah...jadi, aku dah serik nak jumpa jarum lagi...

6. DARAH!!!!! sapa suka tengok darah mengalir keluar dari badan manusia, sila angkat tangan....tolonglah jangan berdarah dihadapan aku kalau tak nak aku pengsan...harap maklum!!!huhuhuhu

7. PEROKOK!!!!!!!!! amaran keras, jangan merokok kat depan aku sebab aku tak boleh bernafas okay....even bau pun aku dah nak pengsan!!!!

8. TIKUS!!!!!! wawawawa!!!!! aku memang ada kisah dengan tikus masa muda gemilang remaja dulu..so, dah serik berduaan dengan tikus dalam toilet....

9. SUNYI!!!!! walaupun muka macam ganas, tapi hati aku halus je...ya, aku takut sunyi sebab tu kalau aku duduk seorang diri dalam rumah, habis segala macam bunyi aku kuatkan, bunyi TV, bunyi musik, dan buat bunyi sendiri (menjerit tak pasal-pasal)

10. BISING!!!!! mesti hairankan kenapa aku tak suka sunyi dan bising,...mesti korang rasa aku pelik...hahaha..ni lah aku, even mama pun suruh aku duduk dalam gua sebab pelik sangat...bising kat sini maksud aku melalak, melolong macam orang kurang waras...bunyi motor atau kereta yang kuat aku akan terus sound, tak ada lapik-lapik dah....sorry again ni memang perangai aku...

No comments:

Post a Comment