Sunday, September 26, 2010

Penghibur zaman kanak-kanak

..assalamualaikum..
hello semua...

hari ni aku nak bercerita seperti tajuk kat atas lah kan...buat apa buat tajuk cam tu kalau tak cerita pasal tu kan..kan...

pernah tak korang punya rancangan televisyen kegemaran korang masa zaman kanak-kanak rebina korang dulu...aku boleh bet punya setiap daripada korang mesti pernah ada satu atau lebih rancangan tv kesukaan korang kan...

ermmm....
kalau tanya aku, memang tersusun lah rancangan tv yang aku tak pernah tak suka zaman kanak-kanak dulu.

dulu, masa aku umur 9 tahun, kira-kira 11 tahun lepas, lepas baru pindah rumah arwah atuk, abah pasang astro walaupun masa tu tak murah macam sekarang. cerita yang aku mula-mula tengok adalah rancangan untuk kanak-kanak iaitu TELETUBBIES...seriusly, aku suka makhluk patung bergerak 4 kaler tu... sampai aku hafal step introduction diorang lagi..paling best bila diorang nak keluar mesti keluar dari bumbung rumah semi circle diorang kaler hijau rumput tu...

meh aku kenalkan kat korang kalau-kalau korang dah lupa;
Purple >>> Tinky Winky
Green >>> Dipsy
Yellow >>> Laa Laa
Red >>> Po

dan kalau korang lupa gak, mereka ni ada barang kesukaan masing-masing, tinky winky suka bag, like magic bag, banyak barang yang boleh di simpan dalam bag merah kecik dia tu...Dipsy suka topi tinggi kaler hitam putih tompok-tompok, dia selalu pakai topi tu dan perasan hensem biar muka gelap pun...hehehe...Laa Laa si kuning ni suka main bola besar dari kepala dia yang kaler oren tu...paling aku suka, Po ada scooter merah, dia suka naik scooter tu sambil cakap scooter Po...dan kalau di ingatkan balik aku ada patung si Po ni sebesar lengan kot...comel tapi akhirnya ia di conteng dan seterusnya di bakar kerana sudah koyak..sayangnya...


selain TELETUBBIES comel ni, aku suka juga tengok rancangan ni, lepas tu practice nyanyi walaupun suara tak sedap macam siti nurhaliza tapi sebab dah terpengaruh, ada aku kisah...
BARNEY & Friends...dinosour besar kaler purple kaler kesukaan sejak bayi, ~nampak sangat penipu~<<<>


apa yang paling korang suka dalam rancangan Barney si purple bersama kanak-kanak kecil yang datang kat sekolah tu setiap petang untuk beriadah????????

kalau aku, aku suka pada rumah pokok diorang yang besar dan macam -macam ada...lepas tu boleh pulak nyanyi-nyanyi lagu sambil menari-nari riang ria cuti petang hari...hehehehe...tapi paling aku suka lagu masa nak ucap good bye tu..."I love you, you love me, we are happy family........" sungguh aku suka lagu tu walaupun dah bertahun-tahun....

dalam Barney & friends ni ada Selena Gomez dan Demi Lovato tau..muka zaman kecik diorang chomey sungguh...selain dari barney si dinosour, ada lagi dua ekor dinosour berkaler hijau pink bernama Baby Bop dan B.J, si dinosour kaler kuning hijau...


habis cerita rancangan tv yang aku suka...nak cerita pasal barang permainan pulak..

kalau ikutkan dulu semua kanak-kanak perempuan membesar dengan ada sekurang-kurangnya seekor patung Barbie tapi percaya atau tak aku tak pernah ada...bukan abah dan mama tak nak beli sebab mahal tak ingat tapi mereka tak beli sebab aku yang tak nak dan tak suka...
wawawawa....patung budak perempuan pakai baju cantik bukanlah taste aku nak main pondok-pondok...aku membesar seorang diri sambil main patung power rangers dan masked rider yang dulu-dulu abang aku punya...main bear saiz kecil pun hadiah orang bagi kat aku waktu dulu-dulu...

tambahan pulak, zaman tu dah ada game yang pakai remote control tu, alaaa yang macam PS or XBOX tapi version pakai tape lagi tak macam sekarang boleh pakai CD or memory je nak main game, lagi canggih main PSP, boleh di letak dalam poket dan dibawa kemana sahaja..tapi korang tahu tak abah aku tak pernah teringin pun nak belikan kami adik-beradik permainan video yang canggih tu kecuali untuk abang aku sewaktu dia dapat SPM dengan cemerlang dulu-dulu...

okay, kaitannya dengan zaman kanak-kanak aku ialah aku membesar dengan canggihnya sehingga terabai patung-patung gadis berbaju lawa, rumah doll yang chomel lotel, dan set memasak yang ada kelengkapan dapur..yang aku ada pun Play-doh je..tu pun main 3 ke 4 kali dah bosan dan akhirnya benda tu dah mengeras dan dibuang begitu saja...


motif gambar di atas: >>> power rangers pertama yang aku tergila-gila masa kecik dulu...
suka sangat...sampai patung-patung berukuran sebesar tapak tangan menjadi koleksi aku..
tapi zaman adik aku lagi banyak, tu yang dia punya lah...
zaman aku dah hilang tak pun dah patah retak sejuta...




okay, dah habis cerita pasal aku...dah bosan...kalau nak share cerita korang, tulis lah komen..tu pun kalau nak tulis lah...komen anda di alu-alukan sangat....



No comments:

Post a Comment