Thursday, May 16, 2013

Pointer Tinggi Bukan Kejayaan tapi Cuma Hasil yang Manis

assalamualaikum...

sudah agak lama saya x bercerita di layar putih ini..

setelah berhempas pulas selama 2 bulan lebih ni, berakhirnya semester ke 3 ini..
banyak perkara yang berlaku di luar kotak pemikiran saya sendiri..
yelah, saya cuma merancang, tapi Allah s.w.t yang tentukan..
siapa saya untuk menidakkan ketentuanNya


Minggu lalu, saya dianugerahkan dean list award..
di mana saya peroleh keputusan exam yang agak tinggi..
itu adalah merupakan semester pertama saya..

kejayaan itu saya syukuri dengan alhamdulillah..
bukan senang nak perolehi kejayaan seperti itu..
tapi saya puas hati sebab sepenjang semester itu,
apa yang saya lakukan dan buat adalah atas usaha
saya sendiri..

saya alami sendiri sakit perit jatuh bangun seorang diri ketika itu..
tiada siapa mengerti apa yang saya alami
tapi syukur sepenjang masa itu, di bulan yang penuh keberkatan,
bulan ramadhan, saya hadapinya dengan izinNya..
Allah S.W.T sentiasa ada dengan saya..


sekarang apa yang orang pandang pada saya ialah budak dekan..
saya tak beberapa gemar dengan gelaran itu..
apa yang ada pada dean list jika mereka yang bangga itu mendapat hasil bukan
dari titik peluhnya sendiri..

saya hairan bagaimana seseorang boleh mengaku hasil kerjanya bagus
sedangkan yang saya nampak dia cuma mengambil jalan kerja mereka yang lain..
bagaimana mereka bermimpi untuk berjaya jika usahanya tiada..

ini bukan mengeji tapi untuk mengingati antara satu sama lain..
tiada manusia yang bodoh atau pandai di dunia Allah s.w.t ini
yang ada cuma mereka yang rajin dan malas dalam berusaha..
pointer tinggi, anugerah dekan, president award itu cuma hasil
sahaja..
hasil dari peluh keringat kita sebagai pelajar yang berusaha untuk majukan diri..
hasil yang mahu di hayati untuk menjadi kebanggaan keluarga
hasil yang mungkin sedikit sebanyak dapat mengubah pandangan orang terhadap kita
hasil yang mungkin boleh memberikan inspirasi kepada mereka yang lain..

jika ditanya adakah saya bangga dengan apa yang saya punya sekarang?


jawapannya ya dan tidak

YA kerana apa yang saya miliki sekarang saya usaha dengan 2 tangan dan 2 kaki saya sekarang..
penat lelah saya, berjaga malam, bersengkang mata, menjadi burung hantu untuk memastikan saya tak ketinggalan..

TIDAK kerana mungkin jika saya alpa, saya mungkin kehilangan semuanya..

jadi mengapa perlu bangga dengan percubaan pertama





sekian sahaja luahan hati saya..
semoga apa yang saya ceritakan ini tak memeningkan kalian dan tak menjengkelkan kalian..


wasalam...


Monday, March 25, 2013

Pelajar

Assalamualaikum...


dah lama agaknya tak mencoret cerita kat blog ni..

hehe..

walaupun tahu tiada siapa yang sudi membacanya..

saya tetap nak berkongsi sesuatu di sini..

tadi baru baca entry dari blog seorang blogger yang menceritakan tentang perjalanannya dalam pelajaran..

tercuit di hati saya untuk berkongsi cerita di sini jua..

segalanya bermula dari saya darjah 1 lagi..

dulu, ingat pergi sekolah mama dan abah hantar..
hari pertama, mama tunggu saya sampai habis sekolah..
hari kedua dah tak, kerana dia suruh abang saya yang ketika itu darjah 6 tengok-tengokkan saya.
serius, yang saya ingat dia cuma tanya saya dah makan ke belum semasa di kantin dan ajar saya berapa harga makanan di kantin..sedih betul..

tapi sekurang-kurangnya abang saya ajar saya untuk berdikari sendiri..
sampai sekarang saya terbiasa..

sewaktu darjah 2, saya mula tertarik hati untuk meminati seni lukisan..
saya sukakan sesuatu yang kreatif, jd setiap kali cikgu tiada, saya dan rakan-rakan sekepala buat lukisan..
maka, untuk ujian seni lukisan, muka sayalah yang selalu dapat A++.. hehe
tapi yang lain, saya kurang lebih-lebih lagi bahasa inggeris..

ya, saya akui saya tak lahir dalam family yang berpendidikan tinggi..
mama dan abah saya cuma orang biasa..
cukup sampai sekolah habis je..

tapi saya tekad sewaktu naik darjah 3, saya nak PTS dan langkau kelas macam kakak saya supaya saya tak bazirkan darjah 4 saya..hehe

tapi nak dijadikan cerita saya demam pada hari exam tuk di buat.. yes, frust..

tapi saya juga tak mengalah, memang jealous tengok kawan baik saya dan dia adalah satu-satunya orang yang dapat langkau kelas terus masuk darjah 5..

putus asa, tak pernah ada dalam kamus hidup saya..

saya akui dulu saya malas gila.. pergi sekolah belajar, jatuh cinta (cinta monyet budak tak cukup umur), balik sekolah tidur, keluar pergi main waktu petang kat rumah kawan. belajar itu hanya jika ada kerja rumah.


sewaktu darjah 1-2, saya berada di kelas yang ke-2, darjah 3-5 saya dapat duduk kelas pertama, dan sewaktu darjah 6, saya kena turun kelas ke-2 semula.. sedih..

tapi saya tak putus asa.. kalau di kelas pertama saya tak dapat keputusan bagus tapi di kelas kedua, saya selalu dapat la top 5.. tak bangga cuma saya ingatkan diri saya, tiada manusia yang bodoh atau pandai tapi cuma ada manusia yang malas dan rajin.. cuma kita yang boleh siapa yang kita mahu jadi..


lepas result UPSR keluar, kira-kira 11 tahun lepas, dengan berbekalkan 3A dan 2B, saya masuk ke sekolah harian biasa..

bermula la kehidupan seorang remaja sekolah menengah..
syukur saya dapat kelas pertama..
tingkatan 1 dan 2 saya biasa sahaja.. saya akui saya lebih berminat kepada matematik dan sejarah sewaktu sekolah menengah.. seni lukisan tu dah lama saya lupakan...

sayangnya, peperiksaan akhir tahun sewaktu tingkatan 2 saya merosot, jadi saya harus turun ke kelas ke-3.. bayangkan dari kelas pertama ke kelas ke-3..
kecewa tapi saya tak patah semangat..

di kelas ke-3 itulah, semua orang mula nampak potensi saya sebagai pelajar yang cemerlang.. kedudukan dalam kelas selalu top 3 sahaja.. saya tak bangga tapi sekurang2nya saya boleh buka mata semua yang memandang rendah kepada pelajar kelas bawahan kan...

lepas PMR, dengan result yang tak cacat cela sangat saya masuk sekolah teknik..
di sekolah teknik, saya ambik jurusan kejuruteraan awam..
niat dalam hati memang nak jadi jurutera yang berjaya..


masa form 4, syukur result saya tak pernah menghampakan..
sekurang-kurangnya dapat buktikan pada abah dan mama yang saya buat keputusan yang tepat dengan memilih sekolah teknik daripada sekolah harian biasa.

tersenarai antara pelajar tingkatan 4 terbaik waktu itu telah bakar semangat saya untuk berjaya dengan cemerlangnya dalam SPM.
dan syukur usaha saya untuk duduk dengan pelajar pandai tercapai bila saya tersenarai antara pelajar elit sekolah.
biarpun di pandang oleh mereka merasakan bahawa sebenarnya saya tak layak, tapi saya tetap teguh buktikan yang saya mampu..

akhirnya result SPM keluar la jugak..
dan saya akhirnya berjaya dengan cemerlang..
syukur sangat2..
hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya rasa bersyukur sebab akhirnya saya dah tunaikan impian mama dan abah yang nak tengok saya berjaya dalam SPM...

sekali lagi saya tersenarai antara mempunyai keputusan yang terbaik SPM sekolah itu.. walaupun hanya peringkat sekolah sahaja, saya tak kisah..hehe


tapi dengan result itu, saya tak dapat tempat di IPTA..
saya dah la memang tak isi borang masuk matriks,
dan tawaran dari kolej-kolej lain semuanya tak kena dengan bidang yang saya pilih..
akhirnya, saya buat keputusan untuk ke Kolej Legenda..
tanggungan oleh MARA..
maka, itulah tempat saya menuntut ilmu selam 4 tahun..

hidup di Kolej jauh berbeza dari hidup di asrama masa teknik dulu..
semuanya sendiri. even makan pun kena fikir nak kena makan apa..

di kolej itu juga saya kenal erti semua..
dari persahabatan sampailah perhubungan..
dari hanya pengalaman yang saya kutip sebagai pelajar sekolah teknik,
saya menimba pelbagai ilmu tentang civil engineering..
jumpa lecturer yang baik, yang tak berapa nak baik..
kawan yang sejati, dan kawan yang tikam dari belakang pun ada..
makan sedap, jatuh bangun, tidur lena, semuanya saya alami..
dan saya panggil itu
PENGALAMAN...
itulah yang menjadi satu panduan untuk saya..

di kolej, result exam saya biasa-biasa sahaja.
4 kali dekan, sekali fail subject, pointer turun naik silih berganti..
tapi saya bersyukur yang saya grad dengan dekan walaupun buka piala presiden ke apa..
bagi saya award is nothing..
saya tak belajar untuk diiktiraf
saya belajar untuk kutip ilmu pengetahuan..

bukankah ada pepatah mengatakan bahawa tuntutlah ilmu sampai ke negeri China..
ilmu saya baru sampai Thailand..
hehehe..gurau je..


lepas belajar HND, saya terfikir nak kerja sebab tak nak susahkan abah dan mama yang tanggung saya lagi tapi itu semua hanya perancangan saya tapi Tuhan dan tentukan yang terbaik untuk saya..

mama dan abah suruh saya sambung belajar
maka saya ikutkan sahaja sebab memang itu impian saya sejak dari awal, punyai Ijazah..
mereka begitu excited sampai sanggup bawa saya pergi Karnival Jom Masuk U dan karnival Pendidikan MARA di stadium ketika itu..

mereka yang suruh saya ambik dan tanya setiap IPT yang ada program degree untuk civil engineering..
antar yang menjadi piliha saya ketika itu ialah UKM, UTM, UNITEN dan KLIUC. 2 ipta dan 2 ipts..
ikutkan saya dah x nak ipts tapinak buat macam mana rezeki saya tiada di ipta. IPTS tetap menjadi takdir hidup saya..
saya dapat tawaran ke KLIUC..
maka, keputusan dah di buat............


saya masuk KLIUC (kini IUKL) untuk further study ambik degree..
oleh sebab saya begitu cintakan ilmu, saya bertekad, biar saya tak ada duit asalkan ilmu saya tak kurang..

ya, kami alami sedikit masalah kewangan,
tapi abah tetap hantar saya belajar, biarpun saya tahu dia kekurangan wang..
dia berkata yang masa depan saya lebih penting..

dengan itu, saya tekad saya nak belajar bersungguh-sungguh..
saya tahu sepanjang mereka berdua besarkan saya, mereka dah banyak berkorban..
walaupun setinggi mana pun saya belajar, saya tahu tak terbalas jasa mereka pada saya..

dan saya tahu, hanya saya seorang sahaja boleh betulkan kesilapan yang pernah abang dan kakak saya lakukan dulu..

dan kini, tinggal adik lelaki saya seorang sahaja..
dia perlu pilih antara dua,
pilih untuk berjaya atau kecundang
pilih untuk dibangga atau di cela


di IUKL, saya masih first year.. dan ada lagi 2 tahun untuk di hadapi..
In Shaa Allah, jika tiada halangan
untuk abah dan mama
akan saya bawa gulungan Ijazah pulang ke rumah kita dengan bangganya..

moga ijazah itu akan bawa seribu erti yang bermakna untuk kita...
In Shaa Allah...




pesanan untuk semua di luar sana,

jika anda pernah gagal sewaktu persekolahan,
tak bermakna di zaman U, Kolej, Poli atau sebagainya
anda akan terus gagal..

setiap orang punya cerita mereka tersendiri..
kita yang rancang semuanya tapi ingat
Allah s.w.t. yang tentukan semuanya..
tugas kita ialah tawakal dan redha denga ketentuanNya..


ingat, jangan sesekali putus asa..
kalau gagal sekali,
cuba bangun,
sebab mengapa kita jatuh adalah sebab kita boleh belajar untuk bangun..


sekian..
kisah ini bukan untuk bangga kan diri
bukan untuk buat orang menyampah dengan saya
tapi untuk di ambil sebagai contoh..

kisah saya berbeza dengan anda semua
tapi pelajarannya tetap sama..
biar dimana pun kita berada ilmu itu penting
ilmu itu menetukan betapa hebatnya kamu..

tapi jangan hanya kenal ilmu dunia tapi lupa ilmu akhirat..


sekian terima kasih...

hingga saya menulis lagi...

Tuesday, January 1, 2013

Hello 2013!!!

assalamualaikum semua...


Post yang ke 200 pada 1 Januari 2013...


ucap selamat tinggal pada 2012 yang bermakna..
demi sebuah catatan baru di 2013..

azam??
muhd azam ke?

azam 2012, syukur alhamdulilah.. dah banyak yang tercapai..
azam 2013, In Shaa Allah, usaha itu tangga kejayaan..

saya tutup buku lama dan buka buku baru...












banyak kerja nak kena buat
dan akan busy mulai sekarang..
tiada masa untuk berblog lagi...
ini yang terakhir sebelum study gila-gila
untuk final bulan 2 nanti..

doakan saya ya..


tatatititutu......

Sunday, December 9, 2012

BOOK FAIR at MINES Convention Center!!!!

ASSALAMUALAIKUM!!!!!!

apa khabar semua??????

sihat tak?? hope u all sihat sejahtera ya!!!

tadi I baru sahaja balik dari Mines Convention Center yang bersebelahan dengan The Mines..

Ada Book Fair yang sangat besar, bak kata DJ kat situi ini ialah Book Fair yang terbesar kat dunia!!
tak tahu la betul ke x??

I tahu pasal Book Fair ni pun dari kawan kolej I..
sebab The Mines sangat dekat dengan IUKL ni, so apa lagi my friend, Pka and I pergi la sana berdua..
masuk je dalam hall tu, rambang mata nak pilih buku mana..

seriously, it look like book heaven!!
orang kat dalam tu memang tak payah citer la, ramai nya bukan main..

but dalam pilih-pilih tu melekat la jugak 5 buah buku I beli...
asalnya nak beli max 2 buah je tapi sbb
diskaun yang ditawarkan bermula dari 35% - 95%!!!
harga buku bermula dari semurah RM 3 hingga la paling mahal yang I jumpa cuma RM 45 (ni harga dah lps diskaun tau)

mahu tak beli banyak-banyak..

antara jenis buku yang ada kat sana ialah buku kesihatan, motivasi, buku resepi, buku design dan novel-novel english yang thriller, romance, remaja dan macam-macam lagi..novel-novel melayu pun ada jugak but no choice sebab yang lama-lama punya..


ini lah hasil tangkapan di BOOK FAIR!!!!


1. Summers of the Sisterhood, Forever in Blue by Ann Brashares - RM 8
2. I Heart Hollywood by Lindsey Kelk - RM 8
3. An Autumn Crush by Milly Johnson - RM 8
4. Fake Me a Match by Barnholdt - RM 8
5. Soduku Puzzle - RM 5

so, semua jumlah 5 buah buku kat atas ni cuma RM 37 SAHAJA!!!

bayangkan kalau kat bookstore RM 37 hanya boleh beli satu novel je, kat Book Fair ni boleh beli 5 buah buku...



p/s: quite boring entry..yes i know that.. tq..
hehe.. already finished read one of them..

Sunday, November 25, 2012

My sister and her sweetheart

Assalamualaikum........

hey, I'm back!!!


after a month be here at KL, I miss my family so much..
I miss my mama, abah, my lil bro (ckit2 je), my naughty nephew and of course my lovely niece..

ok lah cakap bahasa kebangsaan la..

saya ada 2 orang anak saudara yang cute miut macam saya (ok, perasan)
mereka adalah anak-anak kepada Kak Ngah saya..

Kak Ngah dah kahwin hampir 3 tahun kot..
anak sulung dia, namanya Muhamad Iman Danish, 2y 11m
anak kedua dia, namanya Nur Izzara Nafeesa, 3m

kenapa saya cerita perihal kak ngah saya adalah kerana saya kadang-kadang kagum dengan dia..

saya hidup, makan, tidur, kongsi bilik, kongsi baju (dulu, time kecik), kongsi cerita, semuanya dengan dia..
saya habiskan masa saya selama 19 tahun bersama dia sebelum dia jadi isteri kepada suaminya..

dalam 19 tahun, saya tak tahu yang kakak saya yang lemah-lembut, sopan santun itu sebenarnya seorang wanita yang sangat cekal dan kuat..

kenapa??
sebab dia pernah jalani hidup yang sukar suatu ketika dulu tapi dia tetap berdiri teguh sampai saya rasa tak ada siapa berani goyahkannya..saya pernah menangis kerananya..
tapi  saya tak pernah lihat dia menangis kerana hidupnya..
betapa cekalnya dia..tu yang saya kagum pada dia.. tapi jika dia menangis sendiri, saya tak pasti..

dan sekarang, dia sudah bergelar ibu kepada 2 kanak-kanak yang paling comel pernah saya jumpa (puji anak saudara sendiri, of course)
mereka permata hati kakak saya
sekarang dia kerja di Kajang dan anak-anaknya ada dijaga oleh mama di KB..
betapa sabarnya hati kakak ku itu menahan rindu pada 2 cahaya matanya itu..

my sister with danish and zara

tapi yang saya tengok anak dia macam tak kisah je.. hehe
that kid who name Iman Danish, I think he is the most naughty person..
kan hari tu saya pernah cerita yang dia selalu pick some fight with me...
ada je yang tak kena, actually, saya pun suka usik dia..sebab dia manja
but he is totally difference after he got a baby sister.. more independent I think
Zara, of course she still a baby, yang tak tahu mama dia tak ada dengan dia..
but she know that her mom and her cik eisya here miss her a loooooooooootttttttt......


end of the story.. sorry if it bored!!!!