Thursday, May 16, 2013

Pointer Tinggi Bukan Kejayaan tapi Cuma Hasil yang Manis

assalamualaikum...

sudah agak lama saya x bercerita di layar putih ini..

setelah berhempas pulas selama 2 bulan lebih ni, berakhirnya semester ke 3 ini..
banyak perkara yang berlaku di luar kotak pemikiran saya sendiri..
yelah, saya cuma merancang, tapi Allah s.w.t yang tentukan..
siapa saya untuk menidakkan ketentuanNya


Minggu lalu, saya dianugerahkan dean list award..
di mana saya peroleh keputusan exam yang agak tinggi..
itu adalah merupakan semester pertama saya..

kejayaan itu saya syukuri dengan alhamdulillah..
bukan senang nak perolehi kejayaan seperti itu..
tapi saya puas hati sebab sepenjang semester itu,
apa yang saya lakukan dan buat adalah atas usaha
saya sendiri..

saya alami sendiri sakit perit jatuh bangun seorang diri ketika itu..
tiada siapa mengerti apa yang saya alami
tapi syukur sepenjang masa itu, di bulan yang penuh keberkatan,
bulan ramadhan, saya hadapinya dengan izinNya..
Allah S.W.T sentiasa ada dengan saya..


sekarang apa yang orang pandang pada saya ialah budak dekan..
saya tak beberapa gemar dengan gelaran itu..
apa yang ada pada dean list jika mereka yang bangga itu mendapat hasil bukan
dari titik peluhnya sendiri..

saya hairan bagaimana seseorang boleh mengaku hasil kerjanya bagus
sedangkan yang saya nampak dia cuma mengambil jalan kerja mereka yang lain..
bagaimana mereka bermimpi untuk berjaya jika usahanya tiada..

ini bukan mengeji tapi untuk mengingati antara satu sama lain..
tiada manusia yang bodoh atau pandai di dunia Allah s.w.t ini
yang ada cuma mereka yang rajin dan malas dalam berusaha..
pointer tinggi, anugerah dekan, president award itu cuma hasil
sahaja..
hasil dari peluh keringat kita sebagai pelajar yang berusaha untuk majukan diri..
hasil yang mahu di hayati untuk menjadi kebanggaan keluarga
hasil yang mungkin sedikit sebanyak dapat mengubah pandangan orang terhadap kita
hasil yang mungkin boleh memberikan inspirasi kepada mereka yang lain..

jika ditanya adakah saya bangga dengan apa yang saya punya sekarang?


jawapannya ya dan tidak

YA kerana apa yang saya miliki sekarang saya usaha dengan 2 tangan dan 2 kaki saya sekarang..
penat lelah saya, berjaga malam, bersengkang mata, menjadi burung hantu untuk memastikan saya tak ketinggalan..

TIDAK kerana mungkin jika saya alpa, saya mungkin kehilangan semuanya..

jadi mengapa perlu bangga dengan percubaan pertama





sekian sahaja luahan hati saya..
semoga apa yang saya ceritakan ini tak memeningkan kalian dan tak menjengkelkan kalian..


wasalam...


1 comment:

  1. it was been almost 2 month... but is not late to congratulate u dear... wishing u be the best student in the end of your degree.. all the best dear.. miss u...

    ReplyDelete