Monday, April 16, 2012

2 budak nakal!!!


Assalamualaikum!!!!


apa khabar semua???



syukur alhamdulillah...
sebab kita masih bernafas sampai hari ni



dalam entry ni, aku nak cerita pasal 2 orang budak lelaki yang nakal
seorang berusia 2 tahun 3 bulan
dan
seorang lagi berusia 1 tahun 1 bulan


mereka punya perangai yang hampir sama tapi berbeza personaliti
seorang anak nurse
dan seorang lagi anak cikgu


seorang anak saudara aku
dan seorang lagi mama aku mengasuh



tapi budak yang mama aku mengasuh tu rapat dengan aku
nama dia muhd atif zafri aka zafri/bulat
sebab tuan punya badan punya la bulat..


masa mama mula jaga dia, dia masih lagi tak pandai berjalan
tapi beberapa bulan selepas tu, dia dah pandai berjalan tapi jalan macam robot.. sampai aku panggil dia ROBOTKID

aku sayang gila kat Zafri ni sebab dia budak yang senang di handle
bila suruh minum susu, dia akan ambik botol susu dan baring sendiri kat atas tilam..kadang-kadang dia akan tidur dengan sendirinya
bila time makan je, dia orang yang paling setia tunggu depan makanan
dan bila larang jangan buat saja dia akur dengan senang



tapi....





......





itu semua adalah dulu
beberapa minggu kebelakangan ni
dia makin nakal yang amat
mulut tak berbunyi tapi tangan dan kaki bergerak
sekarang nak suruh tidur bukan main susah
bila nak suap makanan je pergi main sampai aku kena tunggu dia datang balik
bila marah sikit je nak nangis, buat-buat muka kesian...



aishhh
budak yang nak membesar la katakan
tapi aku risau
sebab nanti aku nak pergi belajar balik
macam mana mama nak handle 2 budak nakal dalam 1 masa...


my sweet, cute and sometimes annoying baby brother!!!!!






seorang lagi budak tak payah la kenalkan
tapi oleh sebab tak siapa kenal dia dengan rapat
meh la aku cerita tentang anak saudara lelaki aku yang pertama ni.

Muhd Iman Danish nama diberi...
(aku yang bagi cadangan nama ni sebenarnya)


bila bangun saja dari tidur mulut dia akan berbunyi tanpa henti..
senyap sekejap je kalau minum susu atau pun tidur
dan selepas tu, aktiviti bercakap dan bermain akan bermula kembali


hari-hari itu je yang dia tahu
bercakap, bermain, makan, minum susu, marah aku, kejar aku dengan hanger, buat kelakar dan macam-macam lagi

rutin harian dia tak pernah berubah

bila usik sikit, nangis
bila usik banyak, dia geram dan nak kejar aku
siap suruh aku 'melari' lagi keliling rumah

*melari = berlari*


adoiii...
tapi apa-apa pun gelagat dan kerenah dia la yang banyak ceriakan rumah ni...


buatlah apa saja 'abang long' oiii
lepas ni kita tengok budak nakal ni dapat adik baru..


my one and only bully boy








.....TQ...




No comments:

Post a Comment