Monday, March 25, 2013

Pelajar

Assalamualaikum...


dah lama agaknya tak mencoret cerita kat blog ni..

hehe..

walaupun tahu tiada siapa yang sudi membacanya..

saya tetap nak berkongsi sesuatu di sini..

tadi baru baca entry dari blog seorang blogger yang menceritakan tentang perjalanannya dalam pelajaran..

tercuit di hati saya untuk berkongsi cerita di sini jua..

segalanya bermula dari saya darjah 1 lagi..

dulu, ingat pergi sekolah mama dan abah hantar..
hari pertama, mama tunggu saya sampai habis sekolah..
hari kedua dah tak, kerana dia suruh abang saya yang ketika itu darjah 6 tengok-tengokkan saya.
serius, yang saya ingat dia cuma tanya saya dah makan ke belum semasa di kantin dan ajar saya berapa harga makanan di kantin..sedih betul..

tapi sekurang-kurangnya abang saya ajar saya untuk berdikari sendiri..
sampai sekarang saya terbiasa..

sewaktu darjah 2, saya mula tertarik hati untuk meminati seni lukisan..
saya sukakan sesuatu yang kreatif, jd setiap kali cikgu tiada, saya dan rakan-rakan sekepala buat lukisan..
maka, untuk ujian seni lukisan, muka sayalah yang selalu dapat A++.. hehe
tapi yang lain, saya kurang lebih-lebih lagi bahasa inggeris..

ya, saya akui saya tak lahir dalam family yang berpendidikan tinggi..
mama dan abah saya cuma orang biasa..
cukup sampai sekolah habis je..

tapi saya tekad sewaktu naik darjah 3, saya nak PTS dan langkau kelas macam kakak saya supaya saya tak bazirkan darjah 4 saya..hehe

tapi nak dijadikan cerita saya demam pada hari exam tuk di buat.. yes, frust..

tapi saya juga tak mengalah, memang jealous tengok kawan baik saya dan dia adalah satu-satunya orang yang dapat langkau kelas terus masuk darjah 5..

putus asa, tak pernah ada dalam kamus hidup saya..

saya akui dulu saya malas gila.. pergi sekolah belajar, jatuh cinta (cinta monyet budak tak cukup umur), balik sekolah tidur, keluar pergi main waktu petang kat rumah kawan. belajar itu hanya jika ada kerja rumah.


sewaktu darjah 1-2, saya berada di kelas yang ke-2, darjah 3-5 saya dapat duduk kelas pertama, dan sewaktu darjah 6, saya kena turun kelas ke-2 semula.. sedih..

tapi saya tak putus asa.. kalau di kelas pertama saya tak dapat keputusan bagus tapi di kelas kedua, saya selalu dapat la top 5.. tak bangga cuma saya ingatkan diri saya, tiada manusia yang bodoh atau pandai tapi cuma ada manusia yang malas dan rajin.. cuma kita yang boleh siapa yang kita mahu jadi..


lepas result UPSR keluar, kira-kira 11 tahun lepas, dengan berbekalkan 3A dan 2B, saya masuk ke sekolah harian biasa..

bermula la kehidupan seorang remaja sekolah menengah..
syukur saya dapat kelas pertama..
tingkatan 1 dan 2 saya biasa sahaja.. saya akui saya lebih berminat kepada matematik dan sejarah sewaktu sekolah menengah.. seni lukisan tu dah lama saya lupakan...

sayangnya, peperiksaan akhir tahun sewaktu tingkatan 2 saya merosot, jadi saya harus turun ke kelas ke-3.. bayangkan dari kelas pertama ke kelas ke-3..
kecewa tapi saya tak patah semangat..

di kelas ke-3 itulah, semua orang mula nampak potensi saya sebagai pelajar yang cemerlang.. kedudukan dalam kelas selalu top 3 sahaja.. saya tak bangga tapi sekurang2nya saya boleh buka mata semua yang memandang rendah kepada pelajar kelas bawahan kan...

lepas PMR, dengan result yang tak cacat cela sangat saya masuk sekolah teknik..
di sekolah teknik, saya ambik jurusan kejuruteraan awam..
niat dalam hati memang nak jadi jurutera yang berjaya..


masa form 4, syukur result saya tak pernah menghampakan..
sekurang-kurangnya dapat buktikan pada abah dan mama yang saya buat keputusan yang tepat dengan memilih sekolah teknik daripada sekolah harian biasa.

tersenarai antara pelajar tingkatan 4 terbaik waktu itu telah bakar semangat saya untuk berjaya dengan cemerlangnya dalam SPM.
dan syukur usaha saya untuk duduk dengan pelajar pandai tercapai bila saya tersenarai antara pelajar elit sekolah.
biarpun di pandang oleh mereka merasakan bahawa sebenarnya saya tak layak, tapi saya tetap teguh buktikan yang saya mampu..

akhirnya result SPM keluar la jugak..
dan saya akhirnya berjaya dengan cemerlang..
syukur sangat2..
hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya rasa bersyukur sebab akhirnya saya dah tunaikan impian mama dan abah yang nak tengok saya berjaya dalam SPM...

sekali lagi saya tersenarai antara mempunyai keputusan yang terbaik SPM sekolah itu.. walaupun hanya peringkat sekolah sahaja, saya tak kisah..hehe


tapi dengan result itu, saya tak dapat tempat di IPTA..
saya dah la memang tak isi borang masuk matriks,
dan tawaran dari kolej-kolej lain semuanya tak kena dengan bidang yang saya pilih..
akhirnya, saya buat keputusan untuk ke Kolej Legenda..
tanggungan oleh MARA..
maka, itulah tempat saya menuntut ilmu selam 4 tahun..

hidup di Kolej jauh berbeza dari hidup di asrama masa teknik dulu..
semuanya sendiri. even makan pun kena fikir nak kena makan apa..

di kolej itu juga saya kenal erti semua..
dari persahabatan sampailah perhubungan..
dari hanya pengalaman yang saya kutip sebagai pelajar sekolah teknik,
saya menimba pelbagai ilmu tentang civil engineering..
jumpa lecturer yang baik, yang tak berapa nak baik..
kawan yang sejati, dan kawan yang tikam dari belakang pun ada..
makan sedap, jatuh bangun, tidur lena, semuanya saya alami..
dan saya panggil itu
PENGALAMAN...
itulah yang menjadi satu panduan untuk saya..

di kolej, result exam saya biasa-biasa sahaja.
4 kali dekan, sekali fail subject, pointer turun naik silih berganti..
tapi saya bersyukur yang saya grad dengan dekan walaupun buka piala presiden ke apa..
bagi saya award is nothing..
saya tak belajar untuk diiktiraf
saya belajar untuk kutip ilmu pengetahuan..

bukankah ada pepatah mengatakan bahawa tuntutlah ilmu sampai ke negeri China..
ilmu saya baru sampai Thailand..
hehehe..gurau je..


lepas belajar HND, saya terfikir nak kerja sebab tak nak susahkan abah dan mama yang tanggung saya lagi tapi itu semua hanya perancangan saya tapi Tuhan dan tentukan yang terbaik untuk saya..

mama dan abah suruh saya sambung belajar
maka saya ikutkan sahaja sebab memang itu impian saya sejak dari awal, punyai Ijazah..
mereka begitu excited sampai sanggup bawa saya pergi Karnival Jom Masuk U dan karnival Pendidikan MARA di stadium ketika itu..

mereka yang suruh saya ambik dan tanya setiap IPT yang ada program degree untuk civil engineering..
antar yang menjadi piliha saya ketika itu ialah UKM, UTM, UNITEN dan KLIUC. 2 ipta dan 2 ipts..
ikutkan saya dah x nak ipts tapinak buat macam mana rezeki saya tiada di ipta. IPTS tetap menjadi takdir hidup saya..
saya dapat tawaran ke KLIUC..
maka, keputusan dah di buat............


saya masuk KLIUC (kini IUKL) untuk further study ambik degree..
oleh sebab saya begitu cintakan ilmu, saya bertekad, biar saya tak ada duit asalkan ilmu saya tak kurang..

ya, kami alami sedikit masalah kewangan,
tapi abah tetap hantar saya belajar, biarpun saya tahu dia kekurangan wang..
dia berkata yang masa depan saya lebih penting..

dengan itu, saya tekad saya nak belajar bersungguh-sungguh..
saya tahu sepanjang mereka berdua besarkan saya, mereka dah banyak berkorban..
walaupun setinggi mana pun saya belajar, saya tahu tak terbalas jasa mereka pada saya..

dan saya tahu, hanya saya seorang sahaja boleh betulkan kesilapan yang pernah abang dan kakak saya lakukan dulu..

dan kini, tinggal adik lelaki saya seorang sahaja..
dia perlu pilih antara dua,
pilih untuk berjaya atau kecundang
pilih untuk dibangga atau di cela


di IUKL, saya masih first year.. dan ada lagi 2 tahun untuk di hadapi..
In Shaa Allah, jika tiada halangan
untuk abah dan mama
akan saya bawa gulungan Ijazah pulang ke rumah kita dengan bangganya..

moga ijazah itu akan bawa seribu erti yang bermakna untuk kita...
In Shaa Allah...




pesanan untuk semua di luar sana,

jika anda pernah gagal sewaktu persekolahan,
tak bermakna di zaman U, Kolej, Poli atau sebagainya
anda akan terus gagal..

setiap orang punya cerita mereka tersendiri..
kita yang rancang semuanya tapi ingat
Allah s.w.t. yang tentukan semuanya..
tugas kita ialah tawakal dan redha denga ketentuanNya..


ingat, jangan sesekali putus asa..
kalau gagal sekali,
cuba bangun,
sebab mengapa kita jatuh adalah sebab kita boleh belajar untuk bangun..


sekian..
kisah ini bukan untuk bangga kan diri
bukan untuk buat orang menyampah dengan saya
tapi untuk di ambil sebagai contoh..

kisah saya berbeza dengan anda semua
tapi pelajarannya tetap sama..
biar dimana pun kita berada ilmu itu penting
ilmu itu menetukan betapa hebatnya kamu..

tapi jangan hanya kenal ilmu dunia tapi lupa ilmu akhirat..


sekian terima kasih...

hingga saya menulis lagi...

3 comments:

  1. Dear,

    I'm so sure that mama and abah are so proud of you dear. You are one strong girl.

    Setiap dari kita di dunia ada jalan yang berbeza.
    Naik dan turunnya hidup,adalah pengalaman yang paling berharga.Takkan mampu dibeli dimana2.Dan sebaik mana kita merancang hidup, tetap DIA yang menentukan segalanya.

    KIta dah lebih dari bertuah kan sebenarnya :) Looking forward, i wanna see you in graduation attire for your degree, master and even PHD, In Sha Allah.

    I want you to know, that I really love you so much. Mulut susah nak luahkan but deep inside, only god knows how deep the feeling is. Keep on fighting. Keep on moving. Make us proud. :)

    Sincerely,
    Your Sister.

    ReplyDelete
  2. I know that U love me sister..
    Bcuz I love u too...

    I'll make all of you proud of me one day later..

    ReplyDelete
  3. Assamualaikum akak, sy nak tanya, iukl hostel die jauh x dr tmpt belajar and berapa lama boleh duduk dlm hostel tu? Blh x sy nk contact akk? Nk tnye psl iukl :-)

    ReplyDelete