Wednesday, February 16, 2011

~cuti-cuti di terengganu~

salam semua....
seminggu yang lalu post teaser je kan...
gatal pulak nak ber teaser-teaser ni...
entry kali ni baru nak story yang pendek tapi banyak gambar
and sure korang pasti bosan kalau aku story panjang-panjang yang karut mengarut kan...


intro pun dah membosankan.....


isnin lepas ikut kakak aku yang duduk kat kuala terengganu tu balik rumah dia..
dia balik KB cuti hari raya cina hari tu, so sambil teman dia balik naik bas malam-malam aku pun ambil kesempatan untuk bercuti-cuti malaysia...


kejadian naik bas cukup menguji tahap kesabaran kami berdua..
mula-mula pukul 5.30 ptg tapi postpone sampai pukul 7.00 mlm
then bas tak ada air-cond so kena tunggu lagi bas kat perhentian dan bas lain sampai pukul 9.00 mlm...boleh menyirap darah aku dan kakak aku waktu tu..4 jam tunggu dah boleh sampai KT dah kot...


esoknya, kakak aku bawak aku pergi Pulau Wak Man, ala yang ada Taman Tamadun Islam tu la...masuk da RM 15.00 sorang untuk Taman Monumen sahaja tapi ada diskaun untuk makanan dan ole-ole...




depan model Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan


depan model Sheikh Lutfallah Mosque, Iran

Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia yang sangat cantik

pesisiran pantai berhampiran Masjid Kristal

thanks to my sis because take a picture of me


hari rabu pulak, teman my sis pergi bank nak sign perjanjian dengan bank pasal kereta baru dia... then, sambil nak tunggu ambik pak cik balik kerja, kitaorang pergi pantai dulu, makan-makan seafood and enjoy angin laut....



ni je permandangan tepi pantai yang aku sempat rakam sebab masa ni dah nak balik pun..
pondok polis pantai ni jugak aku ambik buat subjek




esoknya, khamis, petang tu aku keluar lagi dengan kakak aku dan mak cik aku pergi pasar payang...
asalnya nak cari rempah nasi dagang yang mama aku kirim tapi kedai sudah tutup da....
sebelum balik jalan-jalan sambil tengok laut kat jambatan kat pasar tu...



actually gambar ni gelap, so aku editlah...
jangan sangka cahaya dia macam ni tau..


lihatlah laut luas terbentang...
ni baru sikit je ada lagi..


tu jeti siap ada bot lagi..
dulu kakak aku kata tempat ni langsung tak wujud..
kerajaan terengganu baru je buat tempat ni..
syok duduk kat atas platform ni sambil meniup udara laut..


jumaat tak ada pergi mana-mana..
duduk kat rumah mak cik aku tu tengok tv je...
tapi tengok astro byond memang syok kot...hehehe

sabtu plak, pergi kenduri rumah kawan mak cik aku...
oleh kerana tak bawak baju kurung, pinjamlah kakak aku punya..nasib baik muat..hehehe

then, lepas kenduri kami pergi Kemaman untuk tengok rumah sewa kakak aku..
dia dapat kerja kat kemaman, so kena duduk rumah sewa...
perjalanan 2 jam lebih dah rasa macam nak balik KB sudah...
tapi okaylah sebab jalan raya tepi laut rasa angin laut tu best....




dalam kereta waktu berhenti kat masjid di Paka..
~me in pink kurung n pink shawl~



ahad, isnin tak buat apa pun..
macam biasa, tengok tv, makan, tengok tv, online kejap

selasa baru balik...bas pukul 2.15 ptg jadi pukul 3.15 petang..
sampai pun dah pukul 6.00 ptg..tapi okaylah tak penat sangat.....


cerita dah habis pun...
sorry kalau bosankan korang baca percutian aku yang tak seberapa ni....




kamshamida..
thank you..
terima kasih...

~fin~

2 comments:

  1. alamak.. isya dh sampai dulu kat masjid byk2 tu.. yana nk stiap thun blik tganu x sempat2 lg pg sne.. best nyer... kumowo for the story..

    ReplyDelete
  2. How to Make Money from Betting on Sports Betting - Work
    (don't worry if you get it worrione.com wrong, though) The process involves placing bets on different jancasino events, but it งานออนไลน์ can also be done by https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ using the

    ReplyDelete